Monday, December 28, 2009

Ikhlas kerana Allah...that's all, jgn tambah2 lagi kerana sebab lain.

Kopipes dr blog jejariaccess. Sesuatu untuk difikirkan bersama bagi muhasabah diri yg kerdil di bumi Allah ini. Kadang2 kita terlepas pandang tentang keikhlasan. Jika kita ikhlas..perlukah diceritakan kebaikan2 yg telah kita lakukan 10 minit yg lepas kpd org pertama (mungkin kawan) yg kita jumpa? Dan org2 seterusnya? Apakah mungkin keikhlasan pertolongan tadi dah bertukar menjadi...ingin "membangga diri"? Bgmana pula dari segi....pahala? 


Semasa kita tolong org, mungkin masa tu pahala kita 100%. Lepas cerita pd org pertama (tanpa niat apa2, juz utk berkongsi cerita), mungkin pahala dh turun 10%. Bila kwn yg dengar cakap, "wahh...aku xsangka ade lg org baik mcm kau..", mungkin masa tu iblis akan masuk jarum & bisikkn...."kau memang baik hati...mane ade lg manusia yg baik mcm kau...? Tp klau kau cerita kt 1 org je, mcm mane org lain nak tau kau tu suka tolong org? Lg ramai yg tahu...lg naik saham kau...lg ramai yg akan puji kau...". Jadi hasilnya, ramai yg ringan mulut pula nak ceritakan pd org2 seterusnya...& begitulah pergi/berlalunya PAHALA kita td...tanpa kita sedari...    wallahua'lam...

Ikhlas kah aku?

JIWA YANG IKHLAS
Bagaimana Mahu Ikhlas?
“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba- Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.”
(QS, Shaad 38 : 82-83)
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”
(QS Al-Hijr, 15 : 39-40)

Mengapa iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas? Kerana ketika kita ikhlas kerana Allah S.W.T, kita berserah apa sahaja kepada Allah S.W.T. Ketika itu kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di wilayah kekuatan dan kekuasaan Allah S.W.T. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah kehendak Allah S.W.T. Mana mungkin iblis atau syaitan dapat menandingi kekuatan Allah S.W.T.
***
Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.

Tidak penting samada orang lain ikhlas atau tidak tetapi yang sangat penting adalah diri kita sendiri ikhlas atau tidak. Mari kita fahamkan tentang ikhlas dengan mengambil contoh kehidupan saya.
Jika saya bekerja kerana ingin mencari wang, maka saya bekerja ikhlas kerana wang.
Jika saya bekerja kerana ingin menyara anak-anak dan isteri saya, maka saya bekerja ikhlas kerana anak-anak dan isteri saya.

Ikhlas mesti mempunyai sandaran untuk apa saya melakukan sesuatu hal itu. Jika sandarannya wang, maka kita dikatakan ikhlas kerana wang kerana wang membuatkan kita melakukan kerja. Begitu juga dengan yang lain.

Persoalannya kini, apakah kita inginkan ikhlas yang sedemikian? Tidak! Kita tidak mahu kerana ikhlas yang sedemikian mempunyai tahap yang rendah. Lalu ikhlas yang bagaimana berada di tahap yang tinggi yang dikatakan oleh iblis sehingga tidak mampu menyesatkan kita?

Pastinya ikhlas KERANA ALLAH S.W.T. Apabila kita ikhlas kerana Allah S.W.T, pasti kita melakukan semua kerja kita kerana Allah S.W.T. Apabila kita ikhlas kerana Allah S.W.T, pasti ikhlas kita merangkumi semua termasuk kerana wang, anak-anak dan isteri, syarikat kita bekerja dan seluruhnya.
Nah! di sini terdapat satu lagi persoalan iaitu bagaimana melahirkan jiwa yang ikhlas? Apakah ia boleh dibuat-buat atau boleh diwujudkan?
***
Ikhlas tidak mampu dibuat-buat tetapi dapat diwujudkan dengan kesedaran.
Bagaimana membina kesedaran agar jiwa kita ikhlas?
Kembali kepada contoh kehidupan diri saya dan kemudian saudara aturkanlah contoh tersebut untuk kehidupan saudara.

Saya perlu SEDAR sepenuhnya tanggungjawab saya sebagai wakil Allah (khalifah) di muka bumi ini. Saya dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai lelaki dan kini saya memiliki pelbagai tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. ke atas saya sebagai lelaki, suami, pekerja dan sebagainya.

Sebagai suami dan ayah, saya diberi tanggungjawab memastikan keluarga saya dilindungi, selamat, bahagia, cukup makan minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya. Saya SEDAR tanggungjawab ini adalah tanggungjawab yang Allah S.W.T. tetapkan sebagai seorang suami.
Sebagai suami dan ayah saya perlu mencari rezeki lalu saya bekerja. Bekerjanya saya ini adalah kerana tanggungjawab saya terhadap Allah S.W.T. Ini adalah ketetapan yang Allah S.W.T. tentukan ke atas seorang suami iaitu wajib mencari nafkah untuk keluarganya.

Dengan KESEDARAN segala kerja yang saya lakukan adalah kerana saya ingin mencari nafkah dan ia merupakan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. pasti saya akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini bukan satu paksaan tetapi kerana kesedaran saya ke atas tanggungjawab saya.
Maka dengan kesedaran inilah saya melaksanakan tanggugjawab saya kerana Allah S.W.T. Tanpa disedari, saya melakukannya kerana Allah S.W.T. ikhlas kerana Allah S.W.T.

Begitu juga semasa bekerja. Tugas yang diberikan kepada saya ketika bekerja merupakan amanah dan tanggungjawab saya kepada Allah S.W.T.

Saya perlu menyedari bahawa semua ini adalah tanggungjawab yang Allah S.W.T.tentukan kepada saya. Lalu saya perlu melaksanakan semua tanggungjawab ini kerana saya ini adalah wakil Allah S.W.T. Saya perlu mengikut kehendak Allah S.W.T.,kerana saya wakilNya.

Kesedaran tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T. memastikan kita akan melaksanakan segala tanggungjawab kita kerana Allah S.W.T. INILAH IKHLAS.
Orang yang dekat dengan Allah S.W.T. memiliki kesedaran tertinggi akan hal Allah S.W.T. Mereka tidak pernah rasa kecewa di dalam melaksanakan tanggungjawab kerana Allah S.W.T.
***
Apabila kita memiliki kesedaran tertinggi, kita akan melaksanakan tanggungjawab kita kerana Allah S.W.T. Kita tidak melakukannya kerana pangkat dan wang namun pangkat dan wang merupakan keperluan. Ia membantu kita di dalam urusan menjadi wakil Allah S.W.T. iaitu khalifah di muka bumi ini.

Kita tidak salah dan tidak dilarang sama sekali untuk memiliki wang yang banyak, pangkat yang besar, rumah yang besar dan segala kekayaan yang ada. Namun kita juga diperintahkan agar berkongsi kekayaan tersebut dengan zakat, bersedekah dan sebagainya seperti yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Setiap kerja kita diminta untuk dimulakan dengan “Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pengasih/pemurah dan Penyayang” menunjukkan bahawa kita melakukan kerja atas nama Allah S.W.T.
Kita di minta oleh Allah S.W.T mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W Rasul Allah S.W.T. setiap kali kita bersolat untuk mengulangi semula persaksian kita pada Allah S.W.T.

Dengan kesedaran yang tinggi di atas tanggungjawab kita sebagai wakil Allah S.W.T. dalam setiap hal kecil atau besar walaupun menyampai sedikit ilmu pun, maka ia adalah kehendak Allah S.W.T. dan kita wakil Allah S.W.T. hanya berserah untuk melakukannya. Allah mengkehendaki kita menyampaikan ilmu yang kecil itu ketika itu lalu kita sampaikan dengan penuh tanggungjawab sebagai wakil Allah S.W.T. yang memiliki ilmu tersebut.
***

Tingkatkan kesedaran kita, pasti kita akan ikhlas di dalam melakukan kerja. Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.





2 comments:

  1. Salam Manja,
    Cerita pasal ikhlas ni, pada akak very subjective. Sebabnya kadang tu memang pada mulanya kita ni ikhlas nk tolong orang tp kekadang ada org ambik kesempatan terlebih2, trus jadi tak ikhlas nk tolong, naik meluat pun ada. Hah camne tu

    ReplyDelete
  2. Wsalam w.r.t Kak Aidah,
    Gud question tu. Mmg ade jenis manusia yg suke ambik kesempatan bila tau seseorang tu suka menolong org cthnya. Sy pernah kena, & kwn2 baik sy pn pernah terkena. Mmg la kte sedikit sebnyk akn rase sakit hati & marah. Takut2 jd menyesal plak tlg org @ lagi parah jd mls dh nk tlg2.

    Pd sy, pertama sekali kita kena anggap manusia mcm tu sbgai ujian drp Allah. Dan kita kena tabah serta sabar hadapi ujian, jgn marah2 @ ceritakan pd org lain (takut kurang pahala ikhlas td.) Kemudian, kena doa Tuhan jdkn kita xfed-up utk tlg org lain lg & kena doa semoga Tuhan ubah sikap org td & jgk harap Tuhan xtemukan kita dgn org2 mcm tu lg..

    Mmg susah kte nk buat seme tu, tp bleh start slow2..mulakn dgn maafkan kesalahan org (Dtk Dr. Fadzillah Kamsah slalu war2kn suruh maafkn org). Mmg payah nak buat..tp mesti kena usaha..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails