Sunday, April 10, 2011

Buang Bayi Atas Rumput di Kawasan Kubur!

Hati manalah yang tak marah bila 2 makhluk berhati syaitan yang sedap2 menghasilkan "malaikat kecil" ini..kemudian tanpa punya hati perut sanggup membuangnya seorang diri di tanah perkuburan pulak tu!!!

Betul2 sedih & sayu mengenangkan nasib bayi yang ditinggalkan ni.. Memang mengalirkan airmata bila membayangkan peristiwa tu...nasib baik tak dibaham anjing ke binatang2 lain. Semut kompem la banyak.. Entah2 kalau binatang jumpa pun dipeliharanya..sebab zaman sekarang ni binatang pun lebih berhati perut berbanding sesetengah manusia!




KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemui sepasang suami isteri di kawasan tanah perkuburan Islam Danau Kota, Taman Setapak Indah, di sini, pagi semalam. 

Ciss! Manusia macam ni lah yg merosakkan agama Islam!!!

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit dikatakan mendengar tangisan bayi itu sebelum menghampiri kawasan itu dan terkejut sebaik melihat bayi yang masih hidup di buang di atas rumput.

Difahamkan, bayi itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain batik dan tuala berwarna biru malah, keadaan bayi itu juga masih berdarah dan mempunyai uri.


 Bayang kan la...lepas lahir je terus bungkus, angkut gi buang! Takde rase kesian pun, nak bersihkan bayi ni ke ape... Anak kucing pun orang bersihkan & jaga lepas lahir! Bangsat! Tak layak dipanggil manusia! (geramm sungguh aku)

Bersimpati dengan keadaan bayi perempuan itu, pasangan terbabit kemudiannya bertindak menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil pemeriksaan mendapati bayi itu berkemungkinan baru dilahirkan dalam tempoh tiga jam sebelum ditemui.


“Bayi yang cukup sifat itu kemudiannya diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kini dirawat di Unit Rawatan Intensif Bayi (Nicu) bagi rawatan selanjutnya,” katanya.



“Usaha mengesan individu yang bertanggungjawab terhadap pembuangan bayi itu masih giat dijalankan dan polis masih belum menemui sebarang bukti di tempat bayi itu ditemui,” katanya.

Bagaimanapun, bangsa sebenar bayi seberat 2.35 kilogram (kg) dan berkulit cerah itu masih belum dapat dikenal pasti.

Menurutnya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.


Sumber : Metro


Cari....jangan tak cari makhluk jahat yang dah buang baby ni!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails