Thursday, April 25, 2013

TEGURAN..




Pernah tak kena tegur ngan orang?

Bukan tegur kena ngorat neh...tapi teguran atas kesilapan kita.

Kalau teguran tu panas dan mantap...mau berasapp..

Kalau teguran tu berasas...pedass..

Kalau teguran tu sekadar membakar..baik tak payah 

Kalau teguran tu lembut ikhlas? 
Alhamdulillah....


Berapa ramai kawan yang sanggup tegur kawan ;

- yang ketiak @ mulut busuk?
- yang bercakap kasar dengan orang tua
- yang suka menunjuk-nunjuk harta kemewahan
- yang suka tunjuk pandai
- yang mulut longkang
- yang tak nak solat atau puasa
- yang suka pinjam duit/baju/lain-lain tapi tak pernah pulang
- yang cakap tak pakai otak
- yang pemalas
- yang buruk laku/buruk perangai/tak senonoh
- yang kaki maksiat
- yang macam-macam lagilah

Mesti tak ramai yang berani tegur kan. 
Sebab tak semua orang ada bakat atau kekuatan nak menegur orang yang rapat dengan dia

TAKUT PUTUS KAWAN
TAKUT DIBENCI
TAKUT KENA MAKI BALIK
TAKUT KENA SINDIR
TAKUT KENA PULAU
TAKUT KENA KUTUK BAJET BEST

Bukan mudah nak menegur. Lagi-lagi yang nak ditegur tu memang pantang ditegur....

KADANG-KADANG TERSALAH TAFSIR
KADANG-KADANG TAK KENA MASA
KADANG-KADANG TAK KENA TEMPAT
KADANG-KADANG TERSALAH NADA
KADANG-KADANG TERSALAH KATA
KADANG-KADANG DIA BUAT DERK AJE


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)


Yang penting tegurlah orang lain dengan berhemah dan dengan kasih-sayang.

Ketahuilah bahawa...menegur kearah kebaikan itu tanda kita disayangi..tanda kita diperhati. Bayangkan hidup tanpa ada yang memBeri nasihat dan teguran...seperti hidup sorang-sorang je kat muka bumi ni. 

PERLU FAHAM. BILA ADA YANG MENEGUR KITA...TEGURAN ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH..KEPADA KITA..MELALUI MANUSIA LAIN.

Jadi hargailah apa jua teguran..sama ada benar, salah, mengharukan, mahupun menyakitkan..



Tuesday, April 16, 2013

Cara-cara nak naikkan semangat di waktu pagi!

Ni benda wajib la akan berlaku kat setiap orang . Bukan setiap hari...tapi dalam seminggu atau sebulan tu mesti la ada. Ada orang kena "monday blues". Masuk Isnin je..mula la rasa lemah badan. Kalau tak Isnin, tengah2 minggu...atau nak masuk ujung minggu tu dah hilang dah semangat nak bekerja.

Siapa lagi yang nak kita harapkan menyuntik semangat ke dalam diri sendiri setiap pagi? Mestilah semangat tu perlu datang dari dalam diri kita sendiri. So...memandangkan diri ini pun selalu kena sindrom tak bermaya bangun pagi..kadang2 macam malas sangat2 nak pergi kerja...macam nak sambung tidur. So terjumpa la artikel ni yang sangat2 menarik dan amat berguna dan perlu dicuba.

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.


4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Oleh : Shukri Abdullah dari blog Motivasi, PakarHowto

Alhamdulillah....terima kasih Allah s.w.t kerana telah memberiku rezeki menemui, membaca, berkongsi artikel ini dan menyimpan tekad untuk sentiasa nak perbaiki diri yang lemah dan hina ini... Semoga kita semua akan peroleh semangat baru bersama-sama.

Sunday, April 14, 2013

Ketika kau terlupa..


Perkenalan yang tidak disengajakan. Bicara yang jujur dan manis. Percintaan yang indah. Kasih sayang yang ikhlas. Ambilberat yang tiada batas waktu. Perhubungan yang tiada restu. Kesetiaan yang berpanjangan. 5 tahun penantian. Harapan yang kian goyah. Kekuatan yang membuahkan restu.

Ketika aku bahagia... Kau tambahkan keceriaanku
Ketika aku berduka... Kau tadahkan telinga mendengar
Ketika aku kesusahan... Kau ikhlas tawarkan bantuan
Ketika aku negatif... Kau tunjukkan arah yang positif
Ketika aku bingung dan salah... Kau sedarkan aku lakukan yang benar
Ketika aku putus harapan dengan kita... Kau yakinkan aku takdir kita bersama


Ketika kita direstui... Aku yakin ini redhaNya
Ketika kau amat gembira... Aku bahagia sama
Ketika aku tanya bila... Kau hilang kata.
Ketika kau berdiam… Aku hilang punca.
Ketika sapaanku kau humban... Aku terdiam.
Dimana silapnya?


Kini kau telah lupa.

Ketika aku perjuangkan kita... Kau tidak tahu. 
Ketika aku membela dirimu dicerca... Kau tidak tahu.
Ketika aku keseorangan... Kau tidak tahu.
Ketika aku ditimpa musibah... Kau tidak tahu.
Ketika aku ketawa untuk hilangkan duka... Kau tidak tahu.
Ketika aku menitiskan air mata rindu... Kau tidak tahu.
Ketika aku sesak dambakan pujukanmu... Kau tidak tahu.
Ketika aku pujuk diriku teruskan rasa... Kau tidak tahu.
Ketika aku menadah tangan didingin malam... Kau tidak tahu.


Kemana hilangnya keajaiban kasih sayang kurniaan Allah itu.

Ketika sapaan pada lain berbaur mesra.
Jatuh cinta lagi?
Ketika lembaranmu penuh teka teki.
Antara dua cinta?
Ketika aku diasak pujukan cinta lain.
Kenapa aku setia?
Ketika kau diam tika ku diam menjeruk rasa.
Tiadakah rindu dihati?
Ketika ku lihat kau galak berbicara disana.
Aku dibiarkan?
Ketika aku mahukan penjelasan.
Kau bosan?
Ketika iblis mendesak pelbagai hasutan. 
Istighfar tiap masa.



Kenapa harus berhenti?

Kerana aku akan bangkit kembali.
Kerana aku berharga buat diriku.

Kerana aku jujur dan setia pada cinta.
Kerana cinta ikhlas sejati perlu dicari.
Kerana perlu perbaiki diri sendiri.
Kerana kau bukan tidak baik.
Kerana mungkin bukan terbaik untuk diriku.
Kerana aku perlu teruskan hidup.
Kerana aku perlu pergi darimu.
Kerana aku perlu cari kekuatan diri.
Kerana aku perlu perbaiki jiwaku.
Kerana kau terlupa sayangiku.
Kerana kau terlupa hargaiku.
Kerana kau terlupa diriku.
Pulangkan saki baki hatiku. 
Kerana takkan kubiarkan kau buang ia.

Kerana semuanya akan kuberi pada pilihanNya.
Kerana aku dambakan Rahmat Allah s.w.t. hingga kesyurgaNya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails