Ramai yang marah2 dan membuat aduan kepada pihak2 berkenaan bila mereka tak dibenarkan solat semasa bekerja, terutamanya masa ada kat pejabat. Tak kiralah kena dgn bos Muslim atau non-muslim.
Ini sudah bagus. Ini menandakan ramai umat Islam yang ingat waktu solat & sangat2 mahu solat. Dan bos2 yg tak benarkan ni, memang patut dikenakan hukuman berat. Bos yang memang dilahirkan Islam tu patut lagi berat dihukum. Dah la berdosa, paksa orang lain "kumpul" dosa pulak.
Tapi macamana pulak dengan kes pekerja yang tak mahu solat? Walaupun majikan dah "tazkirah" berkali2, dah tempek poster mengingatkan pasal solat di pejabat, dah tempek waktu solat..tapi masih ada yg buat derkk saje... Adakah majikan ni pun akan dapat % dosa pekerja2 dia? Adakah dia perlu sentiasa memerhati, menjaga & memastikan semua pekerja2nya tidak tinggalkan sembahyang (semasa waktu pejabat)??
Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.
Menurut beliau lagi, antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun).
Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya.
80% tidak solat sempurna (tidak cukup 5 waktu @ langsung tidak solat!) berbanding 20% sahaja yang sempurnakannya, merupakan perbezaan yang besar. Angka ini amat membimbangkan. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka?
Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:
» Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
» Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
» Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.
Berbalik kepada kes majikan tadi, sebagai pemimpin di tempat kerja, adakah beliau turut berdosa sama? Apakah penyelesaian terbaik yang perlu dilakukan? Teruskan menasihat (=berdakwah), paksa solat atau berhentikan sahaja?
Quoted source : feryco.com
Image : asubja.wordpress
patut dihukum kepada majikn yg xbenarkn solat tu...
ReplyDeleteMr. Syah, betul tu, majikan mcm ni xboleh dibiarkan. Tp pekerja yg malas solat pun jgn dibiarkan jugak
ReplyDeleteInsyaAllah akn kunjung blog Blade Edge, selamat dtg ke blog ini
ReplyDeleteyup ptt diambil tindakan utk majikan yg tdk benarkn pekerja solat. tp utk memaksa pekerja yg malas solat mgkn tdk sesuai. kena gunakn pdekatan yg lbh halus. ibadah yg dilakukan secara paksa tdk akan bkekalan. biar ia lahir drp ht yg ikhlas.
ReplyDeletetul gak tu moklong...kalo dipakse2 mmg xkekal lama. Nak jadi baik, kne insaf dgn sendiri
ReplyDelete