Monday, April 4, 2011

Sixth Sense & Videoklip!

Terperasan videoklip lagu popular ni. Grup ni sangat popular sebab banyak betul lagu2 dorang jadi OST untuk drama2 yang popular jugak. Mcm drama Chinta, Asmara dll.


Iklan ~ Tak lupa tahniah untuk pelakon best Shaheizy Sam yang menang Anugerah Artis Paling Popular ABPBH 2010! Menang dengan bergaya betul!


Berbalik videoklip lagu Menyesal nyanyian Sixth Sense ni, tersentak jugak tengok vclip ni sebab penyanyi dia tu pakai cincin kat jari hantu! Patutnye vclip ni jadi OST untuk sebuah drama hantu & mistik! 


Kan ke Nabi kita menegah pakai cincin kat jari telunjuk & jari hantu? Yang dia pakai kat jari kelingking tu betul...tang ibu jari tu xtau la plak hukumnye.

Merujuk blog feryco.com ;


“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
  • 1] jari manis
  • 2] jari kelingking (anak jari)


dan janganlah memakai pada jari
  • 1] jari tengah
  • 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.


Mamat vokalis tu Islam rasenye..Adi, asal Indonesia, tapi xtau la kalau silap teka agama dia. Harapnye ade la tindakan daripada pihak2 berkenaan terhadap vklip ni, buat semula ke hape..

Sebabnye lagu best & glamer...teramat popular...takut jadi ikutan plak oleh org2 yg xde ilmu pasal ni. Maklumlah...artis ni ramai yang suka. Hukum tolak ketepi kalau dah suka. 

Ishkk...tak pasal2 plak merosakkan iman seseorang.

Sunday, April 3, 2011

Sebab2 Artis Wanita Berhijrah

Seronok tengok artis2 wanita Malaysia dah makin ramai memilih berhijrah untuk memakai tudung. Nampak lebih cantik, ayu & sopan sebenarnya.  

Wardina nampak lebih cantik, Anne pelakon nampak lebih cantik (err..xtau status tudung dia skrg ni), Anne DJ nampak sangat cun lepas pakai tudung & berkahwin dan ramai lagilah.

Macam artis2 HOT kat bawah ni. Sungguh hebat hidayah yang mereka terima ini. Boleh menitiskan airmata membaca kisah mereka.

1) Catrianna Ross (pelakon)
melampau cun selepas bertudung!
  
Sebab2 Berhijrah
 
mendapat hidayah ketika mencuba tudung di sebuah butik (gambar sekadar hiasan)
Menitis airmata baca kisah dia ni kat suratkhabar. Lepas tu tengok plak kat rancangan Selami Jiwa; Dato' Dr. Fadzillah Kamsah. Memang nampak sangat dia bersyukur diberi hidayah oleh ALLAH sampai nangis2 semasa bercerita.


2) Farah Anuar (penyanyi, pengacara, pelakon)
ayu & makin comel!

Sebab2 Berhijrah

bertudung ketika mengacarakan Halal Orient untuk Astro & terus tergerak hati
 Farah pun ade cakap..ramai peminat2 dia yg pergi umrah turut doakan dia terbuka hati utk memakai tudung...bertuahnye disayangi peminat...


3) Irma Hasmie (pelakon, pengacara)

dulu xberapa cun, sekarang sangat cun lepas bertudung!



 
Sebab2 Berhijrah

tergerak hati bertudung selepas menunaikan umrah
 Ada yang memandang serong Irma ni bertudung sebab frust bercinta dengan Nabil. Rasenye banyak lagi benda yang orang buat bila frust. Tak baik la nak tuduh dia macam tu. Tak perlulah dipertikaikan lagi.


4) Waheeda (penyanyi, pelakon, pengacara)
menutup aurat sepenuhnya!

 

Sebab2 Berhijrah


selepas berkahwin dengan Ustaz Akhil Hayy!
Walau dikritik hebat selepas kontroversi 3 Segi, dikritik berpurdah kerana mahu menutup malu & tunjuk "baik"..tetapi siapalah kita untuk menilai setiap perlakuan manusia lain. Hanya ALLAH yang kenal & tahu isi hati setiap makhluknya.
Semoga lebih ramai lagi artis akan menutup kepala & aurat lain mereka...terutama artis yg dah senja2 tu..

Wednesday, March 30, 2011

Faster by Irfan Khairi

Pantas! Itulah kuncinya…

Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang “sebab dan kejadian”. Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?
Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.
Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire  British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.

Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.

Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. “Ke garisan… sedia… MULA!” kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!

Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat “foul start” dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!
Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.
Pembunuh kejayaan adalah “membuang masa” atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunuh pembunuh ini. Momentum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!

Sunday, March 27, 2011

Foto Seksi & Hot

Betul2 muak & menyampah la ngan sesetengah blog yang suka sangat tempek foto2 seksi (biasenye foto pompuan mat salleh). 


Kot ye pun nak tarik orang klik link kita, xyah la sampai menggadai maruah sendiri. 

Pulak tu tak pasal2 dapat kumpul token dosa untuk dibawak ke akhirat. Kalo 500 orang klik, dah dapat 500 token dosa. 1 token tu berapa eh agaknye Tuhan caj? 


Nak pulak dapat jenis xleh "tengok sekali". 5,6 kali dia sorang klik tengok dah berganda2 lagi dosa kita. Sanggup ke tanggung??


Tu belum lagi bab budak2 bawah umur yang klik kat link korang. Cukup2 la ngan orang bukan Islam yang tayang foto2 camtu. Kita pun nak folo sama apehal??? Jangan la sampai merosakkan anak bangsa semata2 untuk kepuasan sendiri.


Ingatlah...internet ni tanpa sempadan. No boundary. Tiada had akses. Tiada limit. Semua orang boleh tengok hasil paparan kita. Jadi berhati2lah dengan setiap perbuatan.





Saturday, March 26, 2011

Lady Gaga Marah Malaysia?

Lady Gaga tanpa mekap ~ huhuuu....
Marah betul Lady Gaga dengan rakyat Malaysia yang majoritinya Muslim bila lagu baru dia "Born This Way" telah disensor pada lirik2 tertentu semasa dimainkan diradio2 tempatan. 

 Lirik lagu tu; "No matter gay, straight or bi, lesbian or transgendered life, I'm on the right track, baby"  telah disensor sebab menjaga sensitiviti Masyarakat Malaysia yang berbilang agama & bangsa. Tapi minah gaga tu memang dah gelap pekat otak dia. Dia memang taknak paham & takleh terima perkara ni.


Lady Gaga selepas mekap & touch-up ~ bajet cun
Dengan kurang ajar & kurang asamnya dia telah menggesa semua anak2 muda di Malaysia yang tak suka lirik lagu dia ditapis supaya bangkit & memprotes tindakan itu jika mahu diri mereka diterima dalam masyarakat. 

Siap bagi semangat lagi cakap itu adalah tugas generasi muda untuk tidak berputus asa menentang & menyuarakan apa yang mereka mahu kepada Kerajaan Malaysia. 
 
Dengan kata lain, si gaga ni sebenarnya sedang meracuni pemikiran anak2 muda kita supaya menggesa Malaysia menerima "golongan mereka" secara terbuka & menghentikan "sekatan2" terhadap lirik2 lagu" sebegini.


Harap2nye..takdelah rakyat Malaysia yg tergagap-bangga dengan hasutan si gaga ni. Lagipun dia bukannya cerdik pandai pun...jauh sekali alim ulamak yang perlu diikuti. 

Siapa dia ni untuk nak mempergunakan budak2 kita??? JANGAN SAMPAI "BUDAYA HIDUP TAK BERMORAL" DIA NI AKAN LEBIH MEROSAKKAN MALAYSIA YG SEDANG DILANDA MASALAH SOSIAL TERUK.

Nak baca berita asal versi English, klik sini

Wednesday, March 23, 2011

Clinique Happy yang tak happy denganku..

Bila perfume Clinique Happy (my fav!) yg baru seminggu dibeli tu pecah berderai atas lantai kerana kecuaian sendiri ketika meletakkan kembali ketempatnya...aku betul2 marah! Marah kerana aku betul2 cuai, leka & tak fokus dlm membuat sesuatu. Harum semerbak bilik melegakan sikit rasa geram tadi.

Sepantas kilat jugak aku ambil sekotak tisu dan terus membersihkan lantai tu. Buang kaca2 tu & gosok2 lantai sambil berfikir...
~ bukan rezeki aku ni..
~ ini hak Allah, bila2 masa je Dia boleh ambil kembali
~ Allah nak gantikan dengan ganjaran lebih besar kalau aku bersabar
~ Allah xsuke kot aku pakai perfume ni  nanti ajnabi tercium baunya berdosa aku
~ last sekali aku teringat kejadian tsunami yg baru berlaku di Jepun (kebetulan sama tarikh hari lahir aku)...aku terfikir ini baru sedikit "harta" aku yg musnah. Bayangkan macamana perasaan org2 yg seluruh harta kesayangan & termasuk org2 tersayang mereka pergi dalam sekelip mata! 

Sebagai umat Islam, kita perlu belajar tidak terlalu mengasihi harta dunia...kerana ia hanyalah pinjaman sementara. 

Bila2 masa ia boleh berada dalam genggaman kita..& buatkan kita terlonjak2 gembira..tapi dalam sekelip mata juga ia boleh hilang! Harus belajar meredhakannya. 

(tp aku masih berdoa Tuhan akan beri aku rezeki utk dapat lagi Clinique Happy tu...becoz baunya olwiz make me so happy!)

Moral of the story: jangan terlalu berbangga2 @ sayang giler dengan apa yg kita miliki eg. Ipad, iPhone4 @lain2 fon, rumah besar, kereta besar, jawatan tinggi, pasangan yg hebat, harta yg banyak dsbnya....sehingga kita lupa siapa diri kita yg kerdil ini di bumi Allah, sehingga kita lupa dari mana asal kita dan kemana akhirnya pergi kita.

Hanya Allah yang kekal abadi.









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails