Friday, December 23, 2011

Lagu Bruno Mars ni boleh menyesatkan umat Islam

Artikel ni dibaca & share dari facebook Kaki Masjid.


memang la sedap didengar lagu ni..tapi kadang2 kita tak perhatikan sangat lirik tu sebab hayati melodi je. Ni komen dari Kaki Masjid :


So..kawan2 semua marilah kita kaji dulu apa sebenarnya yang kita lagukan tu..mcm lagu2 Korea ke, Jepun ke..dll. Takut termurtad plak tanpa sedar. Lgi satu hati2la kalau tengok filem hindustan tu..banyak gak lagu2 dia sebenarnya lagu memuja tuhan mereka...



Tuesday, December 6, 2011

Takziah : Adik Kesayangan Khairul Fahmi Meninggal Dunia

Adik Kesayangan Apex Meninggal Dunia



Teks oleh Razif Rosdi
(razif_rosdi@astro.com.my)


KUALA LUMPUR, 5 DIS 2011: Sebaik saja penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 22, menjelaskan mungkin bakal bersara awal sekiranya pelbagai tohmahan negatif berterusan melanda dirinya, portal murai.com.my mendapat tahu musibah lain pula menimpanya.

Adik lelaki kepada penerima anugerah penjaga gol terbaik Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 itu, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12 tengah hari tadi.
Adiknya itu dilaporkan meninggal dunia di hospital akibat jangkitan kuman di bahagian otak.

Menurut sumber, remaja berusia 17 tahun itu tidak sempat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana telah berada dalam keadaan koma selepas ditahan dalam wad selama tiga minggu untuk menerima rawatan.

Sumber juga memberi tahu , sewaktu Apex menerima berita sedih ini, pemain bola sepak itu baru saja tiba di Kuala Lumpur untuk melaporkan diri selepas mendapat cuti selama lima hari dari skuad Olimpik.

Sebelum tiba di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, pagi tadi, Apex telahpun berada di Pulau Pinang semalam kerana terlibat dengan majlis anjuran Astro Arena.

Anak keempat daripada lima beradik itu sepatutnya menggunakan cutinya untuk bertemu adik kesayangannya di hospital.

Bagaimanapun, sebaik saja menerima berita sedih ini, Apex terus bergegas pulang ke Kelantan dan berkemungkinan terpaksa mengambil cuti kecemasan selama beberapa hari.

Namun begitu, Apex terpaksa bersiap sedia untuk berangkat ke Sydney, Australia pada 10 Disember ini untuk menjalani perlawanan persahabatan dengan kelab bola di sana dan akan bersama skuad Olimpik di sana selama dua minggu untuk menjalani latihan.

Takziah kepada beliau sekeluarga. Semoga tabah dan redha dengan ketentuan Allah. Marilah kita semua meningkatkan amal dan ibadat kepada Allah..sebelum ajal menjemput... 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails