Monday, May 7, 2012

Hadapi hidup

Ada masanya fikiran jadi kacau bilau. Nak luahkan kepada kawan-kawan...rasanya tak perlu. Kadang-kadang kalau selalu sangat ceritakan masalah pada "orang"..orang akan cepat bosan. 5 atau 10 kali sebulan..mungkin mereka boleh menjadi pendengar yang baik. Boleh bagi nasihat berguna..atau hanya sekadar nasihat tak berapa bernas. Yang paling ditakuti..masalah kita tu akan diceritakan pulak pada orang lain. Ataupun, diri kita akan dipandang "semacam".

Jalan terbaik mengadu kepada Pencipta kita.. Allah s.w.t. Allah sudi mendengar bila-bila masa sahaja. Tapi tiada jaminan bila Allah mahu masalah kita tu hilang. Itu hak Allah. Kepada yang tidak sabar..memang mereka tak puashati. Mesti nak jugak luahkan pada orang lain.

Kalau luahkan di facebook..people will know u. Malah satu dunia akan kenal kita. Berbeza dengan blog. Hanya orang2 tertentu je yang tau siapa kita. Kecuali kalau bog tu penuh dengan foto-foto tuannya..

Pendamkan? Tak guna simpan sampai berdarah bernanah. Bila sesuatu masalah tu disimpan, dipendam, diemosikan dalam diri...fikiran jadi tak stabil, tubuh akan jadi lemah. Selera makan boleh jadi bertambah-tambah...atau langsung tak berselera.

Owwhh..susah juga hidup ni. Tapi kalau mati lagi lah susah. Jadi perkara positif yang perlu dibuat ialah;

1. Jangan dikenang-kenang lagi peristiwa @ masalah yang lepas. Tanamkan sejarah lama, jangan cuba simpan @ gali lagi. Lupakan semuanya! What past is past!

2. Hadapi masakini. Hargai apa yang ada sekarang..hargai orang disekeliling kita sebelum dia pergi! Bersyukur! Sentiasa sedar apa yang sedang dibuat sekarang...live your life happily!

3. Fikirkan kehidupan lebih baik pada masa akan datang. Jangan terlalu risau benda-benda buruk, jangan membiarkan diri kita takut dengan masa depan. Jangan fikir lemah, kecelakaan, sakit, miskin, hinaan orang. Think of successfull life!

Tuesday, May 1, 2012

Tengahari tendang polis, Petang tangkap peserta

Harakahdaily, 30 Apr 2012

(Dua suasana yang berbeza antara tengahari dan petang....sekarang ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya agen provokasi ini)

KUALA LUMPUR: Ketika pimpinan PAS mempertegaskan ahlinya bersih dan berdisiplin, tulisan bekas Setiausaha Umno Bahagian, Zahrin Mohd Yasin bahawa sekurang-kurangnya 2,000 anggota polis memakai baju Bersih Sabtu lalu menarik perhatian ramai.

Dalam tulisannya Sabtu lalu, Zaharin atau Sang Kelembai itu menulis, "polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi."

"Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.

"Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini," kata beliau.

Apabila seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, "ramai itu."

Zaharin terus menulis, "Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih."

"Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini iut nyer," tambah Zaharin dalam tulisan itu.

Gambar-gambar mula tersebar kini tentang polis yang dikatakan menyamar itu.

Misalnya aksi seorang peserta perhimpunan membuat 'flying kit' ke atas seorang polis trafik.

Beliau juga didapati kemudiannya yang menangkap para peserta demonstrasi yang lain.

(Gambar siapakah ini yang menendang polis dengan gelang kuning di tangannya.  Gambar ini kini tersebar luas)

Ada dua tempat peranan agen 'provokasi' ini dikesan oleh orang ramai.

Pertama, siapa yang memulakan tindakan melempar kereta polis dengan botol air sehingga pemandunya hilang pertimbangan dan merempuh tiga orang di perkarangan pasaraya Sogo.

Yang kedua adalah tindakan memecahkan tembok penghalang yang dibina oleh DBKL mengelilingi Dataran Merdeka.

Siapakah mereka sehingga kini masih belum dapat dikesan dengan nyata.

Pihak penganjur Bersih 3.0 pula menuntut kerajaan membuat siasatan menyeluruh terhadap perhimpunan kali ini.

Peranan media tradisional yang dikuasai Umno dan BN juga mendapat kecaman dari pemerhati antarabangsa yang datang untuk membuat pemerhatian mereka terhadap perhimpunan kali ini.

Bercakap dalam sidang media mereka  semalam, Senator Nick Xenophon dari Australia berkata, "perhimpunan ini aman sehinggalah mereka diprovok."

Beliau juga mengkritik laporan dari TV yang jelas melaporkan secara sebelah pihak.

“Mainstream media berat sebelah dan tidak adil. Kami lihat lebih laporan Perdana Menteri Najib (Tun Razak) di Sabah dalam TV dari peristiwa yang lebih besar tentang rakyat Malaysia,” kata Xenophon.

Seorang lagi ahli dari pasukan 7-anggota itu,  India Times editor MJ Akbar, berkata peserta sebenarnya dalam mood berpesta.

“Orang ramai mempunyai masa yang cukup kalau mereka mahu bertindak ganas. Tetapi mereka berpesta sehinggalah berlakunya provokasi,” kata Akbar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails