Terlambat cket baca artikel saudara Irfan Khairi ni. Apa yg dia tulis tu sangat2lah betul. Kita sangat suka membuang masa & bertangguh.
Kita sebenarnya lebih gemar bersorak gembira melihat @ memuji2 kejayaan org lain/teman2 (which is good) tapi kita sendiri masih statik. Ditakuk lama & melalui hari2 yang sama setiap hari.
Walaupun rasa bosan (or pathetic) itu ada, tapi kita masih bergerak dengar kadar yg slow. Kita malas & tak mahu maju.
Lakukan segala-galanya dengan pantas
Posted by Irfan Khairi under Tip MotivasiPantas! Itulah kuncinya…
Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu   dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang “sebab dan kejadian”.   Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya   juga akan terima dengan cepat.
Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan   pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak   pada usia muda?
Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.
Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan   billionaire  British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin   companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.
Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan   untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut   memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya   seorang billionaire melakukan kerja.
Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum   motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut   berbaris di garisan mula. “Ke garisan… sedia… MULA!” kesemua pelari   tersebut bermula dengan deras!
Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat “foul start” dan   pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula.   Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼   jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi   momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!
Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.
Pembunuh kejayaan adalah “membuang masa” atau procrastination.   Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunuh pembunuh ini.   Momentum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri   anda sendiri!
 

Manje, masa itu emas..mari pergunakannya semaksima yg mungkin.
ReplyDeleteBetul tu GA, jomm...mari bramai2 gunakan masa utk kerja2 berfaedah shj
ReplyDelete