Terlambat cket baca artikel saudara Irfan Khairi ni. Apa yg dia tulis tu sangat2lah betul. Kita sangat suka membuang masa & bertangguh.
Kita sebenarnya lebih gemar bersorak gembira melihat @ memuji2 kejayaan org lain/teman2 (which is good) tapi kita sendiri masih statik. Ditakuk lama & melalui hari2 yang sama setiap hari.
Walaupun rasa bosan (or pathetic) itu ada, tapi kita masih bergerak dengar kadar yg slow. Kita malas & tak mahu maju.
Lakukan segala-galanya dengan pantas
Posted by Irfan Khairi under Tip MotivasiPantas! Itulah kuncinya…
Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang “sebab dan kejadian”. Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.
Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?
Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.
Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.
Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.
Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. “Ke garisan… sedia… MULA!” kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!
Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat “foul start” dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!
Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.
Pembunuh kejayaan adalah “membuang masa” atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunuh pembunuh ini. Momentum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!