Wednesday, February 24, 2010

Kenapa Manusia Curang dan Kesannya

Ada banyak sebab kenapa suami/isteri/tunang/kekasih curang kepada pasangan mereka. Mungkin kerana faktor peribadi..hubungan yang semakin hambar & tidak lagi berkomunikasi dengan mesra, ingin mencari keseronokan luar, atau mungkin dah semakin tidak serasi, cinta beralih arah, cinta dah pudar & tidak dibajai oleh kedua2 pihak, masalah kewangan pun boleh jadi juga kerana membawa kpd stress. Jadi ade pasangan yg dimanjai dengan kemewahan drd pihak ke-3..mula mengikut kata hati.

Mungkin jugak kerana ada masalah dalaman ; masalah perhubungan intim antara suami/isteri yg semakin kurang/hilang, mungkin jugak suami /isteri ingin mencuba sesuatu yg baru dgn orang lain sehingga melupakan halal/haram. Mungkin jugak curang berlaku kerana genetik, atau cara seseorang dibesarkan. Atau mungkin jugak untuk suka2..mungkin sifat semulajadi mereka suka curang2 & merasa seronok melakukannya. Nak "test market"?? Boleh jadi juga.

Sekarang ni bukan shj ramai suami ditangkap khalwat, tapi fenomena isteri2 berkahwin lagi satu, ditangkap khalwat sudah melanda masyarakat kita, masyarakat ISLAM. Hati suami mana yg tidak hancur, keluar pagi bekerja untuk menyara keluarga, bila pulang isteri tiada seperti biasa..anak2 terbiar. Alih2..kena tangkap khalwat di hotel dengan lelaki lain. Mmg hancur luluh hati & jiwa mereka. Sungguh besar dosa isteri itu. Mungkin jugak suami akan jadi lelaki pendendam kepada semua perempuan, atau mungkin dah tak percaya lagi kpd mana2 perempuan.

Kita lihat pula dari sudut pandangan isteri. Mereka bekerja keras membantu  suami & keluarga...dan ada lagi tugas2 tambahan. Melahirkan anak, membesarkan, menjaga & mendidik mereka. menguruskan rumah seperti menjaga makan pakai suami & anak2. Yang beruntung, tugas2 ini akan dibantu oleh suami, bg yg kurang bernasib baik..."seme tu keje org pompuan.." kata si suami. Jadi bila sang suami curang, maka berkecai hati si isteri. Hilang kebahagiaannya. Sama saja kesnya dgn suami yg dicurangi isteri. Cuma bezanya, si suami boleh berkahwin sampai 4, itupun jika mampu, dan jika wanita yg ditangkap bersamanya itu ingin dinikahi. Kalau ditangkap dengan GRO atau bohsia mcmn?? Nak buat bini ker?

Isteri pulak, kalau dah ditangkap, adakah lg suami yg sanggup memaafkan? Anak2 mcmn? Keluarga mertua lagilah menolak. Kalau kena cerai, dan bernasib baik, mungkin lelaki tu sanggup kahwin dgn dia..kalau dpt si hidung belang/kasanova yg hanye mencari keseronokan sementara...atau yg bukan Islam yg mmg xnak masuk Islam, MACAMANA??? Habis hilang semua..suami, anak2, maruah diri.. Yg paling teruk menjadi mangsa di sini..anak2 yg masih kecil.

Ini membawa kepada faktor curang kerana cara dibesarkan/genetik tadi. Kalau ibu/bapa kte pernah curang, kte mesti xsuke perbuatan mereka. Kte mengutuk terang2an @pun dalam diam. kalau yg lebih zalim tu, maki2 mak bapak. Kte bertekad xkan buat kesilapan yg sama. Mengutuk ibu/bapa..walau sejahat manapun mereka, sebenarnya tidak boleh dilakukan.

Dosa anak kepada ibu/bapa..akan dibayar CASH di dunia..& jugak DI SANA. Apa yg mereka buat, mereka kena jawab kpd Tuhan. Kte tiada hak menghukum mereka. Kalau pun taknak pandang muka mereka, janganlah menghina mereka. Lebih2 lagi menceritakan keburukan mereka kpd org lain. Bayangkan kalau anak2 kte plak yg mengata2 keburukan kte di blkg kte, mesti sakit hati.  Balasan CASH yg dimaksudkan tu..mungkin kte sendiri pula akan melakukan perkara sama di dunia ini, spti CURANG kpd pasangan kte. Kalaupun bkn kte, pasangan kte plak mungkin akan curang kpd kte. Jadi berhati2lah sebelum melemparkan kata2 kesat kpd orang tua. Bimbang terjadi pula kpd kte.

Dato' Dr. Fadzillah Kamsah selalu berkata, berfikirlah secara positif. Buangkan yg negatif. Ini kerana, BENCI menarik BENCI, SAYANG menarik SAYANG, BAHAGIA menarik BAHAGIA, CERIA menarik CERIA. WANG menarik WANG??? Hehee..mungkin gak leh pakai utk ni.

Jadi kalau kte asyik fikir curang, curang, curang, mungkin suatu hari nanti pasangan kte akan betul2 curang. Kalu yg suam2 nk jd curang tu, lama2 akan betul2 curang. Boleh jadi juga. Perasan x, selalunya apa yg kte xnak tu akan selalu dapat. Apa yang kte memang sgt2 nak, kte boleh dapat. Law of Attraction.

Kalu keje kte asyik2 mengata jiran sebelah, "suami si Minah tu aku tengok asyik berkepittttttt je ngn macam2 pompuan! Xreti jaga laki ke ?? Hishhh...laki jenis ape la agknye perangai xsenonoh!!" mungkin tu salah 1 dialog minah gossip yg slalu kte dgr di tv @ tepi2 rumah kte. Ataupun dr mulut kte sendiri. Mcmana plak kalo terjadi kpd suami sendiri? Sendiri mau ingat la... Pendek kata, jgn suka mengata2 orang. Kte xtau apa nasib kte nanti. Sama ada dicurangi, atau kte sendiri yang curang! Takdir telah ditulis. Tapi ada yg boleh diubah dengan doa yg ikhlas & berterusan kepada Allah.

Jadi kenapa pula yg belum ke jinjang pelamin pun sudah curang pd pasangan?  Lain orang..lain alasannya. Ketika menjadi pasangan kekasih/tunang, cemburunya lain. Jadi mungkin ada yg kurang senang & "fed-up" pada pasangan. Dan berlakulah pertengkaran, mencari teman2 sebagai tempat meluah rasa/berhibur lepaskan tensen, curang tanpa sengaja..dan perpisahan. yg tidak dijangka. Kte mungkin lebih senang & tenang berbicara dgn "kawan" kerana mereka lebih memahami & tidak berprasangka. Tiada cemburu, tiada tuduhan2 seperti kekasih/tunang. Tidak memeningkan kepala & serabutkan otak! Tp bila status mereka berubah, drp kawan kepada kekasih, jgn terkejut jika reaksi yg diterima juga sudah berbeza. Jadi apakah kte perlu beralih kasih lagi?? Mencari ketenangan baru? Tiada kesudahannya jika hanya fikirkan diri sendiri. Belajar menerima perubahan, dan selesaikan masalah dengan cara yang matang.

Berkawan biar seribu, berkasih biar satu, berkawan mesra dgn berlainan jantina jgn sekali2...segalanya bermula di situ.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails