Tuesday, July 13, 2010

Megi goreng jugak!!!

Heheee....ramai tul yg tepek megi goreng kt blog memasing..kte pun tepek jgk ler dinner mlm neh. 

Hmmm...ni megi goreng seafood, 100% perisa asli, xguna pun perencah megi.  Resepi cam biase je, yg org selalu2 msk, nothing special but very nice mengikut seleraku..:-)

Friday, July 9, 2010

Hayati maksud ayat al-Fatihah

Petikan : myMetro Hayati maksud ayat al-Fatihah  (Ustaz Mohd Zawawi Yusoh)

DOA terkadang tidak serupa minta, minta lain tapi buat lain, malah ada juga bertentangan dengan apa yang kita minta dan sebut "amiin".

Bila imam baca doa kita di belakang main sebut saja, "amin" tidak tahu dan faham apa yang imam berkenaan baca.

Doa sebenarnya permintaan, ia perlu difahami kemudian baru ia dapat masuk ke dalam hati.

Kalau main minta atau main angkat tangan saja tetapi tidak memahami apa-apa isi kandungan doa berkenaan ia dianggap sebagai bermain-main ketika berdoa.
 
Sudah berpuluh tahun kita meminta perkara sama tetapi masih tidak dapat-dapat. Sebenarnya, bukan Allah tidak perkenankan tetapi kita sendiri hanya pandai meminta tetapi tidak pandai mencari.

Minta tetapi tidak mencari sama halnya dengan berangan-angan. Antara yang wajib kita minta setiap hari adalah ayat "ihdinassiratal mustaqim" yang dibaca 17 kali setiap hari.

Maksudnya adalah tunjuklah kami jalan yang lurus. Kita wajib membacanya setiap kali sembahyang. Besarnya makna doa ini adalah ia tidak didahulukan melainkan selepas kita memuji Allah terlebih dahulu.

Bahawa segala pujian itu meliputi pada-Nya dan Dia itu adalah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Doa ini tidak didahulukan ia, melainkan setelah kita berikrar mengaku sebenar-benarnya bahawa hanya Allah, Tuhan yang kita sembah dan tempat kita meminta pertolongan.
 
Setiap hari minta "jalan yang lurus" tahukah kita apa jalan yang lurus itu? Kalau tidak tahu kena belajar dan membaca. Jalan yang lurus itu sangat penting.
 
Setengah remaja hanya tahu jalan betul saja, jumpa jalan betul terus merempit. Orang Palestin mati di jalan Allah tetapi kita mati di jalan betul.
 
Kalau kita perhatikan sebaik saja meminta jalan yang lurus, "ihdinassiratal mustaqim" Allah mentafsirkan jalan lurus itu adalah Allah sudah berikan nikmat-Nya kepada orang yang terdahulu. Siapakah orang-orang ini?

Mereka adalah Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia' . Apakah itu nikmat? Itulah nikmat Iman, Islam dan Ihsan. Hanya dengan jalan iman, Islam dan ihsan, barulah kita dapat mengikut jalan yang lurus.

Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia melalui jalan itu dan Allah tunjukkan jalannya. Maka yang kita minta itu adalah untuk mengikut jalan seperti mereka supaya kita benar-benar sampai kepada Allah.

Jalan yang lurus inilah yang akan sampai kepada Allah. Selain itu, ada juga jalan tetapi tidak sampai kepada Allah. Allah terangkan lagi dalam surah Al-Fatihah ini, minta dijauhkan kita daripada dua jalan yang tidak sampai kepada Allah.

Itulah dia jalan orang yang Allah dimurkai dan jalan orang yang sesat yang tidak mempercayai Allah seperti Namrud dan Firaun.
 
Mereka menolak Allah dan mereka adalah orang yang mendapat laknat Allah. Jalan orang yang sesat pula adalah Yahudi dan Nasrani (kristian).
 
Walaupun mereka percaya Tuhan, tetapi jalan yang mereka lalui itu adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan. Justeru, mereka tidak akan sampai kepada Tuhan.
 
Orang yang boleh sampai kepada Tuhan adalah mereka yang mengikuti jalan yang lurus. Jalan ini ditempuh oleh Nabi, Rasul, Sahabat, Tabiin dan juga wali Allah sebelum ini.
 
Maka, kita mengharapkan belas kasihan agar Allah tunjukkan kita jalan supaya kita boleh sampai kepada Allah. Dinyatakan tadi jalan itu adalah Iman, Islam dan Ihsan.
 
Ketiga-tiganya adalah nikmat besar Allah berikan jika kita mendapatkannya. Namun, ketiga-tiganya mestilah difahami dan dihayati seterusnya menjadi amalan dan perjuangan hidup kita. Barulah kita mendapat jalan yang lurus.

Kalau sekadar slogan atau cakap-cakap saja, itu dikira belum dapat lagi. Cubalah muhasabah diri kita sejauh mana kita bersungguh ketika berkomunikasi dengan Allah.

Paling kurang ayat al-Fatihah yang kita baca seharian, antara faham, kehendak dan realiti biarlah ia selari seiring dan sejalan. Fahamilah, hayatilah, amalkanlah serta perjuangkanlah.





Ip Man: The Legend is Born

 Filem ni kisah ttg zaman muda2 Ip Man, dr zaman kecik sampai la masuk Wing Chun, tempat dia belajar kungfu tu.  Tak dilakonkn oleh Donnie Yen mcm filem dlu, ip man & ip man 2. Tapi sape2 yg penah tgok 2 filem td, mesti kena tonton filem ni utk lengkapkan citer dia. Okeh je layannzzz. 3 1/2 Star.

Thursday, July 8, 2010

Kapoww: Atoi The Ajaib Boy

Terlupe lak tepek yg neh. Aku dipakse tengok cite Kapoww. Huuu... Tp xpela, asalkn free, hehe. Filem ni arahan: Azizi Chunk. Pelakon2 utama: Zizan Raja Lawak, Lisa Surihani, Bell Ngasri, Norlia Ghani, Harun Salem Bachik, Rosnah Mat Aris, Awie.

Cite pasal budak kampung yg nak jadi Superhero. Klakar ar zizan tu, mcm biasa. Cume ade gk kdg2 lawak slapstik. Cite ade cket2 mcm si tanggang pn ade.

Overall, terhibur..tp kalo nk tgok skali lg tu x arr. 2 1/2 Star kot my rates.
Tp diakui la, mmg better than cicakman. :-p
Sorry norman-yusry.

Sunday, July 4, 2010

Shrek Forever After - kelakar & tetap kelakar!

 
Senarai suara watak2 penting:
Mike Myers (Shrek)
Cameron Diaz (Fiona)
Eddie Murphy (Donkey)
Antonio Banderas (Puss in Boots)
Walt Dorhran (Rumpelstiltskin)

Tonton di GSC pada 16 Jun 2010. Baru la sempat tepek kt cni. Bz life.. W/pun mungkin dah habis tayang kt wayang, tp kutempekkan juga di blog buruk ini..

Kali ni ade penjahat Rumplestiltskin @ Rumpel-susoh-nok-eja.. Dia nrampas kuasa raja (ayahanda Fiona). So dia nak ubah takdir supaya Shrek tak bertemu & selamatkan Fiona dr menara tu.








Mcm biasaangat kelakar & watak2 cantik. Xde peluang tnok 3D, full seat. Tp masih terhibur dgn skrin biasa. 4 and 1/2 star. I like!

Saturday, July 3, 2010

The Karate Kid - a must watch!

14 Jun 2010, pegi tengok cite neh, cuma xsempat posting. Jalan cerita sama, budak kena buli, belajar kungfu, jd terror sgt2 sampai dpt kalahkan lawan yg lebih lama belajar kungfu. Berebut gelpren. Sifu jepun yg handal tapi low profile. pelakon semua best, esp. Jaden Smith & budak jahat tu. Lakonan Jaden yg jd karate kid tu byk dipengaruhi oleh lakonan2 Will Smith. Mmg like father like son. Mesti kena beli vcd citer neh, sgt menghiburkan termasuk mak si karate kid!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails