Sunday, August 8, 2010

Gula2 ni Halal ke Tak..?

Gula2 yg 2 ni mmg sedap... Tengok tu, sgt menggiurkan. Kalo dapat free tu mmg la makan. Tapi nak beli tu xsangat, sbb bukan penggemar gula2, i'm more to ASAM person,huhu. Dalam pada xde keje tu...belek2 la 'ingredients' gula2 yg ade logo halal jakim ni. Sebab tiba2 je teringat nak check Kod E, yang pernah heboh diperkatakan..ade unsur2 babi  @ khinzir.


Yang ni, memang femes...kat tv pun banyak iklan & ada logo halal.
...bila tengok bahan2nya...ade banyak kod E. E110 (pewarna), E414 (Gum Arabic) dan E330 (citric asid)...

....yang bawah ni plak ade jugak logo halal...sedap yg ni, kaler hijau (plastik pembalut putih) dan berperisa Guava. 
...bahan2 dia camne plak...ade gelatin yg dikatakan halal...
...ade  E330 (citric acid), E296 (malic acid), E414 (arabic gum lagi...), E102, E133 (perisa & pewarna yg dibenarkan)...


Untuk jadi pengguna bijak & pentingkan pemakanan halal, kena semak dengan senarai Kod E yang dikatakan mungkin mengandungi unsur2 tidak halal ni.
...hasilnya...gula2 berbungkus putih ni sah halal. Tp yg berbungkus kuning tu boleh diragui. Sebab ade Kod E110 seperti dalam senarai ni. Tp ade logo halal yg sah. Habis tu camne? Nampaknye terpulang kepada kita sebagai penggunalah. Kalau was2...kenalah jauhkan. Kalau xkisah, silakan... 
Mulai sekarang, kenalah titikberatkan apa yg masuk kedalam perut kita serta ahli2 keluarga & orang terdekat. Kena pilih2 restoran jugak sebelum masuk. Tak semestinya yang ramai orang melayu bersidai itu restoran yang halal. Lagi2 nak masuk bulan Ramadhan ni, ade yang xsempat memasak...kena check senarai hotel2 yang diiktiraf halal tu kalau nak pergi berbuka.

Saturday, August 7, 2010

July Movie Marathon!


Kesuntukan masa, so bulan lepas mmg buat movie marathon..

18 Julai 2010 , baru boleh g tengok wayang The Twillight Saga : Eclipse. Kali ni Bella  jd konpius, dia cinta kat Edward the vampire @pun Jacob the Wolf tu. Ayah Bella jugak dah mula xsuke Bella kawan ngan Edward. 
Dlm  pada tu, geng2 vampire new generation yg diketuai oleh Victoria rambut merah otw datang utk bunuh Bella. Jadi w/pun Edward & jacob gaduh, dorang terpakse bekerjasama utk selamatkan Bella dr jd mangsa kemarahan Victoria. Serial baru ni mmg lebih best berbanding New Moon yg agak slow tu. 4 Star.

24 Julai baru la sempat nonton Despicable Me 3D & jgk The Sorcerer's ApprenticeThe Sorcerer's Apprentice mmg menghiburkan. Mengisahkan ahli sihir zaman dulukala, Merlin yg ade 3 apprentice. 

Pastu skrg apprentice tu plak nak cari apprentice ahli sihir zaman moden. Tp budak tu memang dah dipilih la oleh Merlin ni. Grafik yg cantik, especially statue helang tu yg hidup & boleh terbang, naga kt cina town tu pun hidup & kjar budak apprentice tu. W/pun ade yg ckp xbest, tp rasenye ok je filem ni. Lakonan Nicholas Cage cambiase, best & kelakar. 

Dah jadi habit puak2 Hollywood, amik pelakon yg nampak "nerd" jadi hero. Agknye sebab pengarah2 filem pun kebanyakannya ala2 nerd, huhu. Tp ape2 pun lakonan apprentice tu (Jay Baruchel, yg sumbangkan suara  Hiccup, dalam How to Train Your Dragon) mmg boleh dipuji. Boleh la 3 1/2 star dariku...


Haa..ini best! Sungguh comel filem Despicable Me ni. Karektor cantik2..especially  yellow workers..cute giler! Kalo tgk 3D, yg last part lepas abis filem tu best, mcm benda kuning tu betul2 dok atas kepala! Kan musyukk..?

Mengisahkan Gru, lelaki yg  suke jadi lelaki paling jahat dalam dunia dgn membuat benda2 jahat mcm mencuri, merosakkan harta benda org dll dengan menggunakan pekerja2 kuning kerdil dia yg setia tu. Dia jugak anti-sosial. 

Tp lepas amik anak angkat yg kiut2 3 org, dia jadi org yg berbeza & lebih berperikemanusiaan. Gru ni guna suara Steve Carell, yg selalu lakon cite klakar2. Jalan cerita mudah difahami, dialog yg kelakar, emosi yg menyentuh jiwa terutama budak2 tu. 3D memang 1st Class! 5 star!


29 Julai g tengok Salt & Ong Bak 3. Cantik poster Salt ni, dh lama cik kak Angie ni xlakon. Jalan citer dia best, pasal agen CIA yg sebenarnye Spy Rusia. Tp ala2 spy yg dah berpaling tadah la. lakonan dia xgempaq sgt, nampak very lembik..xseswai jd agen CIA @ spy. 

Dgr citer masa shooting filem ni dia gaduh ngn Brad Pitt, kes jealous. sampai xmakan & pengsan2. Patut la nmpak kurus sgt & xcukup makan... Boleh la bagi 3 star..sbb lakonan xmantap.


Ong Bak 3 ni..kureng cket berbanding yg 1st & 2nd. Banyak yg membosankn.                          

Aksi silat dia memang best tapi xde babak pertarungan yg sengit. Sbb kebanyakannye di bertarung dgn ramai org sekaligus. 

Tp filem ni macam kosong sgt...dialog si hero pn 4,5 patah jer.. heroin pun sama. Bandit & ahli sihir tu banyak lak cakapnye. 3 star je, tu pun sebab aksi yg best. jalan cerita sgt2 hambar.

Dalam banyak2 filem ni, nak beli DVD Despicable Me jer.

Friday, August 6, 2010

Maxis broadband masih tidak cekap

Setengah jam lepas baru checking jumlah penggunaan data maxis bb. Nampaknya masih takde perubahan. Makin cacamarba.


Pada "statistic" menunjukkan dah guna 309.22MB (image dibawah). Mmg la dia ckp volume tu cuma approximate, tp apa gunanya pi letak kat ctu hingga mengelirukan pengguna. Kalo nak buat sistem, buat la betul2. 




Lepas login akaun maxis bb (jgn keliru dgn akaun maxis fon postpaid), nampaknye ade 2 figure yg berbeza. Penggunaan dr 10 Julai - to date = 1.671GB. Tapi kat graf tu plak 1.57GB.


Kalo ikut pengiraan..309.22MB bersamaan dengan 2.42Gb (gigabits) dan bersamaan juga dengan 0.30GB (gigabytes). Jadinyer, masih TAK SAMA dengan 1.57GB @pun 1.671GB. 


Tak tau dah nk follow mane satu. Broadband lain keliru mcm ni jugak ke? Tp dr segi internet line, memang maxis boleh dipuji. Kurang masalah. Sangat jarang ade problem. Dr segi sistem, memang kena upgrade.

Friday, July 30, 2010

Penting!!! Sila semak penggunaan data broadband anda yg sebenar2nya!

Selama ni aku pecaye bulat2 apa yg tertulis pd "statistik" maxis broadband aku tu. Yela...menda ni data, machine, computer....mesti la ade error here & there. Sbgai pengguna kte kne la check smule kadang2. Aku jadi heran, sbb bulan Julai ni, aku mmg jarang guna maxis bb ni. Tp dr semalam dh kua warning bila kte nk tekan "connect" tu...dia ckp penggunaan data dah menghampiri limit (my limit is 3GB). Kalo connect jgk...nanti akan kena charge extra ke akaun postpaid aku tu.



Tp aku sempat lagi menghabiskan duit utk csi kes ni...aku call maxis hotline, dial 123. Just to reconfirmed. Aku check ngn customer service dia. Utk becakap ngn dorang, aku tepakse tggu dekat 8min kot..dok dgr mcm2 iklan maxis. Dh dpt tu, aku tanye betul ke aku dah guna data sebanyak 2.97Gb. Dia suruh hold, dalam 5min jgk la dia check smentara aku dok gigit kuku mengenangkan bill fon yg tgh jalan tu. Pastu minah ni dgn lembutnye ckp...betul cik, cik dah guna sebyk 2.9gb. Kalau cik guna lagi kami akan charge mengikut data. Aku tanye lg, brp u charge per kb? Dia suruh tggu lagi. Lepas 3 min aku letak ler. Mls nk continue. Aku pecaye minah tu cakap. Mesti la dia betul2 check kat sistem dorang.

Tapi aku punye instinct mcm xpuas hati. mcm nak jer check lagi. So, aku pn login la ke akaun maxis broadband aku tu...http://www.mylaunchpad.com.my/ . Teruk gak selongkar cari username & password sbb dah lama xlogin. Macam susah nak caye aku dh guna sebanyak tu. Bukan ade download video/lagu pun selama ni.

So caranye, login & click kt "View my data usage". (pada sesape yg lom ade akaun ni, leh signup.) Kat ctu kte leh tengok sebanyak mana sebenarnye kita dah guna data sebetul2nya. Sbb yg dorang cakap pd image kt atas tu mmg meragukan....  Hasilnye...aku dapati, aku baru guna 1GB ++ jerr...sabau jekkkk.

Selama ni aku tertipu jer ngn data usage aku.Aku kol lagi 123 just to make sure yg mane betul, w/pun instinct aku ckp mmg yg 1gb tu betul. Tp dorang suruh call 1800-82-2000 utk jawab soklan pasal bband. So aku pun bcakap la ngn mamat ni. Dia check2 smule (kena tggu lagi) then finally dia ckp aku baru guna 1GB. Perrgghhhh!!! Akhirnya terbukti! Pastu dia bg la arahan technical utk reset smule program tu. Tp akn jd betul lepas 2 jam. Aku nk tgk 2 jam lg betul ke tak jadi elok smula data usage neh.

Ok, sesape nk double-check leh ar try masuk kat mylaunchpad. Bandingkan...jgn xbanding. Nanti akan hidup dlm kekonfiusan selamanye.

Sunday, July 18, 2010

Bulan Syaaban

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu SyaabanAllah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin) dan dia berkata :

“Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Nabi saw bersabda : Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Petikan dari buku Duratun Nasihin tulisan Usman AlKhaibawi.
Kongsikan amalan baik di bulan Syaaban yang ANDA tahu.

(petikan blog denaihati)

Saturday, July 17, 2010

The A Back-up Team Plan

The A Team, dh lama tengok..in June. Tak sangka sedap..sbb yg series xbrp suke. Tak bosan. 4 star.



The back-up plan seronok. Jln cite simple & ringan & kelakar. Ada "kimia" antara hero & heroin. 4 star gak arr.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails