Showing posts with label Untuk Lelaki/Wanita. Show all posts
Showing posts with label Untuk Lelaki/Wanita. Show all posts

Wednesday, December 30, 2009

Lihat Bentuk Badan HAWA.......Lelaki Cuci Mata dengan NAFSU

Antara blog yg slalu sy lawati ialah jejariaccess.com. Artikel2 disana umpama makanan hati, minda & akal. Jom sama2 bace ape yg beliau tulis. Sesuatu yg ramai wanita mahupun lelaki tak ambil pusing @ xkisah... Mungkin kerana tak pernah mau "melihat" @ membayangkan syurga & neraka.

Ciptaan Sukar Dijaga


Sebab mata LELAKI GEMAR melihat WANITA
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.


Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,

maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat
sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokin
yg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,

kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,”Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu”.


Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.


Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


Diharap paparan di atas tu dpt menyedarkan kita sedikit-sebanyak ttg peranan kita untuk meneruskan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang amat cintakan umat Baginda & kesucian Agama Islam.



Anak sapelahhh.....comelnyerr bertudung litup tu ciap pegang Al-Quran & tasbih...huhuu...sejuk mata memandang....


Tetapi di zaman yg serba canggih kini...masing2 wanita berlumba2 untuk menampilkan kecantikan anugerah Allah. Yelah...kalau dah cantik, mesti la kena "tayang" kan? Mcm Tayangan Umum tu...mungkin jugak kdg2 "downgrade" ke 18SX. Kalau boleh..bukan setakat nak tyg satu bandar...upload foto utk tayangan satu dunia beb! Fuhh...dasyatt... (nauzubillah...)

Dedah & dadah sudah seiringan...cerita ttg dadah di merata2 suratkhabar, cerita ttg dedah merata2 di internet, majalah tempatan & kini dah meresap masuk suratkhabar jgk. 

Ingatlah sahabat2 sekalian, wanita, lelaki & yg satu lg...syahwat itu pertama sekali dibangkitkan daripada pandangan mata, mcm 1 lgu tu.."dari kerana mata...yg mempunyai kuasa...oh aku tergoda...(lupe dh lirik) :-P ). Bila syahwat dh bangkit, mcm2 la akn hadir dlm fikiran seseorang..& klau xdikawal lg, akn terjadilah perbuatan2 yg kdg2 kte x terfikir akn buat. Cth paling simple, terjadinya zina, jenayah rogol, cabul, bunuh, buang anak dan sebagainya. Ringkasnye ade 3 level zina, dari zina mata, jadi zina hati & last skali perlakuan zina. Oleh itu, jika kita ingin menjaga syahwat, peliharalah pandangan mata.


DIRI KITA SKRG, ADALAH CORAK ANAK CUCU KITA DI MASA HADAPAN.  Hmmm....tepuk dada tanya iman. Apa yg kita mahu lihat bentuk kehidupan zuriat kita nanti? Acuan itu di tangan kita...pandai2lah memilih yang terbaik.















Saturday, December 12, 2009

Tips Mencari Suami Yang Membahagiakan

Kopipes je artikel kt bwh dr 1 website islamik tahun 2007. Mmg sukar untuk mencari calon suami yg mcm ni dalam dunia skrg. Yg baik & sopan…kdg2 xsembahyang pun, sombong dgn Tuhan. Yg tak tinggal solat…kdg2 girlfriend keliling pinggang...sana sayang, sini sayang, bak kata pepatah..wajah yg tenang, jangan disangka bukan buaya. Yg muka macam innocent pn…tgk2 kaki rasuah. Yg rugged semacam…mmg baik hati...tapi keje plak xstabil, mak bapak plak xberkenan. Apa la nak jadi dengan kaum lelaki skrg? Mmg la segelintir je macam tu…tp nak mencari spesis yg 70% elok pun…teramat la susahnye. Hmm..pakat2 la kita baca & renung2kn artikel ni.. 
 

Ciri-ciri suami pilihan

Posted by nurjeehan in Cinta, Perkahwinan, Wanita & Keluarga


KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.


ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.


Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?

Ditulis oleh Siti   (from hafizfirdaus.com)

Thursday, 16 April 2009

Soalan:

Sering terdengar dakwaan lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan demikianlah sebaliknya. Apakah maksud "baik" dalam dakwaan ini kerana kadangkala apa yang berlaku amat berbeza?  Sima, Kuala Kubu Baharu, Selangor.



Jawapan:

Dakwaan ini sebenarnya berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Surah al-Nur, ayat 26]

 

Maksud "baik" dalam ayat di atas merujukan kepada sifat secara keseluruhan yang menonjol pada diri seseorang seperti kejujuran, kesopanan, kerajinan, banyak melakukan amal shalih dan sebagainya. Namun sebagai manusia, di celah-celah kebaikan yang banyak menonjol akan tetap ada kekurangan. Maka kekurangan dan kelemahan ini tidak membatalkan kebaikan mereka yang banyak, sebaliknya menjadi cabaran untuk memperbaiki dirinya.

 

Merujuk kepada kehidupan sebagai pasangan suami-isteri, maka hendaklah setiap individu memilih bakal pasangannya yang baik. Akan tetapi di sebalik kebaikan itu tentu wujud satu dua kekurangan dan ini bukanlah sesuatu yang berbeza lagi menyelisihi ayat 26 surah al-Nur di atas. Sebaliknya ia menjadi cabaran kepada setiap pasangan untuk saling memohon maaf, memaafkan dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan itu secara bersama.



Saje je tempek kat sini artikel di atas. Terjumpa kat 1 laman web. Bagi yg bujang, memang sering tertanya2..siapalah agaknya akan menjadi jodoh kita? Adakah gadis/lelaki yang mencerminkan diri kita? Atau adakah yg lebih baik drp kita, dan akan mengajar kita memperbaiki kelemahan2 kita? Atau adakah dia 'completely different from us' dr segi latar belakang keluarga, agama, pendidikan, sikap & sifat? Adakah berbeza itu bagus? Macam magnet, +ve & -ve? Atau adakah akan sering bergaduh kerana berbeza pendapat? Adakah dia akan sering membuat kita berendam airmata atau ketawa bahagia selepas hidup bersama? Adakah dia akan berubah 50%, 80% atau 100% selepas sah bergelar isteri/suami kita? Soalan2 ini tak akan berakhir sampai kiamat.



Memang senang memohon maaf...jika dah buat salah. Tapi sejauhmanakah kekesalan itu pada hati orang yg meminta maaf? Benarkah dia kesal 100% atas apa yg dia dah buat? Kalau pasangan tidak tahu, apakah dia akan berhenti melakukannya? Adakah menipu itu perlu demi tidak menyakitkan hati pasangan? I think that's bulls**t. Tak ada dalam agama Islam menipu itu boleh. Kenapa tidak BERHENTI MENIPU PASANGAN supaya kita tak perlu lagi membuat penipuan demi penipuan yg lain?



Memang benar, manusia ni bukan malaikat... Mesti dan pasti akan ada buat kesalahan/ada keburukan di mana2. Tapi sbg manusia yg diberikan AKAL oleh Allah...sekali buat salah, jangan lah buat salah yang sama lagi. Belajarlah drp kesilapan. Mungkin kita akan dimaafkan lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi. Tapi janganlah terlalu seronok & lupa diri. Langit tak selalunya cerah. Mana mungkin pasangan kita itu sebaik Nabi? Kesabaran dia ada hadnya. Yang berbuat salah, perlu perbaiki diri, buangkan sedikit ego, atasi kelemahan.



Yang teraniaya, apa yang perlu dibuat? Pada saya...perbaiki kelemahan2 diri kita sendiri. Mungkin ada yg tidak kena pada diri kita sehingga Allah menguji kita sebegitu. Atau Allah ingin menaikkan darjat kita dgn diberi pasangan yang 'tidak baik'. Jadi, dekatkan diri dengan Pencipta, redha dgn segala pemberian Allah (baik/buruk)...semoga pintu keredhaan Allah dibukakan kpd kita..seterusnya segala kebaikan2 akhirnya menjadi milik kita. Hanya memohon DOA dan BERSERAH kepada ALLAH.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails