Friday, October 29, 2010

Suap Kiri macam Syaitan...

Hairan bila tengok orang Islam "dewasa" suapkan makanan ke mulut menggunakan tangan kiri. Kalo pegi restoran tu, cuba pandang kiri kanan, especially yang makan makanan barat (eg: steak/fish&chips.) Tak pun...tengok je JJCM ke, drama2 Melayu, filem2 Melayu..
 
Entah le...mesti rase lain macam @ pelik je kalo "tersuap" guna tangan kiri. Sebabnye dr kecik sampai besar dah diajar makan dengan tangan kanan. Xkira la pakai tangan atau guna sudu atau garpu. Apa2 je yang nak disuap ke mulut dah terbiasa guna tangan kanan.

Tengok budak kecik guna tangan kiri pun pegi tegur jugak (xselesa tengok)..walaupun kita tahu, dia kecik lagi...masih keliru. Tapi kalo tak dibetulkan dari kecik, takut nanti terbiasa...lagi susah nak tegur kalo dah besar.  Jgn plak bagi alasan KIDAL, tu takde kena mengena langsung.

Yang peliknya, mengikut etika makan Barat...kalau menggunakan garpu & pisau (contoh makan steak)..sebetulnya garpu dipegang sebelah kiri, pisau sebelah kanan, tujuannya untuk memotong daging tu. Tapi lepas dipotong, sebetulnya pisau tu diletakkan sekejap, pastu garpu tu dipindahkan ke tangan kanan, baru disuapkan makanan ke mulut. Ini baru tatatertib sebenar. Jadi dari mana datangnya etika potong guna tangan kanan, tangan kiri terus suap? Adakah kerana gelojoh @ lapar sesangat? Correct me if i'm wrong dari segi etika tu, tapi perbuatan tu salah & langgar pulak ajaran agama Islam!

Dan kita semua tahu, disunatkan makan dilakukan menggunakan tangan kanan. Kekanan dalam semua perkara merupakan amalan terpuji, bahkan ia merupakan amalan orang-orang yang soleh; bertaqwa kepada Allah SWT.


Dalam hadis, daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah SAW ada bersabda;

Maksudnya;


“Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah dia menggunakan tangan kanannya. Ini kerana, Syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."

Dalam satu hadis, daripada Umar bin Abi Salamah R.a berkata, “semasa aku kanak-kanak, aku makan di dalam bilik bersama Rasulullah SAW. tanganku melintasi segala piring-piring, lalu disebut oleh Rasulullah SAW, yang bermaksud;

“Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu"


Jadi dah jelas dari hadis2 di atas. Amalan makan dengan tangan kanan ini banyak kali disuruh oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dan Baginda telah menegaskan menggunakan tangan kiri itu amalan syaitan.

Jadi kenapa perkara seremeh ini pun kita susah nak ikut? Apatah lagi nak amalkan solat sunat.. Nak ikut Nabi ke nak ikut syaitan? Marilah perbaiki kelemahan diri...

Hadis dari sumber: abusyakirin.wordpress

Friday, October 22, 2010

Nasik Lemak 50 Sen

Terkedu jugak tengok movie trailer Cuti2 Cinta..bila kua dialog kat atas tu. Adehh...apa nak jadi ngn filem2 dari "Negara agama rasminya Islam" ni. Terlalu selamba...terlalu open minded...terlalu tidak menjaga peradaban. 

Mula2 tengok, terkejut & malu sendiri. Kali ke-2 tengok, hmm...kelakar jgk. Kali ke-3 & seterusnye...huhh, mesti femes dialog ni nti (esp. dikalangan masyarakat Melayu tak kira tua, muda & kanak2.) Yelah..yg ala2 kelakar & lucah mcm ni mmg senang jd ikutan.

Mungkin bg sesetengah org xde apa2 kesan pn..sekadar hiburan. Tp hiburan mcm ni lah yg org2 kte suka. Ikutan yg baik2 xpe..kalo mcm ni..ufff!!! Kte tengok jela nti.

Bestnyer la tengok foto nasi lemak tu..punye la byk laukk!!! Yg ni mebi hage 6 hengget & above, hehe..

Tuesday, October 19, 2010

Siapa Lelaki Dayus?


ERTI DAYUS Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1)     Sabda Nabi, ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak"

Lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat) 

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.  

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)   

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

- "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
- Imam Al-'Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )


- Berkata pula An-Nuhas : "cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357) 
- Imam Az-Zahabi pula berkata :- "Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

- Imam Ibn Qayyim pula berkata :- "Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali."

-   Dayus adalah dosa besar Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :ُ) Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )  

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini. 

- Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya, ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 ) 

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.  Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini.

Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.  

Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"   Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.  Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.  

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.  Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.  Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.

Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)-

-petikan dari blog Duniacacamarba -

Saturday, October 16, 2010

5 Tips Kewangan dari Irfan Khairi

Berikut adalah antara 5 tip kewangan TOP di facebook saya (berdasarkan LIKES) ;) :
Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit ;)
PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak.
KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. “HARTA” tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPUTUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.”
Sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akal bukan?
Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang …adalah amat-amat penting dalam hidup!

Klip Video Karaoke Tahajjud Cinta (versi Aku)

Sejak 2 hari lepas jadi syahdu lak dengar lagu ni... Liriknya sangat menyentuh jiwa kalo tgh dok sorang2 tu dibantu dgn ..., suara & penghayatan Siti..mmg betul2 best.

Wednesday, October 13, 2010

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris"Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri…." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:


BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…"

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas."Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…" Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..

Source: Feryco.com

Wednesday, October 6, 2010

Piza Roti Gardenia

Malam ni memang malas nak kua ke mana2. Si Musyuk plak dari timur ke barat dia bermusafir...so mmg xde mood nak kua jalan2 cari makan. Masak jela apa2 yg ade...sekurang2nye xla membazir.

Apelagi..ade saki-baki roti gardenia, terus google "roti piza". So with mixture of few websites...omputih & malay, came out this very3 simple recipe.

Sesape nk try moh lerr..

Bahan2 (yg mane ade)..
4 keping roti gardenia (white)
1 ketul sosej daging Ramly (potong nipis ala2 pepperoni beef tu)
sedikit tuna sandwich spread (perabis je ape yg ade)
2 keping keju cheesdale
hirisan nipis bawang besar & cili merah
(kalo ade capsicum lg best, cili benggala)
sos cili & sos tomato
serbuk lada hitam
parsley flakes (ni je ade, patutnye oregano)

Cara2 very simple..
1. Susun roti tu dalam bekas pembakar tu
2. Sapukan sos cili & sos tomato atas tu (resepi asal sos piza @ sos spagheti)
3. Taburkan/susun topping mcm dlm gambar: hirisan bwg besar, sosej (kalu ade crab stick, mushroom lg best!), tuna (letak kt 2 keping roti je, 2 keping lg sosej je), keju yg di koyak2, serbuk lada hitam & parsley last
4. Masuk microwave, bakar 5 minit pd suhu 2/3 max level
5. Siap, boh lam pinggan

 Tak la gempaq mane pn..hehe..tp hepi sgguh bila cubaan pertama menjadi. Risau gak kang hangus ke keras sgt ke roti tu.



Sempoi je ni, cepat siap..cepat abiz. Rase dia mcm piza...betul punya! Budak darjah 1 pun buleh buat ni..hmm...nti kalo angin malas dtg bule buat lg...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails