Sunday, December 20, 2009

The Storm Warriors…kisah dari komik hebat!

Mulanya nak nonton yg lain (Ninja Assassins, sbb dh nak abis tayang)..last2 'available ticket' yg ni jea..(but movie ni still dlm list wajib tontonku :-P). Plg 'hot'…fuh! Avatar! Havoc.. budak2, mak bapak budak, semua golongan dok beratur nak masuk tgk Avatar!

Tapi xpe…kuteruskan jugak ngn misi kaki wayang…jom tengok review pasal mubi ni..malas nk citer sendiri so, kopipes dr blog 5hobiku.blogspot (huhuuu….xkenal sape, tp mintak mahap la yer cedok ke cni, review dia tulis sempoi & menarik di bace)


"Sebenarnya citer Storm Warriors ni bukan la sambungan citer Storm Riders yang penah glamer satu masa dulu tuu, cuma watak2 hero jee yang sama dikekalkan iaitu Wind (Aaron Kwok) dan Cloud (Ekin Cheng). Utk mereka yg x paham bahasa China, dinasihatkan supaya baca terjemahan Inggeris jee sbb terjemahan Bahasa Melayu kat wayang memang leh wat org lagi konpiusss
Dalam citer Storm Warriors ni, perwira2 perkasa-Wind, Cloud dan Nameless bersatu tenaga utk melawan Lord Godless (lakonan Simon Yam)-seorang pahlawan dari Jepun yg ingin menakluki negara China. Tak aci lah kan..3 lawan 1 tapi Lord Godless nih memang betul2 terer dan kebal sampai mereka bertiga cedera dan terpaksa cari jalan utk menewaskan Lord Godless dgn meminta bantuan seorang tua di gua pertapaan. Kerana kesuntukan masa utk selamatkan negara, Si Angin terpillih dan bersetuju utk mempelajari 'seni pertahanan syaitan' manakala Si Awan berlatih ilmu pedang dengan Nameless.

Masa mereka dok sibuk jalani training tuu, Lord Godless yg kejam telah menculik Maharaja sekeluarga dan arahkan bala tenteranya utk menyerang dan membunuh sesiapa jer yg menghalang. Tentera Lord Godless akhirnya menjumpai dan menyerang gua pertapaan. Wind tak sempat habiskan training cara syaitan dia tu kerana terpaksa menyelamatkan Dream (awek dia) yg teruk diserang. Akibat tak habis menuntut ilmu tu, Wind dah jadi cam x sedar dan x kenal rakan2nya sendiri lagi sehingga sanggup melawan dan bertikaman pulak ngan Cloud sampai Chu Chu (awek Cloud) mati.

Adegan dan teknik pertempuran mereka memang best tengok cuma ending citer nii cam blurr jee. Byk persoalan lom dijawab. Apa jadi ngan anak Lord Godless yg berjaya curi Tulang Naga...Benarkah Cloud juga mati? Mungkin akan ada sekuel utk citer ni dua tiga tahun akan datang..."




Okeh..pada saya, cerita neh ok jela…nak nengok boleh, tak nengok pn xrugi. Rasenye bace buku cerita dia lagi beh bganda2! Mungkin ade penggemar2 komik ni akan teruja & boleh maafkan..tapi mungkin ader gak yg komplen jalan ceritanye meleret2, membosankan…(nguap dah lebih 20x wo…), dan tak nampak originality nyerr (kate owg seblah).

Kte pn xder ler nak rase kagum sgt ngn kemahiran Cloud/Wind..xmcm mase bace komik, buleh jatuh cinta gtu ngn katun tu..hohohohoo.. Lagi 1, awek Cloud tu yg bagi sy 'quite irritating'…mulut dia xbenti2 bcakap, bertanye soklan2 xpenting..ntah hape2. Dah la xbaper seswai kalo nak digandingkan ngn Cloud cun itu (Aaron Kwok)..huuuu  

Scene paling menarik plak…mebi mase fight between Wind, Cloud ngn Lord Godless tu kot okeh cket.. (macam foto yg tempek kt atas tu) K, 3 Star jerr dari bolamataku…Selamat menonton!







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails