Adik Kesayangan Apex Meninggal Dunia
Teks oleh Razif Rosdi
(razif_rosdi@astro.com.my)
KUALA LUMPUR, 5 DIS 2011: Sebaik saja penjaga gol  kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 22, menjelaskan mungkin  bakal bersara awal sekiranya pelbagai tohmahan negatif berterusan  melanda dirinya, portal murai.com.my mendapat tahu musibah lain pula  menimpanya.
Adik lelaki kepada penerima anugerah penjaga gol terbaik Majlis  Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 itu, telah  menghembuskan nafas terakhir pada jam 12 tengah hari tadi.
Adiknya itu dilaporkan meninggal dunia di hospital akibat jangkitan kuman di bahagian otak.
Menurut sumber, remaja berusia 17 tahun itu tidak sempat mengambil  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana telah berada dalam keadaan koma  selepas ditahan dalam wad selama tiga minggu untuk menerima rawatan.
Sumber juga memberi tahu , sewaktu Apex menerima berita sedih ini,  pemain bola sepak itu baru saja tiba di Kuala Lumpur untuk melaporkan  diri selepas mendapat cuti selama lima hari dari skuad Olimpik.
Sebelum tiba di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, pagi tadi, Apex  telahpun berada di Pulau Pinang semalam kerana terlibat dengan majlis  anjuran Astro Arena.
Anak keempat daripada lima beradik itu sepatutnya menggunakan cutinya untuk bertemu adik kesayangannya di hospital.
Bagaimanapun, sebaik saja menerima berita sedih ini, Apex terus  bergegas pulang ke Kelantan dan berkemungkinan terpaksa mengambil cuti  kecemasan selama beberapa hari.
Namun begitu, Apex terpaksa bersiap sedia untuk berangkat ke Sydney,  Australia pada 10 Disember ini untuk menjalani perlawanan persahabatan  dengan kelab bola di sana dan akan bersama skuad Olimpik di sana selama  dua minggu untuk menjalani latihan.
Takziah kepada beliau sekeluarga. Semoga tabah dan redha dengan ketentuan Allah. Marilah kita semua meningkatkan amal dan ibadat kepada Allah..sebelum ajal menjemput...  

 

No comments:
Post a Comment