Saturday, April 24, 2010

When in Rome...aku jadi sedih lak coz lom kawen..

Hari khamis mggu lepas pegi tengok WHEN IN ROME. Skali lg kena tipu, kunun2 beli tiket ***** stilleto. Lupe tajuk cite neh. Huuu...sabau jelerrr..masuk2 hall baru tau tgk citer pe. Tgk gazette kt tv mcm best, lgpun ade hero hensem tu.

Filem romantic comedy ni mengisahkan ttg Beth (Kristen Bell),seorang wanita bekerjaya yg  cantik, bijak, tapi selalu gagal dlm cinta. Dia baru je clash sbb terlalu pentingkan kerjaya.

Kemuncak tensen dia bila ex-bf dia dtg jumpa & bgtau dia akan kawen dgn seorang "career woman" jgk. Buat dia lg sedih bila adik ppuan dia yg dalam kategori remaja tu pun akan kawen dalam bbrp hari je lepas kenal ngn sorang mamat Rome.

Sbgai pengapit, dia pun kena pegi Rome. Masa kat sana dia terjatuh suka pada pengapit lelaki plak, Nick (Josh Duhamel). Nick pun mcm suka kat dia & seorang yg kuat kerja mcm dia jgk. So dia betul2 konfiden mamat tu mmg jodoh dia. Tapi bila ternampak Nick mencium seorang ppuan lain, dia pun frust sgt2 & pegi minum sampai mabuk kat tepi air terjun (Fountain of Love) di luar hotel tu. Dia masuk dalam fountain tu (yg kununnye bila org baling duit syiling dalam tu, mudah dapat jodoh) dan masa mabuk2 tu dia kutip 4 coins & 1 token (main terup tu).   
 
Esoknya dia terus dikejar oleh 5 lelaki di Rome, termasuk la si Nick & adik dia bgtau dia guyz tu terkena sumpahan cinta. Semua lelaki tu gila2 jadi suka kat dia, kejar dia sampai la dia balik ke New York, hantar bunga, ajak dating dan mcm2 lagi utk pikat beth. Si Nick pun asyik kol & bagi dia bunga.

Last2 adik dia bagitau utk hilangkan "sumpahan" tu dia kena pulangkan semua duit tu kat dorang. Pastu dia pilih Nick sebab Nick bgtau ppuan yg dia kiss tu sepupu adik ipar dia yg mabuk2. bukan gelfren dia.

Tp pada hari nak kawen tu baru Beth perasan, token tu sama ngan token yg dia nmpak kat rumah Nick. So dia lari dari wedding tu..

"Ending"nya boleh di tonton di pawagam2 berdekatan..kalo tgk web GSC skrg filem ni no. 3 dalam carta. So, ade masa lagi!!! Jalan cerita mudah difahami, beautiful faces, beautiful scenery, watak2 yg kelakar, mmg resepi dah cukup utk menarik penonton ke pawagam.

Antara yg kelakar, babak2 masa kat wedding tu mase dia kena pecahkan pasu ikut tradisi di Rom, dan jgk masa 5 orang tu masuk dalam keta kuning kecik 'menyelit' dalam trafik & terus masuk lam lif untuk ke galeri Beth tu. Xtau la nak bg berapa star. Almost 4 star kot.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails