Saturday, June 4, 2011

Kari Ayam & Roti Arab

http://manjeamusyuk.blogspot.com

Dinner yang agak simple. Kelmarin beli roti arab segera di kedai HPA..takpenah try lagi. Lapar tetibe...so walaupun dah kul 10 malam tetap nak makan gak bila dah lapar,huhu.. Nak buat macamane…kalo tak makan karang takleh tido plak.

Kari ayam neh yang paling sempoi dibuat..rasenye majoriti orang tau masak kari ayam. Kalo ikut resepi mak saya..mesti kena goreng dulu ayam tu, mmg lagi best!!! Tapi bila nak cepat takdenye nak goreng2 lagik.


Sesape nak try kari ayam versi ni boleh jer..


KARI AYAM MANJEA2 Smile with tongue out
Ayam dipotong sederhana (6-7 ketul) ~ boleh ler 2x makan
3 ulas bawang merah, 2 ulas bwg putih, halia sikit ~ mayang halus
Rempah yg 4 serangkai tu
Serbuk kari (saya guna Mak Siti…bkn dato’ siti, ehehh)
Santan segera ~ guna separuh kotak je
Lada merah (besar) 1 biji
Kentang 2 bijik ~ potong saiz muat sekali ngap (sy potong mcm2 bentuk ikut suka)

Cara2 Memasak:
1. Mula2 gaul ayam tu ngan serbuk kunyit, garam sikit & separuh pek serbuk kari. Biarkan kejap sementara gi potong bwg2 & kentang tu
2. Masuk minyak (2 sudu) dalam periuk pastu tumis bawang2
2. Dah wangi tu (tp belum garing), masuk la rempah 4 sekawan tu
3. Pastu masukkan ayam tadi, pas 1 minit balikkan ayam tu (biar dia berkaramel cket lam periuk)
4. Dah separuh masak tu, masuk air 2 cawan, balance serbuk kari & santan kotak tu (ikut suka nak pekat cmne)
5. Gaul2 mcm biasa, pastu campak kentang & lada besar tadi (sy masukkan 1/5 gula melaka, ikut resepi mak manis lagi…)
6. Sementara tunggu masak tu, saya sapukan mentega kat roti arab tu & panaskan kejap dalam kuali


Dah siap…15-20 minit jerr masak, then santai2 makan sambil tengok crime scene, wuhhuu! Winking smile Smile
.
.
.
.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails