"Ucapan Ramadhan Kareem menggantikan Ramadhan Mubarak
Sambutlah Puasa dengan syukur bukan jelak
Marilah Umat Islam tinggalkan zina, judi & arak
Jadikan Bulan Mulia ini bermulanya titik tolak"
Firman Allah s.w.t.;
“(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” – Surah al-Baqarah: 185
Manusia mana yang tidak pernah berbuat dosa? Namun apa yang penting ialah bukan mengira dosa-dosa yang pernah mereka lakukan..tetapi bagaimana dia mahu bertaubat dan berubah menjadi hamba yang dikasihi Allah s.w.t. Permulaan kehidupan bukan penting sangat..tetapi yang paling penting ialah pengakhiran kita di muka bumi ini. Kerana MATI itu adalah PERMULAAN HIDUP YANG KEKAL.
Manusia yang paling bijak, ialah manusia yang berusaha mencari bekalan hidup di dunia & juga bekalan untuk akhirat. Manusia yang rugi ialah manusia yang berlumba-lumba mengejar dunia, dan memandang remeh akhirat & balasan Allah. Mahukah kita menjadi manusia yang rugi? Kerana apabila MAUT menjemput...tiada lagi peluang kedua. Alangkah ruginya andai kita mati tanpa sempat bertaubat.
Apakah pahala-pahala yang sedikit itu mampu memberatkan timbangan pahala VS. timbangan dosa-dosa yang menggunung? Pernahkah kita terfikir....bagaimana nanti jika neraca timbangan dosa diakhirat melebihi neraca timbangan pahala? Bagaimana lagi ingin mengutip pahala? Adakah aku tak akan masuk syurga Allah? Adakah aku akan dihumban ke neraka dan diseksa dengan api yang terdiri dari bahan bakaran berhala-berhala & manusia yang derhaka kepada Allah? Berapa juta tahunkah aku akan diseksa dineraka?
Jangan terlalu yakin kita telah banyak berbuat baik. Jangan terlalu perasan kita lebih baik berbanding orang-orang yang mengunjungi rumah judi, rumah pelacur dan pendosa-pendosa lain. Jangan terlalu menghina banduan-banduan atau penagih dadah. Setiap manusia ada peluang bertaubat. Tapi bagaimana dengan kita? Bila kita sentiasa merasa masih kurang berbuat amalan baik/mendapat ganjaran pahala...kita akan sentiasa berusaha menjadi lebih baik lagi.
Untuk menjadi orang yang lebih baik, jangan terlalu fokus kepada kelemahan @ maksiat yang orang lain lakukan. Kerana jika itu yang sering bermain difikiran kita...kita sendiri akan menjadi orang yang dilingkari maksiat, negatif dan dosa...tanpa kita sedari.
Pernahkan anda mendengar kes seorang bapa yang mendera anak kandung sendiri? Banyak kes yang setelah disiasat, menunjukkan bahawa sibapa itu sendiri pernah didera oleh bapanya. Walaupun dia benci didera bapa sendiri, namun kerana dia sering memikirkan perkara tersebut, kerani hatinya penuh kebencian, penuh unsur-unsur negatif, penuh dendam....maka tanpa sedar fikirannya sudah tidak dapat dikawal, penuh dengan fikiran-fikiran negatif & prasangka...sehingga dia pula yang mendera anak sendiri! Na'uzubillah..
Oleh itu...sempena bulan yang diberkati ini, dimana Allah bukakan pintu-pintu Syurga, pintu Rahmat, pintu-pintu langit....Allah menunggu-nunggu tangisan taubat hambaNya...marilah kita sama-sama sujud menyembahNya...dengan penuh rendah hati, mengharapkan pengampunan Allah yang Maha Pengampun. Hayatilah surah Al-Fatihah...kerana Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya Allah yang Wajib Disembah dan menjadi tempat Memohon Pertolongan.
.
.
.
No comments:
Post a Comment