Sunday, April 14, 2013

Ketika kau terlupa..


Perkenalan yang tidak disengajakan. Bicara yang jujur dan manis. Percintaan yang indah. Kasih sayang yang ikhlas. Ambilberat yang tiada batas waktu. Perhubungan yang tiada restu. Kesetiaan yang berpanjangan. 5 tahun penantian. Harapan yang kian goyah. Kekuatan yang membuahkan restu.

Ketika aku bahagia... Kau tambahkan keceriaanku
Ketika aku berduka... Kau tadahkan telinga mendengar
Ketika aku kesusahan... Kau ikhlas tawarkan bantuan
Ketika aku negatif... Kau tunjukkan arah yang positif
Ketika aku bingung dan salah... Kau sedarkan aku lakukan yang benar
Ketika aku putus harapan dengan kita... Kau yakinkan aku takdir kita bersama


Ketika kita direstui... Aku yakin ini redhaNya
Ketika kau amat gembira... Aku bahagia sama
Ketika aku tanya bila... Kau hilang kata.
Ketika kau berdiam… Aku hilang punca.
Ketika sapaanku kau humban... Aku terdiam.
Dimana silapnya?


Kini kau telah lupa.

Ketika aku perjuangkan kita... Kau tidak tahu. 
Ketika aku membela dirimu dicerca... Kau tidak tahu.
Ketika aku keseorangan... Kau tidak tahu.
Ketika aku ditimpa musibah... Kau tidak tahu.
Ketika aku ketawa untuk hilangkan duka... Kau tidak tahu.
Ketika aku menitiskan air mata rindu... Kau tidak tahu.
Ketika aku sesak dambakan pujukanmu... Kau tidak tahu.
Ketika aku pujuk diriku teruskan rasa... Kau tidak tahu.
Ketika aku menadah tangan didingin malam... Kau tidak tahu.


Kemana hilangnya keajaiban kasih sayang kurniaan Allah itu.

Ketika sapaan pada lain berbaur mesra.
Jatuh cinta lagi?
Ketika lembaranmu penuh teka teki.
Antara dua cinta?
Ketika aku diasak pujukan cinta lain.
Kenapa aku setia?
Ketika kau diam tika ku diam menjeruk rasa.
Tiadakah rindu dihati?
Ketika ku lihat kau galak berbicara disana.
Aku dibiarkan?
Ketika aku mahukan penjelasan.
Kau bosan?
Ketika iblis mendesak pelbagai hasutan. 
Istighfar tiap masa.



Kenapa harus berhenti?

Kerana aku akan bangkit kembali.
Kerana aku berharga buat diriku.

Kerana aku jujur dan setia pada cinta.
Kerana cinta ikhlas sejati perlu dicari.
Kerana perlu perbaiki diri sendiri.
Kerana kau bukan tidak baik.
Kerana mungkin bukan terbaik untuk diriku.
Kerana aku perlu teruskan hidup.
Kerana aku perlu pergi darimu.
Kerana aku perlu cari kekuatan diri.
Kerana aku perlu perbaiki jiwaku.
Kerana kau terlupa sayangiku.
Kerana kau terlupa hargaiku.
Kerana kau terlupa diriku.
Pulangkan saki baki hatiku. 
Kerana takkan kubiarkan kau buang ia.

Kerana semuanya akan kuberi pada pilihanNya.
Kerana aku dambakan Rahmat Allah s.w.t. hingga kesyurgaNya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails