Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

Cara-cara nak naikkan semangat di waktu pagi!

Ni benda wajib la akan berlaku kat setiap orang . Bukan setiap hari...tapi dalam seminggu atau sebulan tu mesti la ada. Ada orang kena "monday blues". Masuk Isnin je..mula la rasa lemah badan. Kalau tak Isnin, tengah2 minggu...atau nak masuk ujung minggu tu dah hilang dah semangat nak bekerja.

Siapa lagi yang nak kita harapkan menyuntik semangat ke dalam diri sendiri setiap pagi? Mestilah semangat tu perlu datang dari dalam diri kita sendiri. So...memandangkan diri ini pun selalu kena sindrom tak bermaya bangun pagi..kadang2 macam malas sangat2 nak pergi kerja...macam nak sambung tidur. So terjumpa la artikel ni yang sangat2 menarik dan amat berguna dan perlu dicuba.

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.


4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Oleh : Shukri Abdullah dari blog Motivasi, PakarHowto

Alhamdulillah....terima kasih Allah s.w.t kerana telah memberiku rezeki menemui, membaca, berkongsi artikel ini dan menyimpan tekad untuk sentiasa nak perbaiki diri yang lemah dan hina ini... Semoga kita semua akan peroleh semangat baru bersama-sama.

Sunday, April 14, 2013

Ketika kau terlupa..


Perkenalan yang tidak disengajakan. Bicara yang jujur dan manis. Percintaan yang indah. Kasih sayang yang ikhlas. Ambilberat yang tiada batas waktu. Perhubungan yang tiada restu. Kesetiaan yang berpanjangan. 5 tahun penantian. Harapan yang kian goyah. Kekuatan yang membuahkan restu.

Ketika aku bahagia... Kau tambahkan keceriaanku
Ketika aku berduka... Kau tadahkan telinga mendengar
Ketika aku kesusahan... Kau ikhlas tawarkan bantuan
Ketika aku negatif... Kau tunjukkan arah yang positif
Ketika aku bingung dan salah... Kau sedarkan aku lakukan yang benar
Ketika aku putus harapan dengan kita... Kau yakinkan aku takdir kita bersama


Ketika kita direstui... Aku yakin ini redhaNya
Ketika kau amat gembira... Aku bahagia sama
Ketika aku tanya bila... Kau hilang kata.
Ketika kau berdiam… Aku hilang punca.
Ketika sapaanku kau humban... Aku terdiam.
Dimana silapnya?


Kini kau telah lupa.

Ketika aku perjuangkan kita... Kau tidak tahu. 
Ketika aku membela dirimu dicerca... Kau tidak tahu.
Ketika aku keseorangan... Kau tidak tahu.
Ketika aku ditimpa musibah... Kau tidak tahu.
Ketika aku ketawa untuk hilangkan duka... Kau tidak tahu.
Ketika aku menitiskan air mata rindu... Kau tidak tahu.
Ketika aku sesak dambakan pujukanmu... Kau tidak tahu.
Ketika aku pujuk diriku teruskan rasa... Kau tidak tahu.
Ketika aku menadah tangan didingin malam... Kau tidak tahu.


Kemana hilangnya keajaiban kasih sayang kurniaan Allah itu.

Ketika sapaan pada lain berbaur mesra.
Jatuh cinta lagi?
Ketika lembaranmu penuh teka teki.
Antara dua cinta?
Ketika aku diasak pujukan cinta lain.
Kenapa aku setia?
Ketika kau diam tika ku diam menjeruk rasa.
Tiadakah rindu dihati?
Ketika ku lihat kau galak berbicara disana.
Aku dibiarkan?
Ketika aku mahukan penjelasan.
Kau bosan?
Ketika iblis mendesak pelbagai hasutan. 
Istighfar tiap masa.



Kenapa harus berhenti?

Kerana aku akan bangkit kembali.
Kerana aku berharga buat diriku.

Kerana aku jujur dan setia pada cinta.
Kerana cinta ikhlas sejati perlu dicari.
Kerana perlu perbaiki diri sendiri.
Kerana kau bukan tidak baik.
Kerana mungkin bukan terbaik untuk diriku.
Kerana aku perlu teruskan hidup.
Kerana aku perlu pergi darimu.
Kerana aku perlu cari kekuatan diri.
Kerana aku perlu perbaiki jiwaku.
Kerana kau terlupa sayangiku.
Kerana kau terlupa hargaiku.
Kerana kau terlupa diriku.
Pulangkan saki baki hatiku. 
Kerana takkan kubiarkan kau buang ia.

Kerana semuanya akan kuberi pada pilihanNya.
Kerana aku dambakan Rahmat Allah s.w.t. hingga kesyurgaNya.

Wednesday, March 30, 2011

Faster by Irfan Khairi

Pantas! Itulah kuncinya…

Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang “sebab dan kejadian”. Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?
Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.
Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire  British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.

Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.

Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. “Ke garisan… sedia… MULA!” kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!

Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat “foul start” dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!
Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.
Pembunuh kejayaan adalah “membuang masa” atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunuh pembunuh ini. Momentum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!

Saturday, January 29, 2011

HIKMAH CINTA (II)

Kita memerlukan pasangan untuk menyempurnakan putaran hidup kita. Melalui cintalah keserasian boleh diwujudkan, moga-moga kekal hingga ke sudah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Tanpa matlamat untuk berkahwin di sinilah syaitan mencelah-celah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Jangan terjemahkan perasaan cinta itu melalui perhubungan yang salah kerana ia akan mendatangkan fitnah iaitu merosakkan hati, menjauhkan diri dari agama, membangkitkan nafsu dan mendorong kepada zina. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Bagaimana seseorang itu dapat dikahwini kalau orang langsung tidak menyedari akan kewujudannya? – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Kehidupan ini harus berjalan selari dengan kehendak syariat kerana kebahagiaan yang sebenar bukan bertunjangkan nafsu tetapi keimanan yang jitu. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Perkahwinan yang bahagia dapat dibina setelah melalui keserasian manakala keserasian itu pula dapat dibentuk melalui percintaan yang serasi. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Saturday, January 22, 2011

HIKMAH CINTA (I)

1. Cinta adalah indah dan suci pada mereka yang memiliki hati yang indah lagi suci. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

2. Mengapa tidak lalui hidup secara mudah iaitu terima apabila datang, sabar apabila tiada. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


3. Cinta memang ajaib, ketika usia semakin meningkat, cinta tidak pernah tua, ia tetap muda sepanjang masa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


4.Yakinlah bahawa orang yang mencintai anda kerana sesuatu akan meninggalkan anda setelah dia mendapat sesuatu. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


5.Semua yang ada pada seseorang memang perfect pada mata kita sehinggalah kita benar-benar tinggal sebumbung dengannya. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


6. Bercintalah seadanya sewaktu di alam percintaan supaya kita boleh menerima sebarang kegagalan andainya disuratkan begitu, tetapi bercintalah anda sesungguhnya dan sepenuhnya tatkala sudah berkahwin nanti, sebab itulah yang menjamin kebahagiaan dalam hidup bersama. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



Saturday, January 15, 2011

2 Cara Bagaimana Mengurangkan Sikap Skeptik

~tips dr iMotivasi~best3~

Apa sikap skeptik ni? 

Skeptik adalah meragui sesuatu, ia adalah perasaan takut tidak apa yang Anda mahukan tidak tercapai, takut tidak menjadi, takut tidak seperti yang dijangkakan.

Untuk fahami pekebendanya skeptik, anggap ia sebagai keraguan terhadap sesuatu. Anda simply rasa tak yakin sepenuhnya.
Berikut adalah 2 cara bagaimana mengurangkan sikap skeptik…

1. Fokus pada apa yang boleh terjadi, bukan pada yang mungkin boleh jadi.
Ayat berlainan memberi kesan berlainan di minda. Bila Anda fokus fikiran pada apa yang boleh terjadi, Anda jadi tidak ragu. Bila Anda memfokus pada apa yang mungkin boleh jadi, Anda jadi ragu. Timbul rasa skeptik disebabkan oleh perkataan ‘mungkin’. 

Visualisasikan hasil, fokus pada apa yang boleh Anda lakukan, bukan pada apa yang mungkin boleh gagal.

2. Elak guna perkataan cuba, sebaliknya buat saja!
Elak melatih diri dari selalu menggunakan perkataan cuba, misalnya “saya cuba untuk jadi yang terbaik”. Gunakan perkataan “saya pilih untuk…” (I choose to..) dan “saya mahu…” supaya Anda dapat kurangkan sikap skeptik dan lupakan.

Bila Anda sebut perkataan “saya cuba” atau terfikir cuba untuk mencapai sesuatu, tak semena-mena akan timbul rasa ragu. Sebenarnya ini normal, tapi menjadi tidak normal lalu bertukar menjadi negatif apabila ia menjadi besar, berubah menjadi kegusaran berpanjangan.

Untuk melawan malas, caranya rajinkan diri. Usah sebut perkataan “tak nak malas” sebab walaupun Anda berusaha lawan malas, Anda merasa semakin malas.

Untuk melawan skeptik, caranya optimiskan diri, elak untuk guna perkataan “melawan rasa skpetik” sebab Anda akan jadi semakin skeptik, semakin gusar. Apa yang Anda lawan, itulah yang Anda akan dapat!

Jadi cemana? Pilihlah untuk jadi orang BERANI GAGAL!.
Bila sudah berani gagal, skeptik menghilang dan mengurang. Sikap skeptik Anda tak boleh buang, Anda cuma boleh kurangkan, kecilkan dan kawal.

Untuk mahir mengawal sikap skeptik, berlatihlah untuk melihat apa yang boleh terjadi, kemudian bertindaklah merealisasikannya.

Anda tidak akan kenyang jika cuma membayangkan ayam KFC.
Anda tidak akan kenyang jika cuma memvisualisasikan diri Anda sedang membaham ayam KFC.
Anda kena bertindak dan bergerak! Buka langkah dan berjalanlah menuju ke restoran KFC.
Pergi ke kaunter dan order sepiring ayam KFC!
Nampak tak?

Untuk merubah sesuatu (misalnya dalam contoh tadi, merubah rasa lapar menjadi rasa kenyang) Anda perlu fikir dulu, bayangkan lepas tu bertindaklah merealisasikannya.

Tuesday, December 14, 2010

7 Tips Bagaimana Mengelak Dari Dikuasai Fikiran Negatif


1. Maafkan semua orang sebelum Anda tidur.
Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati Anda. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi.

2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas.
Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai ‘passion’ Anda. Jangan membantu kerana ‘ada udang disebalik batu’.
3. Hormati sesiapa saja.
Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat. Anda pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah Anda hormati semua orang.
4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang Anda nampak ‘perfect’.
Mungkin Anda kenal dengan seeorang yang Anda nampak sempurna – popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Nak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tapi janganlah jadi perfect sangat macam dia sebab Anda akan hilang jatidiri, akhirnya Anda hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan.

5. Elak dari menyertai perbincangan negatif.
Orang berjaya suka bercaka pasal idea. Orang yang tak nak berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang Anda sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa.
6. Elak megomel-mengomen, mengata dan mencaci.
Elak fikiran negatif dengan berhenti mengomplen, megomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang.
7. Bersyukur atas segala apa yang Anda ada.
Bersyukur sebab Anda masih hidup hari ini. Anda tak akan tahu bila Anda mati.
Syukuri rezeki Anda tiap kali Anda makan dan tiap kali Anda minum, walaupun Anda cuma minum air kosong!. Amalkan berterima kasih pada Tuhan start dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat.
Walaupun hidup Anda bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah tu hilang sedikit demi sedikit.
Anda kekal dalam masalah sebab Anda berfikiran negatif.
Sumber artikel : iMotivasi.

Monday, March 29, 2010

Kisah Cerai Muda....yg dh tua2 pn xkurang jugak

Muda lagi tapi minta diceraikan 
Posted: 28 Mar 2010 09:38 AM PDT (bu imotivasi.com)

Kesibukan bekerja di mahkamah bukan penghalang untuk saya terus menghasilkan karya (bahasa pun dah bertukar sedikit menjadi bahasa sastera!). Bagi Anda yang baru kenal siapa saya, sayalah orang disebaik blog in. Saya bekerja tetap di sebuah mahkamah syariah.

Bekerja ni mahkamah ni menemukan saya dengan ratusan orang bermasalah. Paling saya terkejut, anak-anak muda yang kawin muda memilih untuk bercerai di usia muda. Perempuan terutamanya.
Ada rupa, ada kerja bergaji, ada pakej, ada daya tarikan. Tapi, minta diceraikan!.

Padahal umur masih muda, anak masih belum ada. Sebabnya mudah. Dari kes yang saya baca, kebanyakan isteri-isteri di usia muda ni meminta cerai sebab:
1. Suami ada hubungan dengan perempuan lain.
2. Suami tidak memberi nafkah zahir dan batin lebih dari 4 bulan lamanya.
4. Suami tidak menjalankan tanggungjawab, tinggal serumah, tapi rumah macam ‘neraka’.
5. Suami melafazkan cerai ketika marah, kemudian tidak mengaku dia ada melafazkan cerai.
Umur bukan jadi faktor kebahagiaan rumah tangga.

Ada orang kawin muda, tapi tak berjaya mempertahankan perkahwinan. Ada juga orang kawin di usia muda tapi berjaya mengekalkan rumahtangga. Menyentuh soal kawin muda, saya kongsikan sedikit kisah bapa saya yang berkahwin muda pada umurnya masih belasan tahun.

Dalam kebanyakan kes yang saya baca dari fail-fail sebutan kes Mahkamah Syariah, saya dapati rupa, tahap pendidikan, pendapatan dan pangkat seseorang tak menjanjikan kebahagiaan menjalani hidup berumahtangga. Semua tu hanyalah booster yang boleh membahagiakan, menggembirakan tapi tak semestinya menjamin kekalnya kebahagiaan suami isteri.

Masalah rumah tangga banyak berpunca dari emosi. Suami rapuh pertimbangan, isteri kurang pedoman.

Jika ilmu menjadi kurang, emosi juga turut menjadi kurang. Oleh kerana kawalan emosi kurang, tindakan menjadi silap dan tak ketentuan.
Maka, berlakulah sebuah perceraian. Bagi Anda yang dah berumah tangga, syukurlah dan jagalah hati pasangan Anda dengan menjaga emosi Anda.

Bagi Anda yang masih mencari pasangan (seperti saya!) yakinlah jodoh kita tetap ada cuma kita disyorkan untuk berusaha mencarinya. Dia dah ada, cuma menunggu untuk dijumpai oleh kita.

Saat ini adalah saat paling baik untuk kita yang bujang melatih diri mengawal emosi supaya bila kita bernikah nanti dan hidup bersama pasangan untuk puluhan tahun akan datang, kita sudah mahir mengawal emosi lalu dapat mengelakkan pertelingkahan besar dalam rumah tangga.

Doa saya, moga Anda berbahagia hendaknya.
Impianmu, kebahagiaanmu, inspirasi buatku…

Foto2 hanyelah sekadar gambar hiasan... :-p

Sunday, February 21, 2010

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Comel pulak image muka budak ala2 avatar tu..he2. Kopipes this article utk kongsi2 fatchoy je...semoga kte semua mendapat pengajaran drpnya.

Dendam Halus
Source: soulpower-kuasajiwa.blogspot.com
Monday, December 28, 2009

“Sebelum kamu memulakan dendam, galilah dua kubur” ( kata bistari )

Jika kita menonton cerita melayu hitam putih, seringkali kita lihat cerita yang mengisahkan perbalahan dua kumpulan yang mungkin terhasil dari hasad dengki atau kekecewaan. Apabila timbul perbalahan, sudah menjadi lumrah cerita yang mana pasti ada pertumpahan darah yang mengakibatkan kehilangan nyawa. Akibatnya, pihak yang kalah akan mula mencari jalan untuk membalas dendam. Setiap perlakuannya selepas kejadian itu hanyalah untuk membalas dendam, mungkin dia perlu untuk berlakon watak-watak tertentu asalkan dapat membalas dendam. Sebenarnya kisah membalas dendam ini bukan sekadar berkisar dalam cerita melayu tetapi dalam kesemua masyarakat. Jika kita penggemar cerita bollywood, kita pasti juga menjumpai elemen ini hampir dalam setiap ceritanya.

Akhirnya secara tidak langsung ianya memasuki stor simpanan minda bawah sedar dan konsep dendam akan mudah terhasil apabila satu-satu kejadian itu menyalahi keinginan dan perasaan kita. Apabila hati kita disakiti atau perasaan kita diguris atau tubuh kita dilukai, sifat dendam tadi akan mula memainkan peranan untuk membalas apa yang telah dilakukan kepada kita dengan harapan si pelaku dapat merasa apa yang telah kita rasakan selama ini. Sebenarnya tanpa kita sedari kita telahpun merosakkan corak pemikiran yang murni yang dititipkan Allah swt. Kita mula hilang tumpuan dan hanya member focus kepada apa yang kita dendami. Sifat dendam yang sedemikian amatlah mudah untuk kita kesan dan ianya akan hapus apabila kita dapat membalas perbuatan seseorang.

Walaupun kita dapat membalas namun hakikat yang sebenar ialah kita menyamakan taraf kita dengannya, bukankah lebih baik seandainya kita lebih tinggi tahap pemikiran. Kita perlu ingat bahawa dendam datang dari nafsu amarah dan nabi saw pernah bersabda “Sebaik-baik anak Adam, ialah orang yang lambat marahnya dan segera pula reda bila sesudah marah, dan sejahat-jahat anak Adam yang cepat marahnya dan lambat pula reda kemarahannya.” Hari ini saya ingin membincangkan satu lagi jenis dendam yang sebenarnya lebih kuat merosakkan diri dan menghilangkan harga diri. Dendam yang saya maksudkan adalah dendam halus. Dendam halus ialah dendam yang berpunca dari ketidakpuasan hati dan kita pula tidak berupaya untuk membalasnya secara fizikal.

Akhirnya kita sering sahaja berfikir bagaimanakah caranya supaya si polan itu menerima pembalasan agar dapat memuaskan hati kita. Bagaimanakah kita boleh tahu samada kita mempunyai dendam halus atau pun tidak. Cara mengenalpastinya cukup mudah, seandainya kita pernah bertelingkah dengan seseorang dan merasa kurang puas hati dengan tingkah lakunya dan setelah beberapa ketika kita merasakan yang ketidakpuasan hati kita sudah hilang namun untuk memastikan adakah benar ianya hilang, cuba cari gambar atau apa sahaja yang dapat di asosiasikan dengan si polan. Jika anda mempunyai gambar, renungkan gambar tersebut, jika anda mempunyai kad namanya, renungkan kad namanya. Soalannya cukup mudah, apakah yang anda rasa ketika merenung barangan tersebut. Adakah anda merasa tidak puas hati, anda sudah tidak lagi merasakan ketidakpuasan hati.

Seandainya anda sudah hilang rasa tidak puas hati, maka itu sesuatu yang bagus tetapi adakah anda masih berharap supaya dia dapat merasakan sesuatu perkara agar dia sedar akan kesalahannya terhadap anda atau dengan kata orang zaman sekarang, adakah anda masih merasa “bengkek”. Jika itu yang anda rasa maka sebenarnya anda masih berdendam dengan si polan. Dendam itu mungkin tidak anda sedari kerana ianya adalah dendam tersirat atau dendam halus yang amat merbahaya. Bahayanya kerana apabila dendam halus menular ke dalam stor simpanan memori anda, apa yang anda fikirkan adalah hal-hal berkenaan dengan si polan. Bagaimana nak membalas, kemudian mungkin anda membayangkan teknik balasan, anda mungkin berimaginasi si polan datang meminta maaf, dan pelbagai perkara yang sebenarnya membuang masa untuk anda fikirkan.

Lebih dari itu fikiran-fikiran tersebut membawa kepada energi negatif yang banyak yang mana akan membentuk satu gugusan hukum penarikan negatif. Hasilnya anda akan sentiasa berada dalam lingkungan masalah dan sentiasa bertemu dengan orang bermasalah dan tanpa sedar anda menjadi begitu negatif terhadap hidup. Anda pasti tahu apakah yang akan anda alami sekiranya anda berada dalam suasana serba negatif. Justeru mulai hari ini, anda perlu melihat adakah anda seorang yang mempunyai dendam halus atau sebaliknya. Seandainya ada hapuskannya dengan segera. Mungkin ada yang bertanya bagaimana?

Sedikit tips yang dapat saya kongsikan hari ini. Pertama anda tidak perlu berkata, saya maafkan perlakuannya terhadap saya. Saya berkata begitu kerana maaf yang anda ucapkan belum tentu ikhlas. Dalam memberi maaf anda juga mungkin merasakan yang dia sepatutnya menerima pembalasan. Kedua, apa yang harus anda lakukan hanyalah satu, renungkan kembali gambarnya dan senyum. Biarpun mula-mula senyuman itu palsu tetapi senyuman mempunyai kuasa yang hebat untuk melembutkan hati yang mana dalam masa yang singkat anda akan berubah dan tidak lagi peduli akan kisah lama. Tanda-tanda pemulihan adalah anda kini merasa kasihan dengan perlakuannya dan berharap dengan sepenuh hati agar dia menjadi teman baik anda agar anda dapat membawanya berubah.

Justeru itu mulai pada hari ini banyakkan senyum terutama kepada musuh anda kerana senyuman anda biarpun tidak dilihat tetapi dapat dirasa dan dapat melunakkan hati yang keras. Rasulullah S.A.W. bersabda “Orang Mukmin itu bukanlah seorang yang pendendam.” Maka hati-hati dengan dendam terutama dendam halus kerana ianya virus yang boleh membunuh.

Hmm....kena senyum sokmo ar pasnehh.

Saturday, January 9, 2010

Fikir secara Positif, Elak dapat Masalah!

Kalau kte fikir tentang masalah, kte ni umpamanya mcm memanggil masalah itu utk datang pada kte. Betul x? Betul..... Cth: Kte tgh drive kereta yg memang dh minyak dia dah hampir bawah paras "minyak dah abis", dalam hati kte bkata..."matilah aku klau keta ni mati tengah jalan...jgn la kau mati tengah jalan keta ooiii..jgn la kau mati tengah2 traffic light". Pastu tetibe je kte nak lalu kat traffic light, lampu tukar merah, so kte stop la, then time tu la jugak keta tu tersedak2 then mati!!!!  Dok depan skali lak tu!!!  Mmg haru,.tp itula nasibku 2 tahun lepas..hahahah! So artikel kat bwah ni perlu la sama2 dihayati.



Masalah akan selesai bila anda fokus pada penyelesaian masalah
petikan dari iMotivasi dot kom

Kebanyakan daripada kita tidak tahu cara minda separa sedar bekerja. Kesannya, hidup kita seperti dikawal oleh fungsi ‘auto-pilot’ – kitaran hidup kita sama saja setiap hari. Kita mengalami masalah yang sama setiap hari, kita melalui situasi-situasi sama setiap hari.

Untuk kita merubah diri ke tahap yang lebih baik, kita perlu memahami bagaimana untuk mengawal minda separa sedar supaya dengan itu kita dapat mengawal hidup kita. Maksudnya, kita boleh memunculkan situasi-situasi yang kita mahukan, kita boleh mencapai apa saja yang kita nakkan bergantung pada kemahuan kita.
Lebih besar gambaran minda Anda, lebih lama minda separa sedar ambil masa untuk merealisasikannya. Lebih kecil gambaran minda Anda, lebih cepat minda separa sedar Anda merealisasikannya.

Contoh? Masalah.Ramai orang suka memikirkan masalah juga menggambarkan masalah. Masalah adalah gambaran minda yang kecil sebab masalah ada situasi yang kecil, berlaku di masa sekarang (bukan di masa hadapan).


Kita tak nak masalah muncul dalam hidup kita. Tapi, kita selalu berfikir tentang masalah, memikirkan masalah dan meratapi betapa malangnya hidup kita sebab dirundum masalah.
Masalah yang muncul dalam hidup kita sebenarnya berpunca dari fikiran kita sendiri, jadi kita kena bertanggungjawap atas segala kesilapan dan permasalahan yang dah berlaku.

Kekadang kita tak sedar yang kita suka membayangkan masalah bermula dari saat kita bangun tidur. Ada orang, tiap kali bangun pagi, terus terbayang betapa susahnya dia melalui hari itu – dengan kesibukan kerja, traffic jam, stress, dimarahi bos, jumpa kengkawan yang perangainya menyakitkan hati, ngan perangai orang rumah yang suka marah-marah.


Benda ni semua tak berapa besar, situasinya kecil-kecil saja lagipun ia mengambil masa beberapa jam yang akan datang, bukan beberapa tahun yang akan datang. Oleh kerana jarak waktunya yang pendek, minda separa sedar cepat merealisasikannya. Anda fikir saja, semua tu akan berlaku beberapa jam yang akan datang.

Maka, seboleh mungkin jangan memikirkan masalah ketika Anda bangun pagi. Sebab, pada ketika itu, suasana masih tenang dan minda Anda juga masih relaks.


Untuk kita mencetus kecemerlangan, fikirkanlah kecemerlangan start dari kita bangun pagi. Fikirkan hal orang-orang cemerlang, fikirkan cemana cara yang Anda boleh gunakan untuk Anda jadi cemerlang, fikirkan cara cemana Anda boleh jadi bersemangat dalam usaha mencapai kecemerlangan.
Itu lebih baik dari asyik memikir masalah.

Fikirkan cara cemana nak menyelesaikan masalah. Masalah akan selesai bila Anda start fikir cara penyelesaian, bukan memikir masalah tu sendiri.

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431...& kopipes artikel motivasi



Motivasi diri - 3 tips bagaimana untuk menyemarakkan emosi-emosi positif


Emosi adalah penggerak utama untuk kita berjaya dalam kerjaya, perniagaan dan kewangan kita. Ketika bersekolah atau ketika sedang belajar sepenuh masa, kita lebih memerlukan kecerdasan intelektual supaya kita berjaya. Tapi, apabila start aje bekerja untuk menyara kehidupan, kita perlukan kecerdasan emosi supaya kita bermotivasi untuk melonjakkan tahap pencapaian diri ke tahap berjaya.

Kita perlu melatih diri agar sentiasa beremosi positif supaya kita ditemukan dengan situasi-situasi positif, bukan situasi-situasi negatif seperti permasalahan. Apa yang kita tanam, kita akan tuai hasilnya satu hari nanti.

Jika kita beremosi positif mulai saat ini, kita akan seronok menikmati situasi-situasi positif satu hari nanti, paling tidakpun satu saat nanti. Apa dia emosi-emosi positif? Cinta, kemaafan, rasa kekitaan, keseronokan berkongsi sesuatu serta keseronokan melakukan sesuatu adalah emosi-emosi positif. Ini 3 tips bagaimana untuk menyemarakkan emosi-emosi positif:

1. Bagi Anda yang bekerja, sebelum keluar bekerja, tatap dulu wajah orang-orang yang Anda sayangi kerana itu akan memberi Anda energi cinta, lantas membuatkan emosi Anda menjadi positif sepenuhnya. Gembira nak gi bekerja, hepi saja time buat kerja. Bawa gambar wajah kekasih Anda dalam poket baju Anda, atau mungkin jadikan wajahnya imej wallpaper hanphone Anda. Setiap kali kita ingati orang yang kita sayangi, emosi kita berubah jadi positif serta merta.

2. Bagi Anda yang single, jadikan cinta kepada ibu, bapa serta adik-beradik Anda sebagai sumber emosi positif buat diri Anda. Tarik nafas, hembus perlahan-lahan, pejamkan mata selama 7 saat kemudian bayangkan wajah ibu dan wajah bapa Anda. Hadirkan rasa sayang, rasa kasih yang mendalam terhadap mereka. Serta merta Anda akan merasa hati Anda berbunga-bunga. Anda akan merasa bersemangat secara tiba-tiba.

3. Sebelum anda pulang dari tempat kerja menuju ke rumah, maafkan orang-orang yang menyakiti hati Anda selama 8 jam Anda bekerja. Dia mungkin rakan karib Anda, mungkin juga rakan sekerja Anda. Maafkan saja kesalahan-kesalahan mereka kemudian jangan pernah cuba untuk mengingat lagi. Amalan ini menjadikan emosi Anda bebas dari serangan unsur-unsur negatif, lantas membuat Anda dapat menjaga emosi positif sepanjang hari.

Kita kena bijak mengawal emosi, bukan kita yang dikawal oleh emosi. Jika Anda orang yang panas baran, cepat terasa atau cepat tersindir lalu menyerang orang yang menyindir Anda, itu maknanya Anda sedang dikawal oleh emosi.

Kawal fikiran, kawal kata-kata, kawal tindakan, pasti kita dapat mengawal emosi sentiasa. Orang yang selalu main lepas cakap, emosinya tak menentu.

Kesannya, situasi-situasi dalam hidupnya juga asyik tak menentu. Anda akan dapat lihat situasi-situasi negatif lebih banyak muncul dari yang positif.




Friday, November 6, 2009

How to Use Color Therapy to Relieve Stress

By Darlene Zagata
eHow Contributing Writer



Crayons
Crayons

Color affects the way we feel. It can affect our moods in either a positive or negative manner. Do you feel uncomfortable wearing certain colors or being in a room that is saturated in a particular color? Are there other colors that make you feel comfortable? The colors that we wear and surround ourselves with reflect our inner state of being. Learn how to relieve stress and create a positive inner state by using color.


How to Use Color Therapy to Relieve Stress
 
Step 1
Surround yourself with pink. It's the color of calm tranquility. Add small splashes of pink around the home to create an atmosphere of calm. You can use pink in the bathroom, bedroom or other areas. Wear a pink sweater or other accessories to balance your energies and promote inner peace.

Step 2
Add yellow to your life if you've feeling down. Yellow is an excellent color to lift your spirit and relieve depression. 

Step 3
Choose blue for a calm environment and a good night's sleep. Blue is a very relaxing color. It promotes tranquility and healing. If you're suffering from insomnia, put yourself to sleep by adding plenty of blue to your bedroom decor. Choose bedding in shades of blue and wear blue pajamas. Blue is also a good color to wear when speaking in public since it promotes good communication.

Step 4
Add a touch of green to your environment and wardrobe. Green is a very soothing color. It promotes harmony and relieves anxiety. Spruce up your home with green accessories including houseplants. If you're feeling drained wear something green and invigorating.


Step 5
Put some violet in your life. Violet is the color of wisdom, peace and strength. Wear it for inner peace. Use it in your home to promote a peaceful environment.


Step 6
Choose classic white for a clean look and feel. White is cleansing and purifying. When used in the home decor white gives a clean, fresh look and really opens up a room. Make white a staple in your wardrobe. Wearing white helps to cleanse the mind and purify the spirit. One of the great things about using white in the home or wardrobe is that it goes with everything. Be sure to keep your white clothing and decor clean because white that looks dull or dingy will only affect your emotions in the same way.


Ni salah satu cara depa ni nk ilangkn stres. Kalo hati tgh marah tu... tenung2la kaler biru / hijau, sambil amik air sembahyang dan berzikir...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails