Saturday, January 29, 2011

Seorang Doktor Neurologi Menemui Keajaiban Allah


“Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi .

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” .

Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
 
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam……Begitula h keagungan ciptaan Allah!!!
Org yangi tdak menunaikan sembahyang , otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ‘sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.”

PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1.. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

~dikopipes dr alkiram.net~

HIKMAH CINTA (II)

Kita memerlukan pasangan untuk menyempurnakan putaran hidup kita. Melalui cintalah keserasian boleh diwujudkan, moga-moga kekal hingga ke sudah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Tanpa matlamat untuk berkahwin di sinilah syaitan mencelah-celah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Jangan terjemahkan perasaan cinta itu melalui perhubungan yang salah kerana ia akan mendatangkan fitnah iaitu merosakkan hati, menjauhkan diri dari agama, membangkitkan nafsu dan mendorong kepada zina. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Bagaimana seseorang itu dapat dikahwini kalau orang langsung tidak menyedari akan kewujudannya? – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Kehidupan ini harus berjalan selari dengan kehendak syariat kerana kebahagiaan yang sebenar bukan bertunjangkan nafsu tetapi keimanan yang jitu. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Perkahwinan yang bahagia dapat dibina setelah melalui keserasian manakala keserasian itu pula dapat dibentuk melalui percintaan yang serasi. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Saturday, January 22, 2011

HIKMAH CINTA (I)

1. Cinta adalah indah dan suci pada mereka yang memiliki hati yang indah lagi suci. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

2. Mengapa tidak lalui hidup secara mudah iaitu terima apabila datang, sabar apabila tiada. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


3. Cinta memang ajaib, ketika usia semakin meningkat, cinta tidak pernah tua, ia tetap muda sepanjang masa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


4.Yakinlah bahawa orang yang mencintai anda kerana sesuatu akan meninggalkan anda setelah dia mendapat sesuatu. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


5.Semua yang ada pada seseorang memang perfect pada mata kita sehinggalah kita benar-benar tinggal sebumbung dengannya. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


6. Bercintalah seadanya sewaktu di alam percintaan supaya kita boleh menerima sebarang kegagalan andainya disuratkan begitu, tetapi bercintalah anda sesungguhnya dan sepenuhnya tatkala sudah berkahwin nanti, sebab itulah yang menjamin kebahagiaan dalam hidup bersama. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



Wednesday, January 19, 2011

KUKU PANJANG DAN CINCIN

Rase nak share plak info dr blog rubbertapertz.blogspot ni. Amat berguna sebagai pedoman..

بسم الله الرحمن الرحيم

Additional info : Najis kita mempunyai sejenis kuman yang bernamaE-Coli

KUKU
Jangan ada niat simpan kuku panjang . Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi tangan kiri yang digunakan tangan untuk beristinjak.
 

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

CINCIN

Ali r.a telah berkata, “Rasulullah s.a.w melarangku memakai cincin di jariku yang ini atau yang ini” sambil dia menunjuk ke jari hantu dan jari telunjuk. - Imam Muslim.
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian: Masalah cincin ni sama dgn masalah kuku. Jika kita gunakan di jari sebelah kiri untuk cincin kemudian tangan kiri untuk beristinja,, kuman-kuman dari najis tadi akan berkumpul dicelah antara jari dan cincin. lepas tu kita kita turut mengunakan tangan yang sama untuk menyediakan makanan...

Sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Jangan panggilku sayang!

Kenapa ada orang yang suka panggil2 org sayang? Kenal pun tak, mak bapak dia sapa pun kte xtau, tinggal kat mana ke, keje kat mana. Nama penuh pun xtau, apa lagi i/c no.

Kalau setakat masuk kedai beli barang, jangan la nak panggil2 org lain sayang. Mesra la konon. Kalo sekali cakap tu, mebi la salah dengar. Tapi kalo dah 2,3 kali, dah sah la perkataan tu yg kuar dari mulut dia. 

'Sayang' tu panggilan yang mahal. Dan tak sepatutnya ditujukan kepada ramai orang (terutama yg berlainan jantina). Tak kecik ke nanti hati bini kat rumah?

Kalo jumpe org mcm ni, abaikan kan je. Ignore it..ignore it.. Habit org mmg susah nak diubah.
Tapi kalo rase nk exercise mulut, boleh la kasi "sound" cket. Kadang2 mereka2 ni kena kasi hantam jugak!


Tuesday, January 18, 2011

Ada apa dengan KERJA?

Bosan dengan kerja. Perasaan ni selalu datang setiap 2 bulan sekali, especially masa tengah sibuk teramat sampai takde masa untuk diri sendiri. Hari2 buat benda yang sama. 
 
Pergi ofis, mengadap komputer, customer call, call customer, buat quotation, cari @ browse latest pricelist, call supplier kalo nak order barang. Tak settle lagi customer ni, yg lain plak bising2 tunggu dia punye and so on. Balik rumah. Esok ulang benda yang sama lagi dan lagi dan lagi. Tenok muka2 yg sama, environment yg sama.

Bosan. Nak pergi bercuti pun takde masa. Kalo pergi pun customer tetap call. Tengah santai2 tepi pantai, kena balik bilik semula cari laptop, online internet, reply email, etc. etc. Arggghhhh...!!!

Tapi kalo dilihat dari sudut positif :
1) Alhamdulillah masih ada kerja...sedangkan di luar sana masih ramai yang terkapai2 mencari pekerjaan yg sesuai. Hingga ada yg sanggup menerima kerja yg jauh lebih rendah daripada kelulusan mereka.

2) Alhamdulillah...sekurang2nya ada ramai customer & prospect yang masih memilih untuk menghubungi kita. Sedangkan diluar sana ada ramai lagi pesaing lain.

3) Alhamdulillah...masih hidup lagi tahun ini untuk mengutip amal ibadat & pahala...serta nikmat2 lain drp Allah s.w.t.

4) Nikmatilah pekerjaan anda sebelum diambilalih sepenuhnya oleh robot!!! ;)


Saturday, January 15, 2011

2 Cara Bagaimana Mengurangkan Sikap Skeptik

~tips dr iMotivasi~best3~

Apa sikap skeptik ni? 

Skeptik adalah meragui sesuatu, ia adalah perasaan takut tidak apa yang Anda mahukan tidak tercapai, takut tidak menjadi, takut tidak seperti yang dijangkakan.

Untuk fahami pekebendanya skeptik, anggap ia sebagai keraguan terhadap sesuatu. Anda simply rasa tak yakin sepenuhnya.
Berikut adalah 2 cara bagaimana mengurangkan sikap skeptik…

1. Fokus pada apa yang boleh terjadi, bukan pada yang mungkin boleh jadi.
Ayat berlainan memberi kesan berlainan di minda. Bila Anda fokus fikiran pada apa yang boleh terjadi, Anda jadi tidak ragu. Bila Anda memfokus pada apa yang mungkin boleh jadi, Anda jadi ragu. Timbul rasa skeptik disebabkan oleh perkataan ‘mungkin’. 

Visualisasikan hasil, fokus pada apa yang boleh Anda lakukan, bukan pada apa yang mungkin boleh gagal.

2. Elak guna perkataan cuba, sebaliknya buat saja!
Elak melatih diri dari selalu menggunakan perkataan cuba, misalnya “saya cuba untuk jadi yang terbaik”. Gunakan perkataan “saya pilih untuk…” (I choose to..) dan “saya mahu…” supaya Anda dapat kurangkan sikap skeptik dan lupakan.

Bila Anda sebut perkataan “saya cuba” atau terfikir cuba untuk mencapai sesuatu, tak semena-mena akan timbul rasa ragu. Sebenarnya ini normal, tapi menjadi tidak normal lalu bertukar menjadi negatif apabila ia menjadi besar, berubah menjadi kegusaran berpanjangan.

Untuk melawan malas, caranya rajinkan diri. Usah sebut perkataan “tak nak malas” sebab walaupun Anda berusaha lawan malas, Anda merasa semakin malas.

Untuk melawan skeptik, caranya optimiskan diri, elak untuk guna perkataan “melawan rasa skpetik” sebab Anda akan jadi semakin skeptik, semakin gusar. Apa yang Anda lawan, itulah yang Anda akan dapat!

Jadi cemana? Pilihlah untuk jadi orang BERANI GAGAL!.
Bila sudah berani gagal, skeptik menghilang dan mengurang. Sikap skeptik Anda tak boleh buang, Anda cuma boleh kurangkan, kecilkan dan kawal.

Untuk mahir mengawal sikap skeptik, berlatihlah untuk melihat apa yang boleh terjadi, kemudian bertindaklah merealisasikannya.

Anda tidak akan kenyang jika cuma membayangkan ayam KFC.
Anda tidak akan kenyang jika cuma memvisualisasikan diri Anda sedang membaham ayam KFC.
Anda kena bertindak dan bergerak! Buka langkah dan berjalanlah menuju ke restoran KFC.
Pergi ke kaunter dan order sepiring ayam KFC!
Nampak tak?

Untuk merubah sesuatu (misalnya dalam contoh tadi, merubah rasa lapar menjadi rasa kenyang) Anda perlu fikir dulu, bayangkan lepas tu bertindaklah merealisasikannya.

Thursday, January 13, 2011

Ketulusan Hati

December 17, 2007

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
tak kenal nestapa

Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
 

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
 
Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
 
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
 
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu 

~ Anuar Zain~

Bengang

Lirik Lagu Bengang - Akim

Aku bosan dengan cinta mu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku

Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biar kan diriku terus bersendiri

Ku tak fikir engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Korus:
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanya lah bibir berkata yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Kerunsingan diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka

Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin ku sama dirimu yang sering berdusta

Ulang Korus

Letih hatiku diserang pilu
Letih hatiku teringat janjimu, oooh caramu
Akan ku teruskan hidupku, oh tanpamu


*lagu: Amir
*lirik: SQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails