Sunday, May 29, 2011

Jangan risau bila tiada jodoh

Apa itu cinta?


"Cinta itu ialah bila 2 hati menjadi 1. Tetapi cinta tidak semestinya berakhir dijinjang pelamin"..kata seorang ustaz dalam ceramah.


Cinta ialah untuk memberi ketenangan hati & kesenangan kepada pasangan kita. Kesenangan yang dimaksudkan ialah lapang dada dengan kehidupan yang dilalui bersama... Bukan membiarkan orang yang dicinta hidup susah..dibenci keluarga bila cinta tidak direstui..selalu dalam berdukacita.


"Aku akan pertahankan dirimu bila kau dicerca oleh sesiapa saja.."
"Sampai bila?"
"Selama aku masih hidup"
"Selepas kau tiada?"
"Aku tahu kau tabah..."
"Bagaimana jika kau sudah tak lagi mencintaiku..siapa akan membela nasibku?"
"Itu tak mungkin berlaku"
"Hari ini kau kasih padaku. Esok belum tentu.."


Ramai yang salah anggap, percintaan mesti berakhir dengan perkahwinan.


Namun cinta manusia boleh berubah-ubah mengikut masa & emosi. Cinta manusia berakhir bila mati. Cinta Allah kekal selamanya. Jadi mahu utamakan cinta kepada manusia atau cinta kepada Allah?


Jodoh belum sampai? Berdoalah..


Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”


Pesan Rasulullah, org yg nak dijadikan suami/isteri mestilah ada 2 ciri berikut:
1. Baik Agamanya (berilmu - ada ilmu agama)
2. Baik Akhlaknya (beramal dengan ilmu tersebut - perangai pun bagus)


Sabda Baginda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar." (Hadis Riwayat Imam At-Tirmizi)


Tapi bagaimana pula kalau mati tanpa sempat berkahwin? 


Allah mencipta setiap makhluk itu berpasang-pasangan. Tiada apa yang nak dirisaukan.


"Jika meninggal dunia sebelum bertemu jodoh...kita akan dijodohkan Allah diakhirat nanti dengan pasangan yang juga tidak bertemu jodoh didunia"  demikian kata ustaz tersebut lagi.


Dan jodoh pilihan Allah itulah yang terbaik untuk kita, kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya.


.
.
.

11 comments:

  1. "Tapi bagaimana pula kalau mati tanpa sempat berkahwin?"
    T.T sedihnye...

    ReplyDelete
  2. owhh..mcm yg ustaz dlm ceramah tu ckp, kalau kte dh jenuh usaha utk bjumpe jodoh, tp xdapat2 jgk..nti insyaAllah, kte akn jumpe diakhirat, didalam syurga Allah

    ReplyDelete
  3. Dah penat la...100% dah mls nk fkr..ramai nk yg sado,kacak,bergaya,ade kete hot like 'civic', 'vios'..putus ase!

    ReplyDelete
  4. Dah penat la...100% dah mls nk fkr..ramai nk yg sado,kacak,bergaya,ade kete hot like 'civic', 'vios'..putus ase!

    ReplyDelete
  5. sy pun penat...asik kena kikis..huhu

    ReplyDelete
  6. sy pun penat...asik kena kikis..huhu

    ReplyDelete
  7. kalau dah kawin bercerai lepas tu x kawin kawin mcmana

    ReplyDelete
  8. Sy tk jupa jodoh lagi.. Sy dpt rasa jodoh sy takde di dunia niii.. Cma kna reda jeee walau nk sgt kawin tuuu mace org lain

    ReplyDelete
  9. Sy tk berkahwin dn jodoh masih tk nmpk lg.. Sy dpt rasa sy tak akn berkahwin..

    ReplyDelete
  10. jodoh, ajal, maut adalah ditangan Allah SWT....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails