Saturday, August 20, 2011

Wanita Cantik Membutakan Mata


Cantik tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Mendengar perkataan "cantik", "sales", "kurus", "awet muda" bisa membeliakkan biji mata kaum hawa yang sedang mengantuk :P Memang tidak salah sukakan kecantikan..malah Islam menggalakkan. Islam itu sendiri Indah, Bersih dan Suci.

Rasulullah SAW menggambarkan keindahan agama yang dibawanya dapat difahami daripada sebuah hadis yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

Allah s.w.t juga menyukai orang yang menjaga kebersihan seperti firmanNya dalam surah Al-Baqarah Ayat 222 bermaksud;
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri”

Saya pernah terbaca kisah ni dulu, tapi tidak pasti kesahihan kisah ini kerana kekurangan ilmu saya. Lepas google dapat la jumpa semula kisah ni. Memang mula-mula baca tu suatu ketika dulu, saya terkaku & terperanjat! Terasa terlalu lemah iman didada kalau dibandingkan dengan wanita didalam kisah ini. Semoga boleh dijadikan teladan kepada semua dalam hal menjaga peribadi dan akhlak sebagai Muslim/Muslimah.

Kisah Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan basri sewaktu mudanya adalah seorang yang sangat tampan. Beliau sangat suka memakai pakaian yang bagus-bagus dan suka berjalan disekitar kota Basrah. Pada suatu hari, sedang berjalan-jalan dia melihat seorang wanita berpurdah. Mata wanita itu sangat cantik dan menarik perhatiannya. Lalu dia mengikuti gadis itu dari belakang.


Wanita itu yang baru menyedari diikuti lalu menoleh ke belakang lalu berkata, 

“Wahai orang muda, apakah kamu tidak malu?”
mata
“Kepada siapa aku harus malu?” Tanya Hasan Basri kembali.

“Malulah kepada Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui mata yang berkhianat dan mengetahui apa sahaja yang ada dalam hati” jawab wanita cantik itu.

Hasan Basri semakin tertarik kepada wanita tersebut dan timbullah rasa cinta dalam hatinya serta tidak dapat menahan nafsu. Lalu dia terus sahaja mengikuti wanita tersebut berjalan.

Melihat dia terus diekori, wanita itu berkata lagi, “Mengapa kamu terus mengikutiku?”

Hasan Basri berkata,”Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu.”


Mendengar jawapan itu wanita ini berkata, “Baiklah, kerana kamu menyukai mataku ini,tunggu sebentar disini. Aku akan beri apa yang kamu inginkan”. Kemudian dia berlalu pergi.

Hasan Basri sangat gembira dan menunggu-nunggu kedatangan wanita tersebut.

Tidak lama kemudian, datanglah seorang pembantu menghampiri Hasan Basri dan menyerahkan sebuah kotak yang tertutup rapat. Lalu hasan Basri membuka kotak tersebut. Betapa kagetnye Hasan Basri melihat isi kotak tersebut ternyata sepasang biji mata!

“Tuan putriku berkata dia tidak memerlukan mata yang meyebabkan terpesonanya seseorang seperti tuan”, kata pembantu itu.

Gementarlah seluruh tubuh Hasan basri dan berdiri bulu romanya saat mendengar kata-kata pembantu itu, lalu iapun memegang jantungnya sendiri dan berbisik, “Celaka betul kamu ini, sudah berjanggut tapi tak punya rasa malu!”

Setelah menyedari kesalahannya itu, maka dia pulang ke rumah dan menangis semalaman kerana menyesali segala perbuatannya itu. Keesokan hari Hasan Basri pergi ke rumah wanita itu untuk meminta maaf. Tetapi ketika sampai dia mendengar suara wanita-wanita menangis, dan bertanya apa yang terjadi. Dan diberitahu bahawa ada yang meninggal kerana mencongkel kedua matanya.

Hasan Basri kembali ke rumah dan menangis selama 3 hari 3 malam dan menyesali segala perbuatan dan kelemahan imannya. Dia bertaubat kepada Allah untuk tidak lagi menjadi lelaki yang tidak sopan.

Pada malam yang ke-3, Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut, dan melihat wanita itu telah berada di syurga. Lalu Hasan Basri berkata,”wahai wanita solehah, maafkan kesalahanku terhadapmu” Wanita itu menjawab,”sebetulnya aku telah memaafkan kamu sejak dulu dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah s.w.t disebabkan kamu.”

Setelah Hasan Basri mendengar pengakuan dari wanita itu, dia memohon nasihat yang baik.

“Dengarlah nasihatku ini; Apabila kamu sendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah s.w.t setiap pagi dan petang, mohon ampun dan bertaubatlah kepadanya.

Akhirnya Hasan Basri melaksanakan segala nasihat wanita itu, sehingga dia mashur dengan ketaqwaannya dan ketaatannya kepada Allah serta mendapat darjat yang mulia di sisi Allah serta menjadi wali kekasih Allah.

Seorang wanita rela mencungkil matanya disebabkan hanya kerana menjadi bahan fitnah, namun sekarang wanita berlumba-lumba mempamerkan dan menunjukkan aurat mereka yang seharusnya dijaga dan ditutup.

Wahai saudaraku tutuplah auratmu sebab yang akan melihat auratmu itu adalah mereka yang ingin merosakkanmu dan bukan yang hendak menjagamu. Apabila seseorang memandang dnegan penuh nafsu, sesungguhnya pandangan itu disertai setan. Tidak akan rugi seorang wanita jika menutup auratnya melainkan dia akan mendapat pahala disisi Allah s.w.t, InsyaAllah ia akan selamat dari segala macam fitnah.

Demikian kisah hebat seorang wanita yang terlalu takut kepada Allah. Beliau bukan hanya tahu bercakap sahaja tentang ingin menjaga kesucian Islam, tetapi benar-benar menterjemahkannya kedalam bentuk akhlak dan perbuatan. Aurat yang wajib ditutup telah ditutup rapi..sehingga hanya menampakkan 2 biji mata.

Tetapi bila seorang lelaki asing jatuh hati hanya dengan melihat mata beliau pun, beliau sanggup memberi matanya kerana takut dengan dosa. Tapi harap-harap tak perlulah sampai kita kena mencungkil biji mata! Hehehe.. Cuma janganlah berlebih-lebih sangat bersolek untuk keluar rumah tu. Atau melampau sangat menempek wajah sendiri di facebook atau laman-laman web lain. Apalah yang tinggal untuk suami/bakal suami…kalau semua lelaki lain boleh tengok bila-bila masa dengan percuma? Macam-macam yang mereka boleh bayangkan @ buat dengan melihat foto-foto tu. Sungguh meloyakan. Adakah kita tak merasa malu?

Dalam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Sungguh menggerunkan! Bukan setakat tak dapat masuk syurga…mencium bau syurga pun jauh sekali! Nau’zubillah… Adakah kita wahai wanita masih belum mahu berubah? Semoga menjadi ikhtibar untuk diri ini dan semua.

Quote :Kisah insan insan bertaubat oleh Kasmuri Selamat MA , penerbit Lintas Pustaka

Tuesday, August 9, 2011

Kasih Sayang Allah di bulan Ramadhan

"Ucapan Ramadhan Kareem menggantikan Ramadhan Mubarak
Sambutlah Puasa dengan syukur bukan jelak
Marilah Umat Islam tinggalkan zina, judi & arak
Jadikan Bulan Mulia ini bermulanya titik tolak"


Firman Allah s.w.t.;

“(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” – Surah al-Baqarah: 185

Manusia mana yang tidak pernah berbuat dosa? Namun apa yang penting ialah bukan mengira dosa-dosa yang pernah mereka lakukan..tetapi bagaimana dia mahu bertaubat dan berubah menjadi hamba yang dikasihi Allah s.w.t. Permulaan kehidupan bukan penting sangat..tetapi yang paling penting ialah pengakhiran kita di muka bumi ini.  Kerana MATI itu adalah PERMULAAN HIDUP YANG KEKAL.


Manusia yang paling bijak, ialah manusia yang berusaha mencari bekalan hidup di dunia & juga bekalan untuk akhirat.  Manusia yang rugi ialah manusia yang berlumba-lumba mengejar dunia, dan memandang remeh akhirat & balasan Allah. Mahukah kita menjadi manusia yang rugi? Kerana apabila MAUT menjemput...tiada lagi peluang kedua. Alangkah ruginya andai kita mati tanpa sempat bertaubat.


Apakah pahala-pahala yang sedikit itu mampu memberatkan timbangan pahala VS. timbangan dosa-dosa yang menggunung? Pernahkah kita terfikir....bagaimana nanti jika neraca timbangan dosa diakhirat melebihi neraca timbangan pahala? Bagaimana lagi ingin mengutip pahala? Adakah aku tak akan masuk syurga Allah? Adakah aku akan dihumban ke neraka dan diseksa dengan api yang terdiri dari bahan bakaran berhala-berhala & manusia yang derhaka kepada Allah? Berapa juta tahunkah aku akan diseksa dineraka?


Jangan terlalu yakin kita telah banyak berbuat baik. Jangan terlalu perasan kita lebih baik berbanding orang-orang yang mengunjungi rumah judi, rumah pelacur dan pendosa-pendosa lain. Jangan terlalu menghina banduan-banduan atau penagih dadah. Setiap manusia ada peluang bertaubat. Tapi bagaimana dengan kita? Bila kita sentiasa merasa masih kurang berbuat amalan baik/mendapat ganjaran pahala...kita akan sentiasa berusaha menjadi lebih baik lagi.


Untuk menjadi orang yang lebih baik, jangan terlalu fokus kepada kelemahan @ maksiat yang orang lain lakukan. Kerana jika itu yang sering bermain difikiran kita...kita sendiri akan menjadi orang yang dilingkari maksiat, negatif dan dosa...tanpa kita sedari. 


Pernahkan anda mendengar kes seorang bapa yang mendera anak kandung sendiri? Banyak kes yang setelah disiasat, menunjukkan bahawa sibapa itu sendiri pernah didera oleh bapanya. Walaupun dia benci didera bapa sendiri, namun kerana dia sering memikirkan perkara tersebut, kerani hatinya penuh kebencian, penuh unsur-unsur negatif, penuh dendam....maka tanpa sedar fikirannya sudah tidak dapat dikawal, penuh dengan fikiran-fikiran negatif & prasangka...sehingga dia pula yang mendera anak sendiri! Na'uzubillah..


Oleh itu...sempena bulan yang diberkati ini, dimana Allah bukakan pintu-pintu Syurga, pintu Rahmat, pintu-pintu langit....Allah menunggu-nunggu tangisan taubat hambaNya...marilah kita sama-sama sujud menyembahNya...dengan penuh rendah hati, mengharapkan pengampunan Allah yang Maha Pengampun. Hayatilah surah Al-Fatihah...kerana Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya Allah yang Wajib Disembah dan menjadi tempat Memohon Pertolongan.




.
.
.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails