Thursday, April 28, 2011

Lagi Bayi Dibuang, macam sampah & dalam plastik sampah hitam!

Malam2 baru buleh baca newspaper online. Siang hari mane sempat. Bengang betul hari2 ade je makhluk jantan&betina jahat yang buang bayi yang baru lahir. Bayi tu tidak berdaya, ketakutan, kesejukan, terdedah kepada bahaya & yang paling penting tidak berdosa!!! Betul2 dah kembali ke zaman Jahilliyah! 

Masyarakat kena sama2 membanteras gejala hina ni. Jangan nanti bila Tuhan dah turunkan bala baru la pakat2 nak menadah tangan memohon doa!

GEORGETOWN: Hanya beralaskan kain dan dibungkus dengan plastik hitam, seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah pokok di Jalan Satu, Changkat Miden di Gelugor, pagi semalam.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui jam 7 pagi oleh orang ramai yang kebetulan berjoging di kawasan berkenaan.
Saksi, T Satyadevi, 69, berkata, ketika itu dia berada dalam rumah kakaknya tidak jauh dari kawasan berkenaan sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi itu selepas terdengar tangisan bayi.

Menurutnya, dia yang bergegas ke kawasan itu diminta membuka bungkusan berkenaan.

Katanya, dia terkejut apabila mendapati seorang bayi lelaki yang comel masih bertali pusat dalam bungkusan berkenaan dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

“Saya bersyukur kerana bayi comel ini ditemui hidup walaupun masih dalam keadaan bertali pusat serta tidak digigit anjing atau serangga berbisa lain,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan bayi lelaki yang masih bernyawa dan sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi penemuan.

Menurutnya, bayi lelaki yang masih
belum diketahui bangsanya itu akan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, pihaknya masih lagi menyiasat untuk mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab meninggalkannya di kawasan berkenaan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan
atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822.
 Sumber: Harian Metro

“Kalau manusia ikut hukum Allah..pastinya perkara tidak berperikemanusiaan ini boleh dielakkan. Aku betul2 bengang dengan pemerintah sekarang. Sibuk sangat dengan video seks, sampai masyarakat tua, muda sampai la ke warga emas tau ikut nafsu seks je! Iman tolak ke tepi!  ”





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails