Dapat emel ni..sharing2 here.
Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:
"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)
"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
-Berpesan-pesan sesama insan-
Saturday, April 30, 2011
Thursday, April 28, 2011
Lagi Bayi Dibuang, macam sampah & dalam plastik sampah hitam!
Malam2 baru buleh baca newspaper online. Siang hari mane sempat. Bengang betul hari2 ade je makhluk jantan&betina jahat yang buang bayi yang baru lahir. Bayi tu tidak berdaya, ketakutan, kesejukan, terdedah kepada bahaya & yang paling penting tidak berdosa!!! Betul2 dah kembali ke zaman Jahilliyah!
Masyarakat kena sama2 membanteras gejala hina ni. Jangan nanti bila Tuhan dah turunkan bala baru la pakat2 nak menadah tangan memohon doa!
GEORGETOWN: Hanya beralaskan kain dan dibungkus dengan plastik hitam, seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah pokok di Jalan Satu, Changkat Miden di Gelugor, pagi semalam.
Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui jam 7 pagi oleh orang ramai yang kebetulan berjoging di kawasan berkenaan.
Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui jam 7 pagi oleh orang ramai yang kebetulan berjoging di kawasan berkenaan.
Saksi, T Satyadevi, 69, berkata, ketika itu dia berada dalam rumah kakaknya tidak jauh dari kawasan berkenaan sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi itu selepas terdengar tangisan bayi.
Menurutnya, dia yang bergegas ke kawasan itu diminta membuka bungkusan berkenaan.
Katanya, dia terkejut apabila mendapati seorang bayi lelaki yang comel masih bertali pusat dalam bungkusan berkenaan dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

“Saya bersyukur kerana bayi comel ini ditemui hidup walaupun masih dalam keadaan bertali pusat serta tidak digigit anjing atau serangga berbisa lain,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan bayi lelaki yang masih bernyawa dan sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi penemuan.
Menurutnya, bayi lelaki yang masih belum diketahui bangsanya itu akan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, pihaknya masih lagi menyiasat untuk mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab meninggalkannya di kawasan berkenaan.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822.
Sumber: Harian Metro
“Kalau manusia ikut hukum Allah..pastinya perkara tidak berperikemanusiaan ini boleh dielakkan. Aku betul2 bengang dengan pemerintah sekarang. Sibuk sangat dengan video seks, sampai masyarakat tua, muda sampai la ke warga emas tau ikut nafsu seks je! Iman tolak ke tepi! ”
Hantu TV
Baru sampai 2GB dah buat hal maxis broadband neh! Hee...geramnyerr. Patut ke aku beli iPhone 4? Org kedai tu cakap line bband akn lebih lajuuu! Tp dah takdak budget..arrghh, bowink2!
Ntah ler.. Mlm ni mmg bosan. Xde keje menda nak buat. Bukak tv tengok Fox citer The Good Guys pun xder la best sangat anak Tom Hanks neh lakon. Hidup dah xceria lepas Castle dah xder. The Kardashians pun dok ulang citer sama. Xder banyak pekdah pun tengok citer tu.
Tv1 plak Forum Perdana versi politik. Mana tetamu jemputan dari kalangan ulamaknyerr??? Pulak tu speaking English?? Whatt?? Orang xreti @ paham omputih nak paham camne? Tv2 filem cina. Bosan. Kalo citer kungfu jetli tu best jgk.
Tengok 119 lah, Semanis Kurma. Tak minat sangat ustaz ustazah ni dok ber"yang2", "ling2" dalam tv.. Tapi dah ok la cket dr dulu. Dah tak menonjol sangat macam dulu. Kadang2, boleh hilang "magisnya" bila selalu sangat dipertontonkan di khalayak. Just an opinion.
Uff...tajuk kali ni, Perigi Mencari Timba. Rugi plak xtengok dari awal. Kelakar plak.
Anyway, aku happy betul Isabella, budak pompuan jugak yang akhirnya jadi Juara rancangan Junior Masterchef Australia. Ramai sangat kaum lelaki yg cakap tukang masak lelaki lebih best dari pompuan. Akhirnya Isabella yg umur 12 tahun tu dah buktikan mereka salah. Pompuan pun best jgk!
Ok, stick to Semanis Kurma sampai abis.
Sunday, April 24, 2011
Garlic Buttered Prawns with Tomato and Coriander
Orait, final Junior Masterchef Australia dah start! 8pm now!!
Sempat amik resepi ni dari website Masterchef Australia. One fine day...nak ke dapur & try it! Sempoi jerr resepi dia.
Ingredients
80g Western Star Butter
3 cloves garlic, crushed
500g green prawns, peeled and deveined
1 small red chilli, finely sliced (optional)
2 tomatoes, finely chopped
finely grated rind and juice of 1 lime
1/2 cup torn coriander leaves
3 cloves garlic, crushed
500g green prawns, peeled and deveined
1 small red chilli, finely sliced (optional)
2 tomatoes, finely chopped
finely grated rind and juice of 1 lime
1/2 cup torn coriander leaves
Serves: 6 as an entree or tapas style dish
Preparation Time: 15 minutes
Cooking Time: 5 minutes
Preparation Time: 15 minutes
Cooking Time: 5 minutes
1. Melt butter in a large frypan over medium-high heat until foamy, add garlic, chilli, and prawns cook tossing for 2 minutes until almost cooked through.
2. Add tomatoes, lime juice and zest and coriander, cook, tossing for 1 minute.
3. Serve prawns immediately in the pan with fresh bread or tortillas and let guests help themselves.
Hints:
As the prawns will be served in the frypan, use a decorative frypan or stove-proof dish to cook the prawns in. Alternatively transfer the prawns to a warm serving dish.
Ask for pre-peeled and deveined green prawns from your local fish monger or supermarket.
This recipe is provided care of this sponsor and is not an official MasterChef Australia recipe.
Saturday, April 23, 2011
Drama 2 Pompuan di Kedai Kopi
Suatu petang disebuah restoran yang agak lengang, seorang pompuan sedang minum fresh orange bersama seorang kawan pompuannya...
Kawan Pompuan: napa muka kau ni monyok dr tadi, cam kena tinggal laki je? (mula nyibuk)
Pompuan: biaselah, muka aku ni mmg masam selalu (sambil buat2 gelak)
Kawan Pompuan: fresh oren ni dh manis aku rase.. Gaduh ngan boifren ke?
Pompuan: lebih kurang la
Kawan Pompuan: 2 tahun aku xjumpe kau, tiap kali jumpe citer gaduh. Nape gaduh?
Pompuan: ntah la....tensen aku
Kawan Pompuan: big problem ni. Wat hepen?
Pompuan: aritu...boifren aku nak mesej org lain, tersilap mesej kat aku. Panggilan mesra mcm yg dia selalu panggil kat aku..tp msj tu bkn utk aku. Ini mcm dah selalu mesej je ngn org tu..
Kawan Pompuan: kantoi la ni? Dulu macam pernah jadi kan? Boifren sama ke?
Pompuan: yang tu jugak ar
Kawan Pompuan: alah, org lelaki mmg mcm tu..suka pasang spare tyre, suka main2 cinta
Pompuan: kalau semua pompuan fikir macam ni, susah la. Macam bg green light plak utk lelaki buat hal? Ade ke dalam Al-Quran & Hadis cakap lelaki boleh pasang banyak spare tyre, boleh main cinta ngn ramai ppuan? Kalo boleh kahwin 4 tu aku tau la..tp xsemua jugak layak
Kawan Pompuan: betul jgk tu. Kes kau ni..belum kawin pun dah nak kena madu. Ishhh3...
Pompuan: itu yang aku geram tu
Kawan Pompuan: jgn geram2...jgn bersangka buruk..kwn2 biase je tu kot (cuba bagi positive thingking)
Pompuan: kwn biase ke lyn camtu? Dah lebih 3 kali kantoi..habis tu nak suruh aku baik sangka camne? Kalo buat sekali dan tobat dah xnak buat tu ok la jugak aku nak percaya lagi..ini, asyik2 benda sama. Teringat plak aku kat dialog Abby Abadi komen psl Norman dlm newspaper dulu.. asyik2 masalah ppuan.. ppuan.. ppuan..
Berhenti berborak sebentar untuk tambah order karipap, pisang goreng panas & kopi o ais.
Kawan Pompuan: pastu dia jawab apa?
Pompuan: dia cakap mcm kau la..aku ni suka fikir buruk. Kau cuba fikir, kalau sekali tu aku boleh terima lagi. Yelah, kita ni bukan malaikat @ nabi yg xpernah buat silap. Tp kalo asyik ulang silap yg sama? Camne aku nak fikir yg baik2 lg? Salah ke kalo aku rasa marah? Aku ni muka je brutal...TAPI DALAM HATI ADE TAMAN....
Kawan Pompuan: bangang kau ni, sempat lg buat lawak..hahaha
Kawan Pompuan: tp betul jgk tu...sape yg tak geram kalau asyik kena tipu? Habis tu? Dia ade pujuk kau?
Pompuan: takde pun. Dah seminggu x call @ msj
Kawan Pompuan: boleh tahan gaduh. Tak rindu ke?
Pompuan: gila tak rindu? Tp kalo dah marah hati aku jadi keras macam batu bersurat
Kawan Pompuan: kehkehkeh...(tergelak kecil) dia tak pujuk kau?
Pompuan: takde pun. Dah ade pengganti kot, maklum la ramai peminat. Ape dia nak heran kat aku? Cuba tengok profile foto kt fb dia, letak foto paling hensem lg. Mcm nak tambah stok jerr
Kawan Pompuan: oohhh..camtu ke?! Tu yg kau lg hot. Plak tu xpujuk...patut la hati makin keras..xkena pujuk. Bangang tul jantan neh. Masa mula2 bercinta sejam xmsj tak leh duk diam. Dah lama..6jam 1 msj..dah 4 tahun sebulan xmsj pun xkisah!!
Pompuan: tau xpe...
Kawan Pompuan: hehe...pengalaman dgn 2,3 ex-boifren. Tp laki aku baik... (tersengih mcm Ugly Betty) Tp 4 tahun tu....takkan la dia nak buang kau mcm tu je?
Pompuan: mmg aku tau dia syg aku. Dia g mana2 pn mesti dia belikn aku buah tgn..tanda dia sentiasa ingat kt aku. Tiap2 hari dia mmg akn msj aku. Tp aku xleh tahan la bila dia dok msj2 ngn ppuan lain jgk. Msj biasa2 no hal la..ni dh lain mcm
Kawan Pompuan: aku pun xpaham org lelaki ni. Baik dia buat benda2 berfaedah lain dr dok layan ppuan2 yg dia xserius. Tp betul kot dia mmg syg kau, dia xmain2..
Pompuan: cinta manusia ni...boleh berubah bila2 masa je. Aku pun xpaham. Dia kata aku ni xtau nak menilai cinta dia. Tak hargai. Hargai mcmn? Aku xpaham! Dia nak suruh aku diam je ke bila dia buat hal? Camtu ke cara nak hargai dia?
Kawan Pompuan: halo.....dh 4 tahun kau tunggu dia. Kau yg xhargai dia ke, dia yg xreti2 nk hargai pengorbanan kau?
Makanan sampai...perbualan semakin rancak.
Pompuan: aku xmintak pn dihargai.. Aku cuma nak dia faham situasi aku je. Aku ni pompuan, makin lama makin antik (buat muka nyampah)
Kawan Pompuan: antik mahal wo...heheh. Itula..lelaki mana fikir benda ni seme. Dia bkn kisah sgt. Sbb dia macam hartanah, makin lama makin naik harga, kalau poket berisi la..especially
Pompuan: betul3... Kawan Pompuan: Yg kau marah kat dia aku faham la. Yg dia nak marah kat kau kenapa? (muka tiba2 merah.) Knp lak dia xtanye khabar kau? Ntah2 kau gi Bali ke Vietnam ke pun dia xtau. Kan dah rugi tu xleh kirim.. Caner plak kalau kau masuk spital sorang2? Ade dia kesahhh?
Pompuan: dh xkesah la tu kot.. (muka jd lebih masam.) Itu yg aku pelik tu. Org yg buat salah la biasenye kena mintak maaf. Ini buat xtau jerr..
Kawan Pompuan: Itu la...nape xkawin2 lagi? Kan dh 4 tahun bercinta?
Pompuan: dia cakap duit tak cukup..
Kawan Pompuan: ahh...alasan je tu. Berapa duit dia dah simpan dalam masa 4 tahun?
Pompuan: ntah..aku xpernah tanye pun. Sendiri mau ingat la kalau dah buat janji..
Kawan Pompuan: Dia xpenah ajak kau kawin ke? Jgn kau yg syok sorang2 plak
Pompuan: pernah la. Gila ke nk syok sorang2? Aku ni manusia yg berpegang pd janji. Kalo dia xpernah ajak kawin, dah lama aku blah
Kawan Pompuan: habis dia ajak kawin kau jawab ape?
Pompuan: aku diam & senyum la. Diam kan tanda setuju?
Kawan Pompuan: Ciss...macam dolu2 plak. Pastu?
Pompuan: pastu dia pun diam. Diaaaammmm sampai sekarang. Hampehh.. Takkan aku nak kena cakap & ajar lak suruh dia gi jumpe femli aku masuk minang?
Kawan Pompuan: bangang jugak dia neh..ishhkk3.. Mamat kau tu pun, kalo nk kawin, buat la cara nak kawin. Sudah2 la hidup style org bujang yg xde awek..
Berhenti jap tengok sorang mamat hensem macam Gambit masuk dalam restoran.
Pompuan: 2, 3 kali jugak la dia pernah tersebut ajak kawin. Tapi macam tak sungguh2...takde action susulan. Pastu, alih2 dia cakap aku mesti mintak hantaran mahal bla bla bla... Cakap la nanti ekk nk g jumpe femli syg ke hape..baru la aku lebih konfiden
Kawan Pompuan: Kau mintak berapa? 10 ribu? 20 ribu? Hahahaa...alasan lagik mamat neh
Pompuan: 20 ribu? Aku ni xdela melampau sgt.. Aku xpenah rsenye ckp brp. Alah, dia bg hantaran pun, aku guna utk rmhtangga kami jgk nanti. Beli mas dinar ke buat simpanan masa depan. Tp kalo xnampak kesungguhan aku nak buat mcmn lg?
Kawan Pompuan: cuba kau cakap hantaran 1 ribu je, agak2 dia terus masuk minang tak?
Pompuan: no komen..aku xleh baca hati org (buat muka gaya Fasha Sanda)
Kawan Pompuan: susah jgk ek nak paham mamat neh. Adehh..citer kau ni boleh buat aku stop fikir pasal keje jap. Tp esok last day aku outstation ni, pagi sok kena settle keje & trus balik malam
Pompuan: sori ler aku luah perasaan kt kau plak. Dah la kau byk keje
Kawan Pompuan: ini la namanye kwn...xsalah meluah perasaan kt sesama jantina. Bkn kau kua ngn lelaki lain pn.. Nasib baik kau bkn jenis melayan..risau jgk aku. Kan kau minat sgt lagu Avril..What The Hell tu? Kang terpengaruh plak suke gi dating...ehehee... (Ugly Betty lg)
Pompuan: Nasib baik kau outstation sini. Aku pn bkn ramai kwn rapat kt sini..seme dok jauh2. Skrg ni aku redho je..berserah kpd Allah. Mungkin jodoh aku dgn dia..mgkin dgn org lain..aku pun xtau. Aku malas dah pikir

Kawan Pompuan: betul tu.. kau ni kena banyak doa & bertawakkal. At least kau dah usaha buka hati kau. Kalau dulu kemain payah lg nak sangkut. Cuba la pertahankan yg ni..mana tau dia akan berubah lebih baik utk kau?
Pompuan: dah nasib aku kot mcm ni.. xpelah, dapat benda baik kite terima, dapat problem pun kena la terima jgk..
Kawan Pompuan: bagus pemikiran kau ni. Kena yakin, Tuhan ade perancangan yg hebat utk hamba2Nya yg banyak bersabar..
Pompuan: thanx dear... sama2 pompuan xpe kan panggil dear? Kalo sama2 lelaki tu baru jd pelik (buat muka Mr. Bean)
Kawan Pompuan: a'ah..untung kan jd pompuan..hehehe. Nasib baik aku tau kau bukan lesby..hahaha (ketawa besar)
Pompuan: wehh..jom blah, dah lewat ni nk smbyg asar Mereka beredar. Click! Stop Recording. Aku terus menghirup teh o ais limau aku.
Kawan: ehh, kau ni dh xde keje lain ke nk record2 org borak? (geleng kepala)
Aku: alaa...bukan org tau sapa pun. Ni citer untuk teladan laaa...aku nk masuk blog aku..heheheeeee (tersengih lebar...)
Thursday, April 21, 2011
Sepuluh Bunga Hidup Bahagia
1.Bangun di saat menjelang fajar untuk beristighfar :
{Dan,yang memohon ampun di waktu sahur.}
(QS. Ali 'Imran :17)
2.Menyendiri untuk bertafakkur :
{Dan, mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi.}
(QS.Ali 'Imran : 191)
3.Menjalin hubungan dengan orang shaleh :
{Dan, bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang
yang menyeru Rabbnya.}
(QS. Al-Kahfi : 28)
4.Berdzikir :
{Wahai orang-orang yang beriman, berdzikirlah kamu (dengan
menyebut nama Allah), dzikir yang sebanyak-banyaknya.}
(QS. Al-Ahzab : 41)
5.Melakukan shalat dua rakaat dengan khusyu' :
{Yaitu orang-orang yang khusyu' dalam shalat mereka.}
(QS. Al- Mu'minun : 2)
6.Membaca al-quran dengan tadabbur :
{Tidakkah mereka memperhatikan Al-quran?}
(QS. An-Nisa: 82 )
7.Berpuasa pada hari yang sangat panas :
''Meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya
kerana aku."
(Al- Hadits)
8.Melakukan sedekah secara sembunyi-sembunyi :
''Hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang di lakukan
oleh tangan kanannya."
(Al- Hadits)
9.Meringankan beban seorang muslim:
"Barangsiapa meringankan kesusahan yang di alami seorang muslim
di dunia maka Allah akan membebaskannya dari kesulitan
yang ada di hari kiamat."
(Al-Hadits)
10.Berlaku zuhud terhadap sesuatu yang sifatnya fana :
{Sedangkan kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.}
(QS. Al- A'la : 17)
~ kopipes chehasmida.blogspot ~
Tuesday, April 19, 2011
Nasib baik tak malatopp!
Amat bersyukur perjalanan sejauh lebih kurang 13km balik ke rumah dengan tangki petrol kereta terlupa ditutup tidak berakhir dengan sebarang tragedi.
Tak pernah berlaku kenyanyukan yang melampau macam ni sebelum ini. But i was lucky! Alhamdulillah..syukur.
Terima kasih kepada 2 Hamba Allah yang tolong beritahu tadi. Kalau tak sampai ke esok pun tak sedar lagi.
Sesukar mana pun kehidupan ini...jika sentiasa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan sentiasa melindungi kita.

Friday, April 15, 2011
Google Chrome lebih pantas sekarang
Tak tau la kenapa, semenjak 2 menjak ni web browser macam Mozilla & IE dah makin slow.
Sekarang ni lebih prefer Google Chrome...dah la lebih laju, cantik plak tu.
My Sweet Google Chrome |
Free download http://www.google.com/chrome
Sunday, April 10, 2011
Buang Bayi Atas Rumput di Kawasan Kubur!
Hati manalah yang tak marah bila 2 makhluk berhati syaitan yang sedap2 menghasilkan "malaikat kecil" ini..kemudian tanpa punya hati perut sanggup membuangnya seorang diri di tanah perkuburan pulak tu!!!
Betul2 sedih & sayu mengenangkan nasib bayi yang ditinggalkan ni.. Memang mengalirkan airmata bila membayangkan peristiwa tu...nasib baik tak dibaham anjing ke binatang2 lain. Semut kompem la banyak.. Entah2 kalau binatang jumpa pun dipeliharanya..sebab zaman sekarang ni binatang pun lebih berhati perut berbanding sesetengah manusia!
KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemui sepasang suami isteri di kawasan tanah perkuburan Islam Danau Kota, Taman Setapak Indah, di sini, pagi semalam.
Ciss! Manusia macam ni lah yg merosakkan agama Islam!!!
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit dikatakan mendengar tangisan bayi itu sebelum menghampiri kawasan itu dan terkejut sebaik melihat bayi yang masih hidup di buang di atas rumput.
Difahamkan, bayi itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain batik dan tuala berwarna biru malah, keadaan bayi itu juga masih berdarah dan mempunyai uri.
Bayang kan la...lepas lahir je terus bungkus, angkut gi buang! Takde rase kesian pun, nak bersihkan bayi ni ke ape... Anak kucing pun orang bersihkan & jaga lepas lahir! Bangsat! Tak layak dipanggil manusia! (geramm sungguh aku)
Bersimpati dengan keadaan bayi perempuan itu, pasangan terbabit kemudiannya bertindak menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil pemeriksaan mendapati bayi itu berkemungkinan baru dilahirkan dalam tempoh tiga jam sebelum ditemui.
“Bayi yang cukup sifat itu kemudiannya diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kini dirawat di Unit Rawatan Intensif Bayi (Nicu) bagi rawatan selanjutnya,” katanya.
“Usaha mengesan individu yang bertanggungjawab terhadap pembuangan bayi itu masih giat dijalankan dan polis masih belum menemui sebarang bukti di tempat bayi itu ditemui,” katanya.
Bagaimanapun, bangsa sebenar bayi seberat 2.35 kilogram (kg) dan berkulit cerah itu masih belum dapat dikenal pasti.
Sumber : Metro
Cari....jangan tak cari makhluk jahat yang dah buang baby ni!!
Saturday, April 9, 2011
Penipu Besar! Janji untung 1,000x ganda
Semoga PENJENAYAH DANA HAJI JASMAN dan yg sewaktu dengannya akan segera dihadapkan ke muka pengadilan!
Kepada orang MELAYU, berhentilah melabur kat tempat2 yg mencurigakan! Tak payah la nak tamak & kaya cepat! Akhirnya molopong....
myMetro | Janji untung 1,000 ganda
Malah, ahli kumpulan sindiket terbabit menggelar diri mereka sebagai ‘kadi’ dan ‘pegawai agama’ selain melakukan penerangan di lokasi tumpuan golongan Muslim terutama di masjid dan surau.
Jurucakap Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan terperinci mengenai ahli kumpulan sindiket yang terbabit dalam skim pelaburan itu.
“Malah, SSM mengumpul maklumat orang ramai selepas beberapa aduan diterima daripada mangsa terutama penduduk di Johor.
“Pendedahan ini dilakukan biarpun SSM belum menerima laporan terperinci jumlah sebenar pelaburan dan kerugian mangsa kerana SSM tidak mahu lebih ramai mangsa terpedaya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menceritakan taktik kumpulan terbabit, jurucakap SSM berkata, mereka pergi ke kawasan tumpuan Muslim seperti masjid dan surau sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘kadi’ atau ‘pegawai agama’.
“Malah, ada kalanya kumpulan terbabit melakukan ‘ceramah’ di hotel selepas melakukan hebahan di surau atau masjid mengenai pelaburan berkonsepkan Islam,” katanya.
Menurutnya, dalam ‘ceramah’ berkenaan kumpulan terbabit mendakwa dana itu milik kerajaan dan dikhaskan kepada Muslim serta perlu dirahsiakan daripada penganut agama lain.
“Setiap pelaburan RM1 dijanjikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu selain tidak dibenarkan untuk berbelanja di jalan yang salah termasuk membeli rokok.
“Kebijaksanaan kumpulan ini memanipulasi agama untuk meyakinkan mangsa terutama golongan Muslim daripada setiap peringkat menyebabkan ramai individu menyertai pelaburan berkenaan. Malah, mangsa bukan saja penduduk kampung berusia 50-an yang dipanggil ‘pak cik’ sebaliknya terdapat juga kakitangan kerajaan dan golongan profesional yang menjadi mangsa.
“Malah, maklumat yang kami peroleh mengatakan ada seorang individu melabur wang simpanan miliknya RM100,000 sebelum kumpulan terbabit menghilangkan diri,” katanya.
Katanya, dia menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum melakukan pelaburan dalam mana-mana skim kerana kebanyakannya menipu.
“Orang ramai boleh membuat rujukan dengan pihak SSM atau Bank Negara terlebih dulu sebelum melakukan sebarang pelaburan bagi memastikan mereka melabur dengan individu yang benar. Untuk menjadi orang kaya, sepatutnya masyarakat lebih bijak kerana untuk sampai ke tahap itu bukan suatu perkara mudah,” katanya.
Sehubungan itu, mangsa atau orang ramai yang mempunyai maklumat skim terbabit diminta menghubungi SSM di talian 03-62048999 atau emel kepada aduan@seccom.com.my.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi, mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung skim pelaburan terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata perbuatan mereka itu satu pembohongan dan dosa besar.
“Orang ramai dinasihatkan jangan terpedaya dengan golongan terbabit yang mengaku tokoh agama selagi latar belakang mereka tidak diselidiki sebelum menyerahkan wang kepada individu terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Tambahnya, pelaburan yang dijalankan kumpulan terbabit haram kerana menipu orang ramai selain mengingatkan masyarakat melakukan rujukan kepada pihak lebih arif sebelum menyertai sesuatu pelaburan.
Ni satu lagi penipu macam SI AZIZI SETAN KOPEDIK (Koperasi Dinamik Malaysia Berhad) yang giat menipu berjuta-juta duit orang Malaysia sekitar tahun 2007-2008 tu.
Memang betul2 tak takut seksa kubur!
Kepada orang MELAYU, berhentilah melabur kat tempat2 yg mencurigakan! Tak payah la nak tamak & kaya cepat! Akhirnya molopong....
myMetro | Janji untung 1,000 ganda
KUALA LUMPUR: Satu sindiket pelaburan palsu bukan saja dikesan ‘menjual agama’ sebagai aset untuk memperdaya mangsa, sebaliknya mendakwa ‘projek pelaburan’ yang dijalankan mereka ‘rahsia kerajaan’ selain hanya dibenarkan kepada golongan Muslim.
Sindiket penipuan pelaburan dikenali sebagai ‘Dana Haji Jasman’ dilaporkan mula bergiat aktif sejak 2007, selain mengaut keuntungan dipercayai mencecah jutaan ringgit sepanjang tempoh berkenaan selepas memperdaya ratusan mangsa terutama penduduk Johor dan kini mula menular ke Kuala Lumpur serta beberapa negeri lain di Semenanjung.
Difahamkan, skim pelaburan ala perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) itu tidak menetapkan nilai minimum atau maksimum sebaliknya menjanjikan setiap pelaburan bermula RM1 akan diberikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu.
Biarpun konsep pelaburan ini seakan-akan sama seperti MLM, sindiket terbabit ‘menjual agama’ kerana setiap pelabur dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah selain ‘berbaiah’ dan berjanji tidak menggunakan wang itu kepada jalan yang salah termasuk membeli rokok.
Biarpun konsep pelaburan ini seakan-akan sama seperti MLM, sindiket terbabit ‘menjual agama’ kerana setiap pelabur dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah selain ‘berbaiah’ dan berjanji tidak menggunakan wang itu kepada jalan yang salah termasuk membeli rokok.
Malah, ahli kumpulan sindiket terbabit menggelar diri mereka sebagai ‘kadi’ dan ‘pegawai agama’ selain melakukan penerangan di lokasi tumpuan golongan Muslim terutama di masjid dan surau.
Jurucakap Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan terperinci mengenai ahli kumpulan sindiket yang terbabit dalam skim pelaburan itu.
“Malah, SSM mengumpul maklumat orang ramai selepas beberapa aduan diterima daripada mangsa terutama penduduk di Johor.
“Pendedahan ini dilakukan biarpun SSM belum menerima laporan terperinci jumlah sebenar pelaburan dan kerugian mangsa kerana SSM tidak mahu lebih ramai mangsa terpedaya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menceritakan taktik kumpulan terbabit, jurucakap SSM berkata, mereka pergi ke kawasan tumpuan Muslim seperti masjid dan surau sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘kadi’ atau ‘pegawai agama’.
“Malah, ada kalanya kumpulan terbabit melakukan ‘ceramah’ di hotel selepas melakukan hebahan di surau atau masjid mengenai pelaburan berkonsepkan Islam,” katanya.
Menurutnya, dalam ‘ceramah’ berkenaan kumpulan terbabit mendakwa dana itu milik kerajaan dan dikhaskan kepada Muslim serta perlu dirahsiakan daripada penganut agama lain.
“Setiap pelaburan RM1 dijanjikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu selain tidak dibenarkan untuk berbelanja di jalan yang salah termasuk membeli rokok.
“Kebijaksanaan kumpulan ini memanipulasi agama untuk meyakinkan mangsa terutama golongan Muslim daripada setiap peringkat menyebabkan ramai individu menyertai pelaburan berkenaan. Malah, mangsa bukan saja penduduk kampung berusia 50-an yang dipanggil ‘pak cik’ sebaliknya terdapat juga kakitangan kerajaan dan golongan profesional yang menjadi mangsa.
“Malah, maklumat yang kami peroleh mengatakan ada seorang individu melabur wang simpanan miliknya RM100,000 sebelum kumpulan terbabit menghilangkan diri,” katanya.
Katanya, dia menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum melakukan pelaburan dalam mana-mana skim kerana kebanyakannya menipu.
“Orang ramai boleh membuat rujukan dengan pihak SSM atau Bank Negara terlebih dulu sebelum melakukan sebarang pelaburan bagi memastikan mereka melabur dengan individu yang benar. Untuk menjadi orang kaya, sepatutnya masyarakat lebih bijak kerana untuk sampai ke tahap itu bukan suatu perkara mudah,” katanya.
Sehubungan itu, mangsa atau orang ramai yang mempunyai maklumat skim terbabit diminta menghubungi SSM di talian 03-62048999 atau emel kepada aduan@seccom.com.my.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi, mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung skim pelaburan terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata perbuatan mereka itu satu pembohongan dan dosa besar.
“Orang ramai dinasihatkan jangan terpedaya dengan golongan terbabit yang mengaku tokoh agama selagi latar belakang mereka tidak diselidiki sebelum menyerahkan wang kepada individu terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Tambahnya, pelaburan yang dijalankan kumpulan terbabit haram kerana menipu orang ramai selain mengingatkan masyarakat melakukan rujukan kepada pihak lebih arif sebelum menyertai sesuatu pelaburan.
Ni satu lagi penipu macam SI AZIZI SETAN KOPEDIK (Koperasi Dinamik Malaysia Berhad) yang giat menipu berjuta-juta duit orang Malaysia sekitar tahun 2007-2008 tu.
Memang betul2 tak takut seksa kubur!
Monday, April 4, 2011
Sixth Sense & Videoklip!
Terperasan videoklip lagu popular ni. Grup ni sangat popular sebab banyak betul lagu2 dorang jadi OST untuk drama2 yang popular jugak. Mcm drama Chinta, Asmara dll.
Berbalik videoklip lagu Menyesal nyanyian Sixth Sense ni, tersentak jugak tengok vclip ni sebab penyanyi dia tu pakai cincin kat jari hantu! Patutnye vclip ni jadi OST untuk sebuah drama hantu & mistik!
Kan ke Nabi kita menegah pakai cincin kat jari telunjuk & jari hantu? Yang dia pakai kat jari kelingking tu betul...tang ibu jari tu xtau la plak hukumnye.
Merujuk blog feryco.com ;
dan janganlah memakai pada jari
Mamat vokalis tu Islam rasenye..Adi, asal Indonesia, tapi xtau la kalau silap teka agama dia. Harapnye ade la tindakan daripada pihak2 berkenaan terhadap vklip ni, buat semula ke hape..
Sebabnye lagu best & glamer...teramat popular...takut jadi ikutan plak oleh org2 yg xde ilmu pasal ni. Maklumlah...artis ni ramai yang suka. Hukum tolak ketepi kalau dah suka.
Ishkk...tak pasal2 plak merosakkan iman seseorang.
Iklan ~ Tak lupa tahniah untuk pelakon best Shaheizy Sam yang menang Anugerah Artis Paling Popular ABPBH 2010! Menang dengan bergaya betul!
Berbalik videoklip lagu Menyesal nyanyian Sixth Sense ni, tersentak jugak tengok vclip ni sebab penyanyi dia tu pakai cincin kat jari hantu! Patutnye vclip ni jadi OST untuk sebuah drama hantu & mistik!
Kan ke Nabi kita menegah pakai cincin kat jari telunjuk & jari hantu? Yang dia pakai kat jari kelingking tu betul...tang ibu jari tu xtau la plak hukumnye.
Merujuk blog feryco.com ;
“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
- 1] jari manis
- 2] jari kelingking (anak jari)
- 1] jari tengah
- 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Mamat vokalis tu Islam rasenye..Adi, asal Indonesia, tapi xtau la kalau silap teka agama dia. Harapnye ade la tindakan daripada pihak2 berkenaan terhadap vklip ni, buat semula ke hape..
Sebabnye lagu best & glamer...teramat popular...takut jadi ikutan plak oleh org2 yg xde ilmu pasal ni. Maklumlah...artis ni ramai yang suka. Hukum tolak ketepi kalau dah suka.
Ishkk...tak pasal2 plak merosakkan iman seseorang.
Sunday, April 3, 2011
Sebab2 Artis Wanita Berhijrah
Seronok tengok artis2 wanita Malaysia dah makin ramai memilih berhijrah untuk memakai tudung. Nampak lebih cantik, ayu & sopan sebenarnya.
Wardina nampak lebih cantik, Anne pelakon nampak lebih cantik (err..xtau status tudung dia skrg ni), Anne DJ nampak sangat cun lepas pakai tudung & berkahwin dan ramai lagilah.
Macam artis2 HOT kat bawah ni. Sungguh hebat hidayah yang mereka terima ini. Boleh menitiskan airmata membaca kisah mereka.
1) Catrianna Ross (pelakon)
melampau cun selepas bertudung! |
Sebab2 Berhijrah
mendapat hidayah ketika mencuba tudung di sebuah butik (gambar sekadar hiasan) |
Menitis airmata baca kisah dia ni kat suratkhabar. Lepas tu tengok plak kat rancangan Selami Jiwa; Dato' Dr. Fadzillah Kamsah. Memang nampak sangat dia bersyukur diberi hidayah oleh ALLAH sampai nangis2 semasa bercerita.
2) Farah Anuar (penyanyi, pengacara, pelakon)
ayu & makin comel! |
Sebab2 Berhijrah
bertudung ketika mengacarakan Halal Orient untuk Astro & terus tergerak hati |
Farah pun ade cakap..ramai peminat2 dia yg pergi umrah turut doakan dia terbuka hati utk memakai tudung...bertuahnye disayangi peminat...
3) Irma Hasmie (pelakon, pengacara)
dulu xberapa cun, sekarang sangat cun lepas bertudung! |
Sebab2 Berhijrah
tergerak hati bertudung selepas menunaikan umrah |
Ada yang memandang serong Irma ni bertudung sebab frust bercinta dengan Nabil. Rasenye banyak lagi benda yang orang buat bila frust. Tak baik la nak tuduh dia macam tu. Tak perlulah dipertikaikan lagi.
4) Waheeda (penyanyi, pelakon, pengacara)
menutup aurat sepenuhnya! |
Sebab2 Berhijrah
selepas berkahwin dengan Ustaz Akhil Hayy! |
Walau dikritik hebat selepas kontroversi 3 Segi, dikritik berpurdah kerana mahu menutup malu & tunjuk "baik"..tetapi siapalah kita untuk menilai setiap perlakuan manusia lain. Hanya ALLAH yang kenal & tahu isi hati setiap makhluknya.
Semoga lebih ramai lagi artis akan menutup kepala & aurat lain mereka...terutama artis yg dah senja2 tu..
Subscribe to:
Posts (Atom)