Motivasi diri - 3 tips bagaimana untuk menyemarakkan emosi-emosi positif
Emosi adalah penggerak utama untuk kita berjaya dalam kerjaya, perniagaan dan kewangan kita. Ketika bersekolah atau ketika sedang belajar sepenuh masa, kita lebih memerlukan kecerdasan intelektual supaya kita berjaya. Tapi, apabila start aje bekerja untuk menyara kehidupan, kita perlukan kecerdasan emosi supaya kita bermotivasi untuk melonjakkan tahap pencapaian diri ke tahap berjaya.
Kita perlu melatih diri agar sentiasa beremosi positif supaya kita ditemukan dengan situasi-situasi positif, bukan situasi-situasi negatif seperti permasalahan. Apa yang kita tanam, kita akan tuai hasilnya satu hari nanti.
Jika kita beremosi positif mulai saat ini, kita akan seronok menikmati situasi-situasi positif satu hari nanti, paling tidakpun satu saat nanti. Apa dia emosi-emosi positif? Cinta, kemaafan, rasa kekitaan, keseronokan berkongsi sesuatu serta keseronokan melakukan sesuatu adalah emosi-emosi positif. Ini 3 tips bagaimana untuk menyemarakkan emosi-emosi positif:
1. Bagi Anda yang bekerja, sebelum keluar bekerja, tatap dulu wajah orang-orang yang Anda sayangi kerana itu akan memberi Anda energi cinta, lantas membuatkan emosi Anda menjadi positif sepenuhnya. Gembira nak gi bekerja, hepi saja time buat kerja. Bawa gambar wajah kekasih Anda dalam poket baju Anda, atau mungkin jadikan wajahnya imej wallpaper hanphone Anda. Setiap kali kita ingati orang yang kita sayangi, emosi kita berubah jadi positif serta merta.
2. Bagi Anda yang single, jadikan cinta kepada ibu, bapa serta adik-beradik Anda sebagai sumber emosi positif buat diri Anda. Tarik nafas, hembus perlahan-lahan, pejamkan mata selama 7 saat kemudian bayangkan wajah ibu dan wajah bapa Anda. Hadirkan rasa sayang, rasa kasih yang mendalam terhadap mereka. Serta merta Anda akan merasa hati Anda berbunga-bunga. Anda akan merasa bersemangat secara tiba-tiba.
3. Sebelum anda pulang dari tempat kerja menuju ke rumah, maafkan orang-orang yang menyakiti hati Anda selama 8 jam Anda bekerja. Dia mungkin rakan karib Anda, mungkin juga rakan sekerja Anda. Maafkan saja kesalahan-kesalahan mereka kemudian jangan pernah cuba untuk mengingat lagi. Amalan ini menjadikan emosi Anda bebas dari serangan unsur-unsur negatif, lantas membuat Anda dapat menjaga emosi positif sepanjang hari.
Kita kena bijak mengawal emosi, bukan kita yang dikawal oleh emosi. Jika Anda orang yang panas baran, cepat terasa atau cepat tersindir lalu menyerang orang yang menyindir Anda, itu maknanya Anda sedang dikawal oleh emosi.
Kawal fikiran, kawal kata-kata, kawal tindakan, pasti kita dapat mengawal emosi sentiasa. Orang yang selalu main lepas cakap, emosinya tak menentu.
Kesannya, situasi-situasi dalam hidupnya juga asyik tak menentu. Anda akan dapat lihat situasi-situasi negatif lebih banyak muncul dari yang positif.
salam maal hijrah...semoga perubahan yang lebih baik pada masa akan datang untuk tahun ini..
ReplyDelete