Ditulis oleh Siti (from hafizfirdaus.com)
Thursday, 16 April 2009
Soalan:
Sering terdengar dakwaan lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan demikianlah sebaliknya. Apakah maksud "baik" dalam dakwaan ini kerana kadangkala apa yang berlaku amat berbeza? Sima, Kuala Kubu Baharu, Selangor.
Jawapan:
Dakwaan ini sebenarnya berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Surah al-Nur, ayat 26]
Maksud "baik" dalam ayat di atas merujukan kepada sifat secara keseluruhan yang menonjol pada diri seseorang seperti kejujuran, kesopanan, kerajinan, banyak melakukan amal shalih dan sebagainya. Namun sebagai manusia, di celah-celah kebaikan yang banyak menonjol akan tetap ada kekurangan. Maka kekurangan dan kelemahan ini tidak membatalkan kebaikan mereka yang banyak, sebaliknya menjadi cabaran untuk memperbaiki dirinya.
Merujuk kepada kehidupan sebagai pasangan suami-isteri, maka hendaklah setiap individu memilih bakal pasangannya yang baik. Akan tetapi di sebalik kebaikan itu tentu wujud satu dua kekurangan dan ini bukanlah sesuatu yang berbeza lagi menyelisihi ayat 26 surah al-Nur di atas. Sebaliknya ia menjadi cabaran kepada setiap pasangan untuk saling memohon maaf, memaafkan dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan itu secara bersama.
Saje je tempek kat sini artikel di atas. Terjumpa kat 1 laman web. Bagi yg bujang, memang sering tertanya2..siapalah agaknya akan menjadi jodoh kita? Adakah gadis/lelaki yang mencerminkan diri kita? Atau adakah yg lebih baik drp kita, dan akan mengajar kita memperbaiki kelemahan2 kita? Atau adakah dia 'completely different from us' dr segi latar belakang keluarga, agama, pendidikan, sikap & sifat? Adakah berbeza itu bagus? Macam magnet, +ve & -ve? Atau adakah akan sering bergaduh kerana berbeza pendapat? Adakah dia akan sering membuat kita berendam airmata atau ketawa bahagia selepas hidup bersama? Adakah dia akan berubah 50%, 80% atau 100% selepas sah bergelar isteri/suami kita? Soalan2 ini tak akan berakhir sampai kiamat.
Memang senang memohon maaf...jika dah buat salah. Tapi sejauhmanakah kekesalan itu pada hati orang yg meminta maaf? Benarkah dia kesal 100% atas apa yg dia dah buat? Kalau pasangan tidak tahu, apakah dia akan berhenti melakukannya? Adakah menipu itu perlu demi tidak menyakitkan hati pasangan? I think that's bulls**t. Tak ada dalam agama Islam menipu itu boleh. Kenapa tidak BERHENTI MENIPU PASANGAN supaya kita tak perlu lagi membuat penipuan demi penipuan yg lain?
Memang benar, manusia ni bukan malaikat... Mesti dan pasti akan ada buat kesalahan/ada keburukan di mana2. Tapi sbg manusia yg diberikan AKAL oleh Allah...sekali buat salah, jangan lah buat salah yang sama lagi. Belajarlah drp kesilapan. Mungkin kita akan dimaafkan lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi. Tapi janganlah terlalu seronok & lupa diri. Langit tak selalunya cerah. Mana mungkin pasangan kita itu sebaik Nabi? Kesabaran dia ada hadnya. Yang berbuat salah, perlu perbaiki diri, buangkan sedikit ego, atasi kelemahan.
Yang teraniaya, apa yang perlu dibuat? Pada saya...perbaiki kelemahan2 diri kita sendiri. Mungkin ada yg tidak kena pada diri kita sehingga Allah menguji kita sebegitu. Atau Allah ingin menaikkan darjat kita dgn diberi pasangan yang 'tidak baik'. Jadi, dekatkan diri dengan Pencipta, redha dgn segala pemberian Allah (baik/buruk)...semoga pintu keredhaan Allah dibukakan kpd kita..seterusnya segala kebaikan2 akhirnya menjadi milik kita. Hanya memohon DOA dan BERSERAH kepada ALLAH.
No comments:
Post a Comment