Thursday, February 25, 2010

Percy jackson & The Lightning Thief....go watch it!

Filem ni diarahkan oleh Chris Colombus. Dia pernah terbit & arahkan bbrp sequel Harry Potter. So nmpak ade ar jgk persamaan ngn cite HP. Tp citer Percy ni nmpaknye lebih menarik & senang difahami. HP tu dah la panjang giler movie, berbelit2 lagi, last2 tergantung. Citer percy ni mmg seswai la utk tontonan keluarga jgk. Xder unsur2 yg xseswai ditonton kanak2 mcm previous HP tu.





Dari novel ke filem, mcm gk ngn HP, filem ni mengisahkan Percy Jackson (Logan Lerman), seorang remaja lelaki yg selalu rase pelik & rendah diri dlm pelajaran sbb ade masalah penglihatan & susah nk kosentret belajar. Tp sebenarnya itu kelebihan dia, dia boleh bace ape yg org lain xnampak.









Last2 dia discover dia sebenarnya kacukan dari manusia & dewa Poseidon, yg mcm Roman Neptune tu. Kunun2nye la dewa tu wujud, muahahahahha! Koya la puok2 neh! 


So, sbb ank dewa laut, dia ni ade keistimewaan @ power utk kontrol air & kalahkan musuh. Power2 lain xder la mcm HP yg leh terbang ke hape. Dia xder magik, tapi ade power dr genetik ayah dia.

Percy dituduh mencuri lightning bolt dewa Zues, ketua dewa2 tu. So seme geng2 & sekutu dewa pakat2 buru si Percy ni. Padahal sbnarnya slh 1 dewa lain yg curi, supaya dewa2 geng tua akan pakat gaduh.
Dlm pengembaraan nak larikan diri, belajar kat kem budak2 kacukan tu dia terjumpa ngn mcm2 org, termasuk kacukan2 manusia & haiwan, adosss...interesting but weird.


Awek dia lam citer ni pn cun (Alexandra Daddario), kwn baik dia kacukan kambing tu pn lawaks giler. Ade Uma Thurman jd watak jahat kepala ular, ade Pierce Brosnan jd manusia kuda etc.

Terlalu banyak unsur2 tahyul, so just leave it, don't take it too serious, just enjoy the movie. Simply, watak2 menarik, jalan cerita menarik, kelakar. Yg penting, cket pn xrase mengantuk! 4 Star. Mmg best!

Wednesday, February 24, 2010

Kenapa Manusia Curang dan Kesannya

Ada banyak sebab kenapa suami/isteri/tunang/kekasih curang kepada pasangan mereka. Mungkin kerana faktor peribadi..hubungan yang semakin hambar & tidak lagi berkomunikasi dengan mesra, ingin mencari keseronokan luar, atau mungkin dah semakin tidak serasi, cinta beralih arah, cinta dah pudar & tidak dibajai oleh kedua2 pihak, masalah kewangan pun boleh jadi juga kerana membawa kpd stress. Jadi ade pasangan yg dimanjai dengan kemewahan drd pihak ke-3..mula mengikut kata hati.

Mungkin jugak kerana ada masalah dalaman ; masalah perhubungan intim antara suami/isteri yg semakin kurang/hilang, mungkin jugak suami /isteri ingin mencuba sesuatu yg baru dgn orang lain sehingga melupakan halal/haram. Mungkin jugak curang berlaku kerana genetik, atau cara seseorang dibesarkan. Atau mungkin jugak untuk suka2..mungkin sifat semulajadi mereka suka curang2 & merasa seronok melakukannya. Nak "test market"?? Boleh jadi juga.

Sekarang ni bukan shj ramai suami ditangkap khalwat, tapi fenomena isteri2 berkahwin lagi satu, ditangkap khalwat sudah melanda masyarakat kita, masyarakat ISLAM. Hati suami mana yg tidak hancur, keluar pagi bekerja untuk menyara keluarga, bila pulang isteri tiada seperti biasa..anak2 terbiar. Alih2..kena tangkap khalwat di hotel dengan lelaki lain. Mmg hancur luluh hati & jiwa mereka. Sungguh besar dosa isteri itu. Mungkin jugak suami akan jadi lelaki pendendam kepada semua perempuan, atau mungkin dah tak percaya lagi kpd mana2 perempuan.

Kita lihat pula dari sudut pandangan isteri. Mereka bekerja keras membantu  suami & keluarga...dan ada lagi tugas2 tambahan. Melahirkan anak, membesarkan, menjaga & mendidik mereka. menguruskan rumah seperti menjaga makan pakai suami & anak2. Yang beruntung, tugas2 ini akan dibantu oleh suami, bg yg kurang bernasib baik..."seme tu keje org pompuan.." kata si suami. Jadi bila sang suami curang, maka berkecai hati si isteri. Hilang kebahagiaannya. Sama saja kesnya dgn suami yg dicurangi isteri. Cuma bezanya, si suami boleh berkahwin sampai 4, itupun jika mampu, dan jika wanita yg ditangkap bersamanya itu ingin dinikahi. Kalau ditangkap dengan GRO atau bohsia mcmn?? Nak buat bini ker?

Isteri pulak, kalau dah ditangkap, adakah lg suami yg sanggup memaafkan? Anak2 mcmn? Keluarga mertua lagilah menolak. Kalau kena cerai, dan bernasib baik, mungkin lelaki tu sanggup kahwin dgn dia..kalau dpt si hidung belang/kasanova yg hanye mencari keseronokan sementara...atau yg bukan Islam yg mmg xnak masuk Islam, MACAMANA??? Habis hilang semua..suami, anak2, maruah diri.. Yg paling teruk menjadi mangsa di sini..anak2 yg masih kecil.

Ini membawa kepada faktor curang kerana cara dibesarkan/genetik tadi. Kalau ibu/bapa kte pernah curang, kte mesti xsuke perbuatan mereka. Kte mengutuk terang2an @pun dalam diam. kalau yg lebih zalim tu, maki2 mak bapak. Kte bertekad xkan buat kesilapan yg sama. Mengutuk ibu/bapa..walau sejahat manapun mereka, sebenarnya tidak boleh dilakukan.

Dosa anak kepada ibu/bapa..akan dibayar CASH di dunia..& jugak DI SANA. Apa yg mereka buat, mereka kena jawab kpd Tuhan. Kte tiada hak menghukum mereka. Kalau pun taknak pandang muka mereka, janganlah menghina mereka. Lebih2 lagi menceritakan keburukan mereka kpd org lain. Bayangkan kalau anak2 kte plak yg mengata2 keburukan kte di blkg kte, mesti sakit hati.  Balasan CASH yg dimaksudkan tu..mungkin kte sendiri pula akan melakukan perkara sama di dunia ini, spti CURANG kpd pasangan kte. Kalaupun bkn kte, pasangan kte plak mungkin akan curang kpd kte. Jadi berhati2lah sebelum melemparkan kata2 kesat kpd orang tua. Bimbang terjadi pula kpd kte.

Dato' Dr. Fadzillah Kamsah selalu berkata, berfikirlah secara positif. Buangkan yg negatif. Ini kerana, BENCI menarik BENCI, SAYANG menarik SAYANG, BAHAGIA menarik BAHAGIA, CERIA menarik CERIA. WANG menarik WANG??? Hehee..mungkin gak leh pakai utk ni.

Jadi kalau kte asyik fikir curang, curang, curang, mungkin suatu hari nanti pasangan kte akan betul2 curang. Kalu yg suam2 nk jd curang tu, lama2 akan betul2 curang. Boleh jadi juga. Perasan x, selalunya apa yg kte xnak tu akan selalu dapat. Apa yang kte memang sgt2 nak, kte boleh dapat. Law of Attraction.

Kalu keje kte asyik2 mengata jiran sebelah, "suami si Minah tu aku tengok asyik berkepittttttt je ngn macam2 pompuan! Xreti jaga laki ke ?? Hishhh...laki jenis ape la agknye perangai xsenonoh!!" mungkin tu salah 1 dialog minah gossip yg slalu kte dgr di tv @ tepi2 rumah kte. Ataupun dr mulut kte sendiri. Mcmana plak kalo terjadi kpd suami sendiri? Sendiri mau ingat la... Pendek kata, jgn suka mengata2 orang. Kte xtau apa nasib kte nanti. Sama ada dicurangi, atau kte sendiri yang curang! Takdir telah ditulis. Tapi ada yg boleh diubah dengan doa yg ikhlas & berterusan kepada Allah.

Jadi kenapa pula yg belum ke jinjang pelamin pun sudah curang pd pasangan?  Lain orang..lain alasannya. Ketika menjadi pasangan kekasih/tunang, cemburunya lain. Jadi mungkin ada yg kurang senang & "fed-up" pada pasangan. Dan berlakulah pertengkaran, mencari teman2 sebagai tempat meluah rasa/berhibur lepaskan tensen, curang tanpa sengaja..dan perpisahan. yg tidak dijangka. Kte mungkin lebih senang & tenang berbicara dgn "kawan" kerana mereka lebih memahami & tidak berprasangka. Tiada cemburu, tiada tuduhan2 seperti kekasih/tunang. Tidak memeningkan kepala & serabutkan otak! Tp bila status mereka berubah, drp kawan kepada kekasih, jgn terkejut jika reaksi yg diterima juga sudah berbeza. Jadi apakah kte perlu beralih kasih lagi?? Mencari ketenangan baru? Tiada kesudahannya jika hanya fikirkan diri sendiri. Belajar menerima perubahan, dan selesaikan masalah dengan cara yang matang.

Berkawan biar seribu, berkasih biar satu, berkawan mesra dgn berlainan jantina jgn sekali2...segalanya bermula di situ.

Sunday, February 21, 2010

Betul Wudhu', Solat pun Khusyuk!

Powernya Wudhu' Source : Dr. Azhar b. Hj Sarip PHd

Setiap dari kita tahu akan wudhu’ cuma mungkin panggilannya sahaja yang berbeza, ada yang memanggilnya air sembahyang. Sejak kecil kita di dedahkan dengan teknik berwudhu’ dan ianya perlu jika kita ingin menunaikan solat. Bukan itu sahaja jika kita berada dalam keadaan marah, wudhu’ akan mengurangkan api kemarahan yang membakar jiwa kita. Seperti juga azan, tidak ramai diantara kita yang mengambil berat tentang wudhu’. Bagi kita wudhu’ adalah wudhu’ dan ianya hanyalah satu keperluan sebelum melakukan sesuatu ibadah. Tetapi jika itulah pandangan kita terhadap wudhu’ maka ternyata kita terlepas pandang akan kepentingannya dalam kehidupan kita.

Air memainkan peranan yang begitu besar dalam kehidupan harian kita. Jika air yang kita gunakan bertenaga positif maka kita akan berubah menjadi positif. Bayangkan apakah yang akan terjadi jika air yang kita minum adalah air yang mana molekulnya berubah bentuk kepada energi negatif dan kemudian bercampur dengan 70% air dalam tubuh kita?

Bukankah akhirnya kita akan menjadi negatif. Air membawa gelombang alpha yakni gelombang selepas beta. Alpha adalah gelombang yang minda bawah sedar yang mana kita akan mula duduk pintu yang yang agak tenang. Kita juga sering berada dalam gelombang alpha namun ketika itu kita tidak emngingati Allah swt, contohnya sewaktu kita menonton rancangan televisyen kegemaran kita. Sewaktu kita menonton rancangan tersebut kita asyik dan adakalanya kita terasa seperti kita berada dalam cerita tersebut. Sewaktu itu otak kita mengeluarkan gelombang otak bernama alpha. Maka jelas di sini dibuktikan secara mudah mengapa kita perlu berwudhu’ sebelum solat adalah kerana sebelum solat kita berada dalam gelombang beta.

Dalam gelombang beta kita menarik energi-energi negatif, fikiran-fikiran negatif serta masalah yang banyak untuk menjadi sebahagian dari hidup kita. Namun apabila kita mengambil wudhu’ kita akan membersihkan energi-energi negatif ini dan seterusnya membawa kepada gelombang otak alpha. Hal yang demikian juga membuktikan bahawa seandainya kita berada dalam api kemarahan yang duduknya dalam gelombang beta maka berwudhu’lah kerana air akan menurunkan gelombang otak kepada gelombang otak alpha yang lebih tenang, lebih rasional. Kita perlu berwudhu’ sebelum solat, kerana jika kita bersolat dtanpa wudhu’ maka kita bersolat dalam keadaan beta. Dalam gelombang beta kita mempunyai 80% negatif dan takkan mungkin kita mengadap Allah swt dalam keadaan negatif yang banyak.

Maka wudhu’ akan merendahkan gelombang otak kepada alpha yang mana fikiran kita akan berkurangan maka barulah fikiran kita sewaktu solat tidak lagi menerawang entah ke mana dan seterusnya sewaktu kita solat seharusnya gelombang otak berada dalam gelombang theta. Jika solat kita berada dalam gelombang theta maka banyak kebaikan yang dapat kita perolehi. Namun yang menjadi persoalannya adalah mengapa sesudah mengambil wudhu’, fikiran kita sewaktu solat masih menerawang entah ke mana. Jawapan bagi persoalan ini cukup mudah dan adalah lebih baik jika saya jawab secara analogi. Jika kita makan dengan gelojoh, adakah kita dapat menikmati keeenakan makan tersebut? Jika kita makan dengan gelojoh, kita mungkin cepat kenyang tetapi berapa lamakah kekenyangan itu bertahan lama?

Kedua-duanya membawa kepada jawapan yang negatif, kita tidak merasa keenakan makanan dan kita akan cepat lapar. Begitulah wudhu’, apabila kita berwudhu’ dengan gelojoh maka kita melakukannya dalam gelombang otak beta, jadi bagaimana khasiat wudhu’ itu akan dirasai. Kita hari ini lebih banyak meyiram dari membasuh anggota tubuh dalam wudhu’. Air merupakan satu terapi yang baik sebagaimana yang telah kita bincangkan tadi. Wudhu’ yang diambil dengan tenang dan berkualiti akan menjadi terapi untuk tubuh yang baik terutamanya bagi mereka yang mempunyai sakit saraf. Marilah kita sama-sama berwudhu’ dengan tenang, sambil menghayati setiap titisan air yang jatuh ke tubuh serta sambil menggosok-gosok anggota tubuh yang berkaitan.

Jika anda dapat melakukan dengan baik maka anda akan dapati perasaan yang lain ketika bersolat. Wudhu’ adalah pintu untuk khusyuk dalam solat. Jika kita masih berwudhu’ dalam gelombang beta maka jauhlah lagi perjalanan untuk khusyuk tetapi jika kita sudah dapat membetulkan wudhu’ maka pintu kekusyukan sudah mula terbuka. Kita perlu ingat wudhu’ yang betul akan menurunkan gelombang otak kepada alpha dan jika anak-anak kita dilatih untuk berwudhu’ sebelum membaca buku, cuba lihat perubahan positif dalam pembelajarannya, jika kita berada dalam keresahan, wudhu’ yang betul akan menyahkan cas-cas negatif yang pada kita.

Wudhu’ adalah terapi dan ianya patut dipelajari dengan betul bukan hanya sambil lewa. Bagi mereka yang ingin kelihatan muda, berwudhu’lah selalu, kerana pada gelombang beta, wajah akan cepat kelihatan tua tetapi apabila kita berwudhu’ maka kita akan berada dalam gelombang alpha dan proses penuaan akan lambat berlaku. Semoga kita mula memahami akan kehebatan wudhu’.

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Comel pulak image muka budak ala2 avatar tu..he2. Kopipes this article utk kongsi2 fatchoy je...semoga kte semua mendapat pengajaran drpnya.

Dendam Halus
Source: soulpower-kuasajiwa.blogspot.com
Monday, December 28, 2009

“Sebelum kamu memulakan dendam, galilah dua kubur” ( kata bistari )

Jika kita menonton cerita melayu hitam putih, seringkali kita lihat cerita yang mengisahkan perbalahan dua kumpulan yang mungkin terhasil dari hasad dengki atau kekecewaan. Apabila timbul perbalahan, sudah menjadi lumrah cerita yang mana pasti ada pertumpahan darah yang mengakibatkan kehilangan nyawa. Akibatnya, pihak yang kalah akan mula mencari jalan untuk membalas dendam. Setiap perlakuannya selepas kejadian itu hanyalah untuk membalas dendam, mungkin dia perlu untuk berlakon watak-watak tertentu asalkan dapat membalas dendam. Sebenarnya kisah membalas dendam ini bukan sekadar berkisar dalam cerita melayu tetapi dalam kesemua masyarakat. Jika kita penggemar cerita bollywood, kita pasti juga menjumpai elemen ini hampir dalam setiap ceritanya.

Akhirnya secara tidak langsung ianya memasuki stor simpanan minda bawah sedar dan konsep dendam akan mudah terhasil apabila satu-satu kejadian itu menyalahi keinginan dan perasaan kita. Apabila hati kita disakiti atau perasaan kita diguris atau tubuh kita dilukai, sifat dendam tadi akan mula memainkan peranan untuk membalas apa yang telah dilakukan kepada kita dengan harapan si pelaku dapat merasa apa yang telah kita rasakan selama ini. Sebenarnya tanpa kita sedari kita telahpun merosakkan corak pemikiran yang murni yang dititipkan Allah swt. Kita mula hilang tumpuan dan hanya member focus kepada apa yang kita dendami. Sifat dendam yang sedemikian amatlah mudah untuk kita kesan dan ianya akan hapus apabila kita dapat membalas perbuatan seseorang.

Walaupun kita dapat membalas namun hakikat yang sebenar ialah kita menyamakan taraf kita dengannya, bukankah lebih baik seandainya kita lebih tinggi tahap pemikiran. Kita perlu ingat bahawa dendam datang dari nafsu amarah dan nabi saw pernah bersabda “Sebaik-baik anak Adam, ialah orang yang lambat marahnya dan segera pula reda bila sesudah marah, dan sejahat-jahat anak Adam yang cepat marahnya dan lambat pula reda kemarahannya.” Hari ini saya ingin membincangkan satu lagi jenis dendam yang sebenarnya lebih kuat merosakkan diri dan menghilangkan harga diri. Dendam yang saya maksudkan adalah dendam halus. Dendam halus ialah dendam yang berpunca dari ketidakpuasan hati dan kita pula tidak berupaya untuk membalasnya secara fizikal.

Akhirnya kita sering sahaja berfikir bagaimanakah caranya supaya si polan itu menerima pembalasan agar dapat memuaskan hati kita. Bagaimanakah kita boleh tahu samada kita mempunyai dendam halus atau pun tidak. Cara mengenalpastinya cukup mudah, seandainya kita pernah bertelingkah dengan seseorang dan merasa kurang puas hati dengan tingkah lakunya dan setelah beberapa ketika kita merasakan yang ketidakpuasan hati kita sudah hilang namun untuk memastikan adakah benar ianya hilang, cuba cari gambar atau apa sahaja yang dapat di asosiasikan dengan si polan. Jika anda mempunyai gambar, renungkan gambar tersebut, jika anda mempunyai kad namanya, renungkan kad namanya. Soalannya cukup mudah, apakah yang anda rasa ketika merenung barangan tersebut. Adakah anda merasa tidak puas hati, anda sudah tidak lagi merasakan ketidakpuasan hati.

Seandainya anda sudah hilang rasa tidak puas hati, maka itu sesuatu yang bagus tetapi adakah anda masih berharap supaya dia dapat merasakan sesuatu perkara agar dia sedar akan kesalahannya terhadap anda atau dengan kata orang zaman sekarang, adakah anda masih merasa “bengkek”. Jika itu yang anda rasa maka sebenarnya anda masih berdendam dengan si polan. Dendam itu mungkin tidak anda sedari kerana ianya adalah dendam tersirat atau dendam halus yang amat merbahaya. Bahayanya kerana apabila dendam halus menular ke dalam stor simpanan memori anda, apa yang anda fikirkan adalah hal-hal berkenaan dengan si polan. Bagaimana nak membalas, kemudian mungkin anda membayangkan teknik balasan, anda mungkin berimaginasi si polan datang meminta maaf, dan pelbagai perkara yang sebenarnya membuang masa untuk anda fikirkan.

Lebih dari itu fikiran-fikiran tersebut membawa kepada energi negatif yang banyak yang mana akan membentuk satu gugusan hukum penarikan negatif. Hasilnya anda akan sentiasa berada dalam lingkungan masalah dan sentiasa bertemu dengan orang bermasalah dan tanpa sedar anda menjadi begitu negatif terhadap hidup. Anda pasti tahu apakah yang akan anda alami sekiranya anda berada dalam suasana serba negatif. Justeru mulai hari ini, anda perlu melihat adakah anda seorang yang mempunyai dendam halus atau sebaliknya. Seandainya ada hapuskannya dengan segera. Mungkin ada yang bertanya bagaimana?

Sedikit tips yang dapat saya kongsikan hari ini. Pertama anda tidak perlu berkata, saya maafkan perlakuannya terhadap saya. Saya berkata begitu kerana maaf yang anda ucapkan belum tentu ikhlas. Dalam memberi maaf anda juga mungkin merasakan yang dia sepatutnya menerima pembalasan. Kedua, apa yang harus anda lakukan hanyalah satu, renungkan kembali gambarnya dan senyum. Biarpun mula-mula senyuman itu palsu tetapi senyuman mempunyai kuasa yang hebat untuk melembutkan hati yang mana dalam masa yang singkat anda akan berubah dan tidak lagi peduli akan kisah lama. Tanda-tanda pemulihan adalah anda kini merasa kasihan dengan perlakuannya dan berharap dengan sepenuh hati agar dia menjadi teman baik anda agar anda dapat membawanya berubah.

Justeru itu mulai pada hari ini banyakkan senyum terutama kepada musuh anda kerana senyuman anda biarpun tidak dilihat tetapi dapat dirasa dan dapat melunakkan hati yang keras. Rasulullah S.A.W. bersabda “Orang Mukmin itu bukanlah seorang yang pendendam.” Maka hati-hati dengan dendam terutama dendam halus kerana ianya virus yang boleh membunuh.

Hmm....kena senyum sokmo ar pasnehh.

Tuesday, February 16, 2010

Ini semua kau punye pasal! Becoz of you!

Ekekeke...saje jer buat gempaq. This is a beautiful song to share...& to heal a broken heart

Because  (by Jessica Mauboy - Australian Idol 2006)

It's all because,
I waited for so long, you showed me you were the one,

I gave ya my heart, right from the very start so,
Every time you lied, I knew inside,
Get another chance, I was hurting, I was broken

I stayed too long and so that's why, you didn't think that I'd move on,


(Chorus)
It's all because,
I loved ya, (because)
I held ya, (because)
I believed ya,
You're not what I needed, (because)


I'm stronger,(Because)
I'm better, (because)
without you, you'd thought I'd be in pieces,
Because (you thought I'd be in pieces),


because, I loved ya, (because) I loved ya,
(because) I loved ya


You gave me, just one thing, but taking from the beginning
You left me, a heart ache, how much more could I take,
With every alibi, that made me cry, I'd still gave you more,
I should've given up, when I had had enough,
But I stayed to long, that's why, you didn't think that I'd move on,


(Chorus)
(Verse 3)
I made a mistake of giving me to you,
I made a mistake of loving you x4


(Chorus)
(because i loved you x2)
(because becuase i loved you)

Sunday, February 14, 2010

Valentine's Day...tengok movie jer, jangan celebrate!

Pegi tengok filem ni xbermakna suka / sambut valentine's day. Sbgai muslim, saya perlu jadi anti valentine's day. Lagipun terlalu byk pengaruh tak baik pada remaja & "bukan remaja" beragama Islam yg terikut2 budaya ini, cthnye: kalau tengok berita kat tv malam ni, terlalu ramai org Islam yg terlalu ikut hawa nafsu ditangkap khalwat di hotel2 murah & mahal (yg ni mungkin xtunjuk kot) serta di tempat2 mcm taman bunga, tepi tasik etc. Itu budaya barat, orang kafir...kenapa la "cerdik" sangat pegi ikut.

Filem Valentine's Day ni pun ader gak masukkan cth remaja Amerika (boipren & gepren) yg bercadang nak "buat projek" pada 14 Februari. Tp remaja mat salleh pun leh fikir dengan waras kenapa xnak teruskan buat.

Di arahkan oleh Gary Marshall, yg pernah arahkan Pretty Women, ternyata filem ni langsung tak membosankan! Semua pelakon2 femes & kalo xingat nama pun mesti ingat muka mereka. Jalan cerita yg simple tapi menarik, lagipun ader banyak kisah/pasangan dalam ni. Xder la bosan sgt tumpukan pd 1 citer.

Antara pelakon2 hebat dlm mubi ni ialah Ashton Kutcher, Jessica Alba, Kathy Bates, Jessica Biel, Julia Roberts, Taylor Swift, Bradley Cooper, Eric Dane, Patrick Dempsey, Hector Elizondo, Jamie Foxx, Jennifer Garner, Topher Grace, Anne Hathaway,  Queen Latifah, Taylor Lautner, George Lopez, Shirley MacLaine, Emma Roberts. Muka2 dorang  neh foto kt bawah.

Jangan xpecaya, Taylor Swift pun ader. Kalo tengok video clip, lakonan minah ni menjadik, tp ntah nape lam filem neh cam gediks lak. Lakon lak ngan pakwe dia mase tu (skrg dh break), Taylor Lautner yg jd Wolf Jadian lam Twillight: New Moon.
Kalo nak tgk best ke x best, play ar movie trailer kat bawah ni. Seronok citernye...& byk plak pengajaran.

Perbuatan Makhluk dirasuk Syaitan!


Apabila SYAITAN telah menguasai akal & hati MANUSIA...inilah akibatnya. Makhluk yang tiada hati perut saja yang buat benda2 bodoh & keji macam ni pada si kecil yang tidak berdaya & baru sahaja "melihat" dunia ini! Ini bukan kes mahkluk berhati binatang...sebab binatang pun kasihkan anak. Ini benar2 hasutan syaitan & hasil perbuatan dari jiwa yang kacau bilau!


Semoga ini menjadi kejadian terakhir di Negara kita. Semoga makhluk durjana itu berjaya ditangkap & dibawa ke muka pengadilan. Hukuman yg paling berat patut kenakan kepada makhluk2 kejam ini!!! Juga sebagai pengajaran kepada bakal2 'pengikut syaitan' yg tengah "pasang niat" nak buang/bunuh bayi dari zuriat mereka jugak!


Mayat bayi dibakar dalam tong
Oleh Norliza Wasilan dan Fakri Awang Lah
bminggu@bharian.com


POLIS forensik Kota Bharu memeriksa anggota bayi lelaki yang dijumpai terbakar dalam tong sampah Majlis Daerah Kuala Krai di Jalan Zainal Abidin, bandar Kuala Krai, semalam.
Bahagian anggota badan, kaki terpisah ditemui rentung dalam bekas sampah MDK

KUALA KRAI: Tidak berperikemanusiaan! Inilah selayaknya menggambarkan perbuatan kejam berikutan penemuan mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dipercayai baru dilahirkan, yang hampir rentung dalam sebuah tong sampah Majlis Daerah Kuala Krai (MDK), di belakang sebuah bank, di Jalan Tengku Zainal Abidin, semalam.

Lebih menyayat hati, biarpun bayi berkenaan cukup sifat, namun keadaan mayatnya cukup mengerikan apabila bahagian anggota badan dan kakinya ditemui dalam keadaan terpisah dalam tong sampah berkenaan.


Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani, berkata pihaknya menerima laporan pekerja MDKK pada jam 11.25 pagi semalam yang menemui mayat seorang bayi berada di dalam tong sampah berkenaan ketika melakukan rutin hariannya di kawasan berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan, dipercayai mayat bayi itu dibuang selepas 24 jam dilahirkan dan dibakar dipercayai bagi menghapuskan bukti.

"Pekerja terbabit segera memaklumkan kepada anggota polis yang membuat rondaan bermotosikal apabila ternampak mayat bayi terbakar. Bayi itu dipercayai berusia satu hari berdasarkan uri dan tali pusat masih ada pada badan bayi itu.

"Bayi itu hangus daripada pinggang ke bawah dan berdasarkan maklumat diterima, pihak kami percaya tong berkenaan dibakar sejak pagi semalam (kelmarin) bertujuan menghapuskan bukti," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, di sini, semalam.

Pada Rabu lalu, kes buang bayi dilaporkan di Kampung Permatang Duyong, Melaka manakala sehari sebelum itu, satu kes turut berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Satu lagi kes dilaporkan berlaku di Kedah, Isnin lalu.

Abdul Rahim berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya, sama ada dibunuh sebelum ataupun selepas kejadian.

"Pihak polis meminta bantuan orang ramai dan klinik swasta supaya menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu," katanya.

Sementara itu, pekerja kontrak MDKK, Abdul Rahman Husin, 29, yang mendakwa melihat mayat bayi berkenaan di dalam tong sampah ketika melakukan rutin harian memungut sampah berkata, dia bersama dua rakan sekerjanya terkejut sebaik melihat mayat bayi berkenaan bersama longgokan sampah yang dibakar di dalam tong MDKK.

Menceritakan pengalamannya, beliau berkata ketika mahu mengiringkan tong sampah berkenaan dan seakan tidak percaya bahawa objek yang bergolek di dalamnya adalah seorang bayi cukup sifat. Ketika ditemui jam 11 pagi, ia hanya melecur pada bahagian kaki dan bara api masih ada.

Saturday, February 6, 2010

Legion...tengok boleh pecaye jangan!

Ngeri citer neh. Tgk jer ar trailer kat bwh nu. Hantu2 dia seram gak arr, leh lompat2, gigit org.Cume tengok jea arr, jgn pecaye ngn tahyul2 & kesesatan yg disampaikan tu. Lawak pun ader bile nengok Malaikat Gabriel dorang, kununnyer "Jibrail" & Michael (kunun Mikail) bergaduh/bertumbuk smpai berdarah2. Malaikat yg dibuat dr cahaya pun leh ade darah, kesian betul tukang karut citer neh.... Lg 1 scene Gabriel lari cam lipas kudung bila umah nk meletup! Adoohaii...lawak tul. Malaikat mane leh mati. Ade plak lari takut terbakar mati!

Legion ni ade byk makna, antaranye ; segerombolan tentera besar, boleh jgk bermaksud, suruhan/arahan yg diberikan oleh pemerintah. Tp kalo ikut bible kristian lak, legion ni bermaksud badan yg dirasuk oleh byk syaitan, bangkit & membunuh. Pastu benda ni hanya takut pada Jesus jer. Huuu...google jer...xtau tul ke x.



Sinopsis: Kununnye "Tuhan" marah sgt pd manusia & perintahkan malaikat pegi hapuskan manusia dgn turunkan "wabak" ala2 zombie kampung pisang, tp zombie ni ade taring & bunuh manusia. Si Malaikat Michael ni xsetuju ngn Tuhan, so dia turun ke bumi utk nak selamatkan manusia, & terutamanya selamatkn seorang bayi yg kununnya jika baby tu hidup, Tuhan akn ampunkan manusia & xmarah lagi. So Malaikat Gabriel marah la kt Michael sbb "ingkar", so dia turun ke bumi utk bunuh Michael & baby tu. Zombie2 dia mmg arr ngeri weh, tp jalan citer tu mmg menyesatkan.

Antara moral xbaik (esp. kpd orang Islam), dlm citer ni :

1. Memperlekehkan Tuhan - sbb bg dia Tuhan tu lemah sampaikn malaikat pun xsetuju & tegur Tuhan silap buat keputusan. Sampaikan malaikat plak leh turun ke bumi & join manusia utk lawan "Tuhan". Adehhh...lawak2

2. Memperlekehkan malaikat yg suci - sbb gambarkan malaikat tu bergaduh sesama mereka, ingkar suruhan Tuhan, ber TATOO!!! Ade ke patut malaikat ade tatoo? Sajeeee jer nak promote tatoo kununnye mulia. Padahal tatoo tu adalah "kata2 syaitan" yg kempuanan nak challenge "kata2 Allah" iaitu Kitab Al-Quran.

3. Baby yg kununnya leh selamatkan manusia (mebi pada dia Nabi Isa) itu adalah anak luar nikah. Mcm mengagung2kan perbuatan tidak baik tu plak

Byk lg sebenarnya, tp dh lupe, ngntuk doh. 3 Star kot. Xla bosan tengok, tp kena anggap sbgai hiburan je, jgn lak sampai pecaye/terpengaruh.


Universal_Soldier@bosangiler.com

Malas ar nk ckp psl mubi ni. Hero pn dh mcm grandpa. Sound effect cam ketuk tong. Jln cerita merapu2. Fight scene pn lapuk. Bosan. Ngantuk.

Yg minat sgt JC Van Damme tu dipersilakan nengok. Sape yg blum tengok tu xyah g ar. Little Star pun malas nk kasi.






Friday, February 5, 2010

You're Not Sorry

Taylor Swift - You're Not Sorry :

All this time I was wasting hoping you would come around
I’ve been giving out chances everytime and all you do is let me down
And its taking me this long but baby I figured you out
And you think it will be fine again but not this time around

You don’t have to call anymore
I won’t pick up the phone
This is the last straw
Don’t want to hurt anymore
And you can tell me that you’re sorry
But I won’t believe you baby like I did before
You’re not sorry no more, no more, no

Lookin’ so innocent
I might believe you if I didn’t know
Could’a loved you all my life
If you hadn’t left me waiting in the cold
And you got your share of secrets
And I’m tired of being last to know
And now you’re asking me to listen
Cuz its worked each time before

But you don’t have to call anymore
I won’t pick up the phone
This is the last straw
Don’t want to hurt anymore
And you can tell me that you’re sorry
But I don’t believe you baby like I did before
You’re not sorry no no no noo
You’re not sorry no no no noo

You had me calling for you honey
And it never would’ve gone away no
You use to shine so bright
But I watched our love it fade

So you don’t have to call anymore
I won’t pick up the phone
This is the last straw
There’s nothing left to beg for
And you can tell me that you’re sorry
But I won’t believe you baby like I did before



Thursday, February 4, 2010

Sempit lg ke derrr...?

HAhahaa...lawaks sesungguh2 lawaks la Nan Sempit ni. Seme pelakon mmg kena jer wataknyer. Kebanyakan watak mmg menarik & menonjol, pendek kata ada aura & keistimewaan tersendiri smpai kte akn teringat2 w/pun watak kecil jer. Dari watak Nan, sampai la ke tukang karut "karaoke" seme lawaks. Lakonan Sam mmg mantap & the gang mmg mantap.

Nan dlm citer ni cube nk buang tanggapan sstgh masyarakat yg mengganggap seme yg bwk motorsikal tu adalah mat rempit. Dan jugak xsemua mat rempit tu berperangai x elok. Jugak nk tnjukkn, disebalik perangai gila2 Nan ni, dia jgk punya hati yg "halus & lembut:" kpd kekasih hatinya..kahkahh3...mmg lawaks ar tgk dia poyo habiss!  Byk lg sbnrnye mesej dlm filem ni, cume lg bagus kalo disuntikkan unsur2 keagamaan cket..cthnye, Nan bangun pagi sembahyang subuh....jgn hanye bangun lewat, pegi keje, makan, ronda2, tido, etc. Sekurang2nye penonton teringat ar cket pada Maha Pencipta dalam dok gelak2 tu.

Filem Melayu yg boleh dibanggakan. Tumpang bangga gak ar kalaulah berjaya capai target kutipan David Teo, Rm8 juta. Adnan Sempit pn dah xsempit lagila, dpt Chikaro pn yg kaya-raya! 5 Star. Wajib tonton derrr!



Tuesday, February 2, 2010

Sherlock Holmes...mesti tonton berkali2!

18 Januari 2010. Mula2 tau movie ni kua, seriously mmg xminat pn nk tgk, sbb mmg xpenah minat sherlock holmes. Then tgk ada Robert Downey Jr...hmmm....cam interested gk nk tgk mamat iron man neh. Pastu ado Jude Law, the hensem guy. Pastu kne inject lak ngn kapel yg beria2 ckp citer neh beshh! So pas nengok Merantau kul 7.25...terus lari masuk hall lg 1 nengok Sherlock Holmes show 9.25pm. Cam seronok lak lari2 anak lam GSC tu, hehee..senamannnn...

Citer neh mmg perlukan penonton berfikir...kepantasan daya faham, so kalo lambat pick-up mmg blurr ar nti.. Maklum la, citer penyiasatan jenayah. Hero kena la bijak bfikir, terror teori fizik, kimia, terror maths, klakar & menarik. Gbungn mantap dr 2 plakon tu. Mls plak nk tulis sinopsis lgpun cite neh dh lama kt panggung. Pandai gak Guy Ritche, ex-hasben madonna ni mengarah filem. Tgk pd foto2 kt atas tu...mcm citer gay la pulokkk..uhuhhhuuuu...

Anyway...what i can say is, A MUST WATCH MOVIE! 5 star! 5 star!  






Merantau....indonesian Ong Bak!

Tak tau pn sgt citer neh pasal ape..tp layan jer la..lagipun mmg minat sgt2 action movie. Jalan cite mula2 bit slow but ok la. Kisah anak muda, Yuda yang tinggal di Minangkabau kena ikut tradisi masyarakat kt ctu, i.e. kena kua merantau bila dah dewasa & tamat belajar silat. Mebi utk cari pengalaman, berdikari etc. Tp mamat Yuda neh (lakonan Iko Uwais) nak ke Jakarta untuk cari tempat org nak belajar silat dari dia. Di sana dia xsengaja terserempak ngn Astri (Sisca Jessica) & adiknya yg sedang dibuli oleh sorang bapa ayam, Johni (lakonan Alex Abbad). Yuda tolong Astri lepaskn diri dr Johni. Lepas tu, Astri kena tangkap lg bersama bebrapa org lg gadis2 tempatan utk dieksport ke luar negara sebagai pelacur. Masa Yuda berusaha nk lepaskan Astri dr genggaman Johni & mat2 salleh tu la leh tengok banyak pertarungan sengit antara Yuda ngn kaki2 pukul Johni.

Memang menarik stunt & silat yg dibuat, mmg xboring. Bahasa dorang pn leh jer faham sbb mirip bhs kita jgk, bukan cam stgh2 citer indon. Kalo sapa2 yg minat Ong Bak tu, leh ar compare ngn citer neh..tp pd aku Ong Bak lg ganas, w/pun ade gak pengkritik ckp Merantau lg best. Best tu sama best rsenye. Tp Merantau ni ade cukup perisa...kasih syg antara keluarga, kasih & timbangrasa antara manusia yg takde pertalian darah, hormat pd yg tua, kasih pd yg kanak2, cintakan kedamaian, jiran jahat, kerakusan manusia hanya kerana wang, aksi2 lucu, esp. mase Yuda "tumpaskan" penjahat naik motosikal, dgn pertolongan mamat blurr yg baru nk g tandas, hahahaha!!! Mmg lawak adegan neh! Tp yg paling seronok tgk to me is watak johni nsi bapa ayam tu. Dah la muka lucu, lakonan pn penjahat yg lucu! Hahahahahahhahahahaha....siries..mamat neh mmg lawak! Tp xsuke ending... Anyway,3 1/2 Star. Layannnzzzz...












LinkWithin

Related Posts with Thumbnails