 Kita memerlukan pasangan untuk menyempurnakan putaran hidup kita.  Melalui cintalah keserasian boleh diwujudkan, moga-moga kekal hingga ke  sudah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kita memerlukan pasangan untuk menyempurnakan putaran hidup kita.  Melalui cintalah keserasian boleh diwujudkan, moga-moga kekal hingga ke  sudah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-HajCinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah  ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita,  hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah. – DR.  HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tanpa matlamat untuk berkahwin di sinilah syaitan mencelah-celah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Jangan terjemahkan perasaan cinta itu melalui  perhubungan yang salah kerana ia akan mendatangkan fitnah iaitu  merosakkan hati, menjauhkan diri dari agama, membangkitkan nafsu dan  mendorong kepada zina. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Bagaimana seseorang itu dapat dikahwini kalau orang  langsung tidak menyedari akan kewujudannya? – DR. HM TUAH ISKANDAR  al-Haj
Kehidupan ini harus berjalan selari dengan kehendak  syariat kerana kebahagiaan yang sebenar bukan bertunjangkan nafsu tetapi  keimanan yang jitu. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Perkahwinan yang bahagia dapat dibina setelah melalui  keserasian manakala keserasian itu pula dapat dibentuk melalui  percintaan yang serasi. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

 

No comments:
Post a Comment