Friday, April 30, 2010

Aaron Kelly - You've Got A Way (lagu sempena Hari Ibu)



Lagu nyanyian asal dari penyanyi country yg cun, Shania Twain. Sedap sora dak neh yg baru masuk umur 17 tahun. Bakat nyanyian budak ni dikesan sejak umur 7 tahun. Umur 9 tahun pernah nyanyi secara spontan kat sebuah restoran terkenal & lepas tu selalu dijemput nyanyi kat situ.

Dari kecik dia diambil sebagai anak angkat oleh pakcik & makcik dia. Dia sempat kenal mak dia masa kecik sangat lagi. Dia ni jugak ade mak angkat lain. So mebi tujukan lagu ni untuk mak2 angkat dia esp. mak kandung dia.

Anak mat salleh pun mcm budak2 kte kat sini jugak, kecik2 dah diasah bakat untuk jadi penyanyi (idola kecil, etc.). Beza ngan anak2 kte, mereka kafir...kte menganut agama suci Islam. Sepatutnya anak2 dididik untuk bersedia menuju akhirat, bukan membizikan diri dari kecik sampai ke besar dengan dunia hiburan yg melalaikan. Kalau mereka kuat iman, mungkin tak 'kecundang', masih kenal dosa pahala, masih menunaikan solat 5 waktu, tp klau ibubapa mereka sendiri pun 'jalan senget' & mendidik mereka secara 'senget'....xtaula apa akn jadi. Nauzubillah...


Monday, April 26, 2010

Kick-Ass..by kids, but NOT for kids!!!

Filem kedua yg ditonton khamis lepas, Kick-Ass!!! Tajuk pun dah ganazzzz!! Jalan citer triple ganazzzz!! Adeh...sakit gak jantung nengokkan aksi2 ganas gler potong kepala, kaki, tangan org & malu sungguh nengok aksi2 seksualnyer.

Filem ni jalan citernye so unsangkarable. Certain parts xleh dijangka la what next. Smooth jer plotnyer..senang nak paham. Kalo ikutnyer, drp watak komik, tp xpenah lak dgr komik Kick-Ass. mebi xpemes di Msia.

Citer bermula dr Dave (Aaron Johnson), sorang budak lelaki di kolej bersama 2 org lg kwn2 dia, cuma pelajar2 biasa yg xpopular di sekolah mereka, xmain sports, xgenius, xde pape keistimewaan pn..dan sering di buli. Tp semua org yg nampak buat xtau jer. So dia berazam utk jd seperti superhero2 dalam komik yg dibacanya.

Lepas beli 1 pakaian "hero" secara 'online', dia meneruskan misi dia utk selamatkan org2 yg dibuli/dirompak di jalanan, walaupun dia sendiri xde kemahiran diri. Byk insiden2 kelakar yg terjadi selepas tu, sehinggalah dia dibelasah teruk dan badannya dimasukkan kepingan2 logam . Kemudian badan dia jadi tidak sakit walaupun dipukul & selain tu dianggap gay oleh rakan2 lain selepas insiden tu.

Secara tak sengaja, suatu hari dia menyelamatkan seoang lelaki dari dibelasah oleh 2 org lelaki lain. Aksi wiranya telah dirakam oleh pelajar2 yg nampak kejadian tu & identiti barunya sbgai Kick-Ass menjadi sgt terkenal selepas tu di internet & juga di tv. Hidup dia berubah menjadi popular di dalam blog "hero"nye. Dia juga dapat peluang semakin rapat dgn gadis yg diminati yg tidak tahu dia sebenarnya Kick-Ass.

Tapi "bintang" sebenar dlm filem ini pada sy ialah si gadis cilik rambut purple tu, Mindy @ Hit-Girl yang sgt matang & bergaya sekali lakonannya sebagai anak "Big Daddy" Nicholas Cage, yg watak dia ala2 Batman. 

Mindy (lakonan Chloe Moretz) telah "diasuh" & "diasah" oleh bapanya menjadi wira yg akan memusnahkan konco2 penjahat & seterusnya ketua tu yg telah "membunuh" ibunya & memenjarakan bapanya berbelas tahun. Cumanya, aksi dia terlalu ganas & kejam kpd penjahat2 tu...huuu...selamba je!

Then muncul plak anak kpd penjahat tu yg menyamar jd hero jgk dgn nama Red-Mist! Dia jd sebagai umpan utk bunuh Kick-Ass, Big Daddy & anak perempuan dia kerana dianggap merosakkan & menghalang rancangan jahat mereka utk menguasai bandar tu.

Filem ni mmg cantik adegan2 aksi lasak dia, terutama pertarungan antara Mindy dgn penjahat2 tu di akhir cerita. Yg sy suka, w/pun ditunjukkan Hit-Girl ni hebat bertarung dgn org dewasa & jd kuat kerana ingin membalas dendam kematian ibu & bapanya, tapi dia juga ade sifat gerun & takut seperti org lain,sehingga dia diselamatkan oleh Kick-Ass di saat2 akhir. 

Endingnya mcm biasa, hepi, Dave & Mindy jd kawan baik (gabungan hero2), Dave dpt kapel ngn gadis pujaan dia & bahagia dgn kwn2 baik dia, Mindy dijaga oleh kawan baik bapa dia & masuk sekolah seperti kanak2 lain. Rasenye ade sambungan nanti tp xtau la tahun bila.  Red-Mist plak rasenye akan sambung tugas bapa dia yg dh mati tu jd ketua penjahat.

Kpd ibu bapa, sila pantau anak2 anda semasa menonton filem ni dalam DVD nanti sbb ade adegan2 yg sgt xseswai utk mereka. W/pun mereka boleh tgk benda2 mcm ni kat internet. yg mana blh pantau tu pakat2 pantau la yerkk. 

Ape2 pn, percayalah, filem ni mesti ditonton sebab 200% best! 5 Starrrr!!!!


Sunday, April 25, 2010

Filem The Losers, action yg best & ganazzzzz!

Hari khamis lepas..tengok wayang lagi. 2 pilem skaligus dibelinya!!! Ni kali ke 4 ke ke 5 buat keja neh, keh3..tp mmg best!  Filem pertama, The Losers.

Poster yg ditepek neh bukan utk edaran Msia..tp sbb cantik poster ni kira ok la!

Pelakon2 filem ni seyes xkenal pun kecuali Zoe Saldana yg jd Neytiri dalam Avatar tu. tapi seme pelakon beh2!
 
Kategori filem ni Action, Adventure, Thriller. Agaknye dia lupe tambah ade adegan2 seks gak. Tapi dh byk "cut". Bdk2 kocik xleh nonton DVD neh. Mujur la heroin tu kerempeng..kalo x nampak lagi ar seksinyer.

Start citer pun very interesting & kelakar. Sinopsis citer ni pasal 5 org (Clay, Jensen, Rogue, Pooch & Couger) Pasukan Khas U.S Elit yg ditugaskan ke hutan Bolivia utk musnahkan sarang penjahat oleh CIA. Bila ada kanak2 pun dijadikan tawanan kat ctu, dorang selamatkn budak2 tu dlu & masukkan dalam heli utk dihantar ke tempat selamat. 

Dorang xtau sebenarnya dorang akan dibunuh dlm misi tu sebab lepas je heli take off, trus heli tu ditembak.

Lepas 3 bulan sembunyikan diri & bagi pihak Kerajaan anggap mereka dah mati, muncul la minah Zoe Saldana ni utk bantu dorang bangkit semula & balas dendam kpd kepala penjahat yg dipanggil Max ni (mamat baju putih dalam foto kt bawah).  Max ni mmg berkuasa & kontrol Kerajaan gak. Tanpa dorang tau, minah ni pun ade agenda tersendiri.

Storyline yg best sbb mcm2 adaaa...betrayal, balas dendam, love, semangat setiakawan,lawak klakar. Tgk pada poster & pelakon2 mmg kureng, so xsangka la filem ni sgt best!  Babak2 paling best masa dorang 6 org tu nak rompak package yg nak dihantar kpd Max tu arr..

Tp w/pun kelakar...klakar lg DATE NIGHT!

Pape pun mmg best utk ditonton, 4 Star.


Saturday, April 24, 2010

When in Rome...aku jadi sedih lak coz lom kawen..

Hari khamis mggu lepas pegi tengok WHEN IN ROME. Skali lg kena tipu, kunun2 beli tiket ***** stilleto. Lupe tajuk cite neh. Huuu...sabau jelerrr..masuk2 hall baru tau tgk citer pe. Tgk gazette kt tv mcm best, lgpun ade hero hensem tu.

Filem romantic comedy ni mengisahkan ttg Beth (Kristen Bell),seorang wanita bekerjaya yg  cantik, bijak, tapi selalu gagal dlm cinta. Dia baru je clash sbb terlalu pentingkan kerjaya.

Kemuncak tensen dia bila ex-bf dia dtg jumpa & bgtau dia akan kawen dgn seorang "career woman" jgk. Buat dia lg sedih bila adik ppuan dia yg dalam kategori remaja tu pun akan kawen dalam bbrp hari je lepas kenal ngn sorang mamat Rome.

Sbgai pengapit, dia pun kena pegi Rome. Masa kat sana dia terjatuh suka pada pengapit lelaki plak, Nick (Josh Duhamel). Nick pun mcm suka kat dia & seorang yg kuat kerja mcm dia jgk. So dia betul2 konfiden mamat tu mmg jodoh dia. Tapi bila ternampak Nick mencium seorang ppuan lain, dia pun frust sgt2 & pegi minum sampai mabuk kat tepi air terjun (Fountain of Love) di luar hotel tu. Dia masuk dalam fountain tu (yg kununnye bila org baling duit syiling dalam tu, mudah dapat jodoh) dan masa mabuk2 tu dia kutip 4 coins & 1 token (main terup tu).   
 
Esoknya dia terus dikejar oleh 5 lelaki di Rome, termasuk la si Nick & adik dia bgtau dia guyz tu terkena sumpahan cinta. Semua lelaki tu gila2 jadi suka kat dia, kejar dia sampai la dia balik ke New York, hantar bunga, ajak dating dan mcm2 lagi utk pikat beth. Si Nick pun asyik kol & bagi dia bunga.

Last2 adik dia bagitau utk hilangkan "sumpahan" tu dia kena pulangkan semua duit tu kat dorang. Pastu dia pilih Nick sebab Nick bgtau ppuan yg dia kiss tu sepupu adik ipar dia yg mabuk2. bukan gelfren dia.

Tp pada hari nak kawen tu baru Beth perasan, token tu sama ngan token yg dia nmpak kat rumah Nick. So dia lari dari wedding tu..

"Ending"nya boleh di tonton di pawagam2 berdekatan..kalo tgk web GSC skrg filem ni no. 3 dalam carta. So, ade masa lagi!!! Jalan cerita mudah difahami, beautiful faces, beautiful scenery, watak2 yg kelakar, mmg resepi dah cukup utk menarik penonton ke pawagam.

Antara yg kelakar, babak2 masa kat wedding tu mase dia kena pecahkan pasu ikut tradisi di Rom, dan jgk masa 5 orang tu masuk dalam keta kuning kecik 'menyelit' dalam trafik & terus masuk lam lif untuk ke galeri Beth tu. Xtau la nak bg berapa star. Almost 4 star kot.





Sunday, April 11, 2010

Date Night....sungguh best & kelakar!!!!

Sabau jer kena "trick"..ingatkn betul2 dia beli tiket Cinta Stileto..adehhh..kite beria2 nk tengok Kenji...start cite ar baru tau...hehehee...Date Night!!! Yeayyy!!! Tgk 'making of' kat tv aritu..nmpak mcm beh. Cite lawak biasenye beh! 

Pengarah filem ni  (Shawn Levy) pernah arahkan filem2 cam Night At The Museum 1 & 2 dan The Pink Panther. So xheran la filem ni sgt kelakar 7 menghiburkan.

Mengisahkan pasangan Foster (Steve Carell & Tina Fey) yg anggap hubungan mereke dlm "stage" bosan...dgn rutin kerja, anak2, kwn2 yg juga dh makin bosan dgn hidup mereka. Tp yg bestnye, pasangan ni akn pastikan dorang kua "date" berdua seminggu sekali. Yg klakar, tiap kali makan kt restoran, dorang akn "scan" kapel2 kt meja lain. Pastu buat andaian /mereka cerita merapu2 psl kapel2 tu. Yg ni pun dah kelakar, bygkn la "scene2" lain!

So, 1 hari, dorang pegi kt restoran mahal utk diner, bila xder tempat, dorang amik meja pasangan "Triplehorn" yg xmuncul2. Tak lama lepas tu, dtg 2 gangter yg mengugut nk bunuh mereka yg disangka "Triplehorn" kalau tak bagi semula "flash drive" yg di curi dari ketua mafia.. Dalam tu ade foto2 skandal VIP yg diambil oleh geng mafia untuk ugut dia.

Start dr ctu bermula la kisah mereka yg dikejar polis upahan penjahat,  smpai kena minta tolong dari "ex-client" si isteri yg macho & asyik menyeksi je xpakai baju (Mark Wahlberg), pastu lawak sgt masa dorang masuk kelab ketua mafia tu, untuk buat kecoh, supaya ketua mafia gaduh ngn VIP yg gambar skandal dia ade lam "flash drive" tu.
Yg scene dorang eksiden & gaduh lawan tolak keta ngn "cab driver" negro tu pun lawak gak! Lawak tul muka drebar teksi tu, hahahahhaha!!! Kapel sebenar triplehorn tu pun lawak gak, si Mila Kunis yg lakon sitcon That 70's Show ngn mamat tu xkenal.  

Ade jugak masukkan moral yg sikap tegas seorang ibu boleh jugak di "apply" kpd lelaki2 dewasa gangster (mereka pn pernah jd budak kecik kann...) HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA!!!!! Xleh berenti la gelakkkk bila teringat cite tu. Musti kasi 5 Star! Sape tengah tension tu leh ar g tengok, heheh.

Kenji...tungguuuuuu!


Clash of The titans, not so bad

Khamis lepas tengok wayang ni. Satu lagi buah tangan org kapiaq yg kena bdk2  kena tengok dgn bimbingan org dewasa yg ade ilmu agama. sbb mula2 cerita lagi dah putar belit cite ttg hukum alam, kununnye dewa dewi ni & pemerintahan dorang dah wujud sebelum alam semesta lagi & manusia dicipta oleh dewa2 ni. 

Hero cite ni Sam Wortington yg jd Jake Sully dalam Avatar. Ok mamat ni lakon. Liam Neeson & Ralph Fiennes pun ado jd dewa2.

Apa yg nak diceritakan kat cni, manusia pd zaman tu nak menentang "Tuhan" mereka, iaitu dewa2 tu ar, kununnye sebab marahkan dewa2 yg slalu buat kekejaman kpd manusia. So macam Man against Gods la. Tapi manusia xleh lawan la, kununnye sebab xsekuat dewa2 tu.

Disebabkan permaisuri Negara tu xinsuran mulut kutuk2 dewa, dewa2 tu marah la, terus suruh korbankan Puteri kepada makhluk raksaksa  (Kraken) yg akan dihidupkan untuk musnahkan negara tu. So raja suruh pahlawan2 dia pegi bunuh raksaksa  tu.

Mamat Perseus ni (Sam Wortington) yg separuh manusia, separuh dewa Zeus mengetuai puak2 ni nak menentang kezaliman dewa2, sebab dia pun dendam ayah angkat & femli dia kena bunuh dalam ribut laut yg dibuat oleh Dewa Hades (jaga neraka la kununnye...). So sebab dia ni anak Zeus, dia ada la power jugak & dibantu oleh bapak dia tu yg bagi pedang sakti, kuda boleh terbang etc.

Cite ni ala2 Percy Jackson tu,mebi ikut legenda dorang mmg ade watak nama Perseus ni yg kunun "half human".  Kira ok gak la citer action, drama, adventure & fantasy ni. Scene2 lawak tu wajib ada supaya xboring, dan memang menjadi. Tengok yg bukan 3D pun dah ok kesan grafik dia, so mebi yg dh tengok 3D tu lg real.

Watak jin pun ade, dia tolong geng2 manusia ni lawan Hades, watak kala jengking besar yg dijadikan kenderaan, Medusa yg kepala ular banyak tu, bila org pandang dia akan bertukar jd jadi batu. banyak lagi la
watak2 yg kira ok la. Layan jelaa...4 Star.


Tuesday, April 6, 2010

Camne nak latih naga korang?

Lupe lak nak tepek movie ni yg tgok sblom Woochi.

Seme org tau pun cite ni. Aritu tgk yg biase bcoz ade technical error. Mmg best w/pun tgk movie bkn 3D. Tp byk sgt info yg ckp best gler 4d, so tgh nunggu time seswai nak nengok yg 3D..insyaAllah.. Ye x musyukkk????? :-P 

Saturday, April 3, 2010

The tao fighter - filem yg ku harap best!

Tak sengaja tertengok citer neh..mula2 nk g tengok Cla$h of the Titans. Time xcun, so trus gamble jer tgk "fantasy action comedy" dr Korea neh.

Alhamdulillah...tak sia2. Mmg best sgt! Klakar giler! Muka seme mcm geng2 raja lawak jer, tp jalan cerita mmg menarik, action ala2 komik perang. cun!

 
Sinopsis : Mamat Woochi ni hidup zaman raja2 dlu, dia jadi ahli sihir ala2 Harry Potter. Pastu dia di "bekukan" ke dalam bentuk lukisan
 oleh 3 org Dewa Tao dr zaman dinasti raja korea tu sbb dituduh buat crime. Pastu dia di hidupkan smule ke zaman skrg oleh Tao Gods td. Sbbnye makhluk2 jahat (Goblins) dtg ke dunia buat kacau. Sbb dia ni ahli sihir yg tangkap Goblin di zaman dlu, so dia di panggil smule.
 
Ade byk aksi2 kelakar sbb dia ni "mcm rusa masuk kampung", xtau ape2, kereta pun xpenah tengok! Yg best, dia boleh jer kua masuk lam tv, ambik ape2 dia nk makan dr luar dinding restoran, atau ape2 yg yg dia nampak kt poster iklan, tukar baju ngn poster michael jackson, mcm2, hahhaha!
Pembantu woochi ni lagi kelakar, dia sebenarnya kuda si woochi, tp dilahirkan dlu sbgai anjing. Tp dia manusia la. Aku pun dh pening. Mmg lawak mamat neh, muka pun dh lawak. Aksi2 lawan dia w/pun xla secanggih CGI filem2 aksi HK, tp best & kelakar!  
In the end, Dewa2 Tao 3 org tu mula2 nak perangkap Woochi smule jd lukisan, last2 bila tau dia org baik xjadi plak. Last2, woochi dpt tumpaskan seme goblins, & bejaya bunuh penjahat yg sebenar yg dh bunuh tok guru dia di zaman dulku. Dia pun dpt jgk kawen ngn janda berhias yg dia nk ngorat zaman dlu tu. 4 star la cite ni. Kat Korea pn "boom" dgr2nye. Sape2 ckp xbest tu xtau la.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails