Friday, October 29, 2010

Suap Kiri macam Syaitan...

Hairan bila tengok orang Islam "dewasa" suapkan makanan ke mulut menggunakan tangan kiri. Kalo pegi restoran tu, cuba pandang kiri kanan, especially yang makan makanan barat (eg: steak/fish&chips.) Tak pun...tengok je JJCM ke, drama2 Melayu, filem2 Melayu..
 
Entah le...mesti rase lain macam @ pelik je kalo "tersuap" guna tangan kiri. Sebabnye dr kecik sampai besar dah diajar makan dengan tangan kanan. Xkira la pakai tangan atau guna sudu atau garpu. Apa2 je yang nak disuap ke mulut dah terbiasa guna tangan kanan.

Tengok budak kecik guna tangan kiri pun pegi tegur jugak (xselesa tengok)..walaupun kita tahu, dia kecik lagi...masih keliru. Tapi kalo tak dibetulkan dari kecik, takut nanti terbiasa...lagi susah nak tegur kalo dah besar.  Jgn plak bagi alasan KIDAL, tu takde kena mengena langsung.

Yang peliknya, mengikut etika makan Barat...kalau menggunakan garpu & pisau (contoh makan steak)..sebetulnya garpu dipegang sebelah kiri, pisau sebelah kanan, tujuannya untuk memotong daging tu. Tapi lepas dipotong, sebetulnya pisau tu diletakkan sekejap, pastu garpu tu dipindahkan ke tangan kanan, baru disuapkan makanan ke mulut. Ini baru tatatertib sebenar. Jadi dari mana datangnya etika potong guna tangan kanan, tangan kiri terus suap? Adakah kerana gelojoh @ lapar sesangat? Correct me if i'm wrong dari segi etika tu, tapi perbuatan tu salah & langgar pulak ajaran agama Islam!

Dan kita semua tahu, disunatkan makan dilakukan menggunakan tangan kanan. Kekanan dalam semua perkara merupakan amalan terpuji, bahkan ia merupakan amalan orang-orang yang soleh; bertaqwa kepada Allah SWT.


Dalam hadis, daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah SAW ada bersabda;

Maksudnya;


“Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah dia menggunakan tangan kanannya. Ini kerana, Syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."

Dalam satu hadis, daripada Umar bin Abi Salamah R.a berkata, “semasa aku kanak-kanak, aku makan di dalam bilik bersama Rasulullah SAW. tanganku melintasi segala piring-piring, lalu disebut oleh Rasulullah SAW, yang bermaksud;

“Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu"


Jadi dah jelas dari hadis2 di atas. Amalan makan dengan tangan kanan ini banyak kali disuruh oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dan Baginda telah menegaskan menggunakan tangan kiri itu amalan syaitan.

Jadi kenapa perkara seremeh ini pun kita susah nak ikut? Apatah lagi nak amalkan solat sunat.. Nak ikut Nabi ke nak ikut syaitan? Marilah perbaiki kelemahan diri...

Hadis dari sumber: abusyakirin.wordpress

4 comments:

  1. ohoho...
    kadang2 terlupa..ngap terus.hehehe
    pasni x buat dah..tima kaseh ye

    ReplyDelete
  2. Sama2 OrenLimau, utk peringatan kat diri sendiri gak,hehe

    ReplyDelete
  3. saya tak suka makan pakai sudu garfu sebenarnya. kalau dapat elak, saya elak dan guna tangan. nikmat makanan terasa lebih. kita ada budaya sendiri, jadi utamakanlah.

    terima kasih berkongsi dan jengah ke blog saya.

    ReplyDelete
  4. Betul tu Aniza, mkn guna tgn ade byk kelebihannya..antaranya mknan lebih mudah dicernakan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails