Monday, April 26, 2010

Kick-Ass..by kids, but NOT for kids!!!

Filem kedua yg ditonton khamis lepas, Kick-Ass!!! Tajuk pun dah ganazzzz!! Jalan citer triple ganazzzz!! Adeh...sakit gak jantung nengokkan aksi2 ganas gler potong kepala, kaki, tangan org & malu sungguh nengok aksi2 seksualnyer.

Filem ni jalan citernye so unsangkarable. Certain parts xleh dijangka la what next. Smooth jer plotnyer..senang nak paham. Kalo ikutnyer, drp watak komik, tp xpenah lak dgr komik Kick-Ass. mebi xpemes di Msia.

Citer bermula dr Dave (Aaron Johnson), sorang budak lelaki di kolej bersama 2 org lg kwn2 dia, cuma pelajar2 biasa yg xpopular di sekolah mereka, xmain sports, xgenius, xde pape keistimewaan pn..dan sering di buli. Tp semua org yg nampak buat xtau jer. So dia berazam utk jd seperti superhero2 dalam komik yg dibacanya.

Lepas beli 1 pakaian "hero" secara 'online', dia meneruskan misi dia utk selamatkan org2 yg dibuli/dirompak di jalanan, walaupun dia sendiri xde kemahiran diri. Byk insiden2 kelakar yg terjadi selepas tu, sehinggalah dia dibelasah teruk dan badannya dimasukkan kepingan2 logam . Kemudian badan dia jadi tidak sakit walaupun dipukul & selain tu dianggap gay oleh rakan2 lain selepas insiden tu.

Secara tak sengaja, suatu hari dia menyelamatkan seoang lelaki dari dibelasah oleh 2 org lelaki lain. Aksi wiranya telah dirakam oleh pelajar2 yg nampak kejadian tu & identiti barunya sbgai Kick-Ass menjadi sgt terkenal selepas tu di internet & juga di tv. Hidup dia berubah menjadi popular di dalam blog "hero"nye. Dia juga dapat peluang semakin rapat dgn gadis yg diminati yg tidak tahu dia sebenarnya Kick-Ass.

Tapi "bintang" sebenar dlm filem ini pada sy ialah si gadis cilik rambut purple tu, Mindy @ Hit-Girl yang sgt matang & bergaya sekali lakonannya sebagai anak "Big Daddy" Nicholas Cage, yg watak dia ala2 Batman. 

Mindy (lakonan Chloe Moretz) telah "diasuh" & "diasah" oleh bapanya menjadi wira yg akan memusnahkan konco2 penjahat & seterusnya ketua tu yg telah "membunuh" ibunya & memenjarakan bapanya berbelas tahun. Cumanya, aksi dia terlalu ganas & kejam kpd penjahat2 tu...huuu...selamba je!

Then muncul plak anak kpd penjahat tu yg menyamar jd hero jgk dgn nama Red-Mist! Dia jd sebagai umpan utk bunuh Kick-Ass, Big Daddy & anak perempuan dia kerana dianggap merosakkan & menghalang rancangan jahat mereka utk menguasai bandar tu.

Filem ni mmg cantik adegan2 aksi lasak dia, terutama pertarungan antara Mindy dgn penjahat2 tu di akhir cerita. Yg sy suka, w/pun ditunjukkan Hit-Girl ni hebat bertarung dgn org dewasa & jd kuat kerana ingin membalas dendam kematian ibu & bapanya, tapi dia juga ade sifat gerun & takut seperti org lain,sehingga dia diselamatkan oleh Kick-Ass di saat2 akhir. 

Endingnya mcm biasa, hepi, Dave & Mindy jd kawan baik (gabungan hero2), Dave dpt kapel ngn gadis pujaan dia & bahagia dgn kwn2 baik dia, Mindy dijaga oleh kawan baik bapa dia & masuk sekolah seperti kanak2 lain. Rasenye ade sambungan nanti tp xtau la tahun bila.  Red-Mist plak rasenye akan sambung tugas bapa dia yg dh mati tu jd ketua penjahat.

Kpd ibu bapa, sila pantau anak2 anda semasa menonton filem ni dalam DVD nanti sbb ade adegan2 yg sgt xseswai utk mereka. W/pun mereka boleh tgk benda2 mcm ni kat internet. yg mana blh pantau tu pakat2 pantau la yerkk. 

Ape2 pn, percayalah, filem ni mesti ditonton sebab 200% best! 5 Starrrr!!!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails