Thursday, April 25, 2013

TEGURAN..




Pernah tak kena tegur ngan orang?

Bukan tegur kena ngorat neh...tapi teguran atas kesilapan kita.

Kalau teguran tu panas dan mantap...mau berasapp..

Kalau teguran tu berasas...pedass..

Kalau teguran tu sekadar membakar..baik tak payah 

Kalau teguran tu lembut ikhlas? 
Alhamdulillah....


Berapa ramai kawan yang sanggup tegur kawan ;

- yang ketiak @ mulut busuk?
- yang bercakap kasar dengan orang tua
- yang suka menunjuk-nunjuk harta kemewahan
- yang suka tunjuk pandai
- yang mulut longkang
- yang tak nak solat atau puasa
- yang suka pinjam duit/baju/lain-lain tapi tak pernah pulang
- yang cakap tak pakai otak
- yang pemalas
- yang buruk laku/buruk perangai/tak senonoh
- yang kaki maksiat
- yang macam-macam lagilah

Mesti tak ramai yang berani tegur kan. 
Sebab tak semua orang ada bakat atau kekuatan nak menegur orang yang rapat dengan dia

TAKUT PUTUS KAWAN
TAKUT DIBENCI
TAKUT KENA MAKI BALIK
TAKUT KENA SINDIR
TAKUT KENA PULAU
TAKUT KENA KUTUK BAJET BEST

Bukan mudah nak menegur. Lagi-lagi yang nak ditegur tu memang pantang ditegur....

KADANG-KADANG TERSALAH TAFSIR
KADANG-KADANG TAK KENA MASA
KADANG-KADANG TAK KENA TEMPAT
KADANG-KADANG TERSALAH NADA
KADANG-KADANG TERSALAH KATA
KADANG-KADANG DIA BUAT DERK AJE


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)


Yang penting tegurlah orang lain dengan berhemah dan dengan kasih-sayang.

Ketahuilah bahawa...menegur kearah kebaikan itu tanda kita disayangi..tanda kita diperhati. Bayangkan hidup tanpa ada yang memBeri nasihat dan teguran...seperti hidup sorang-sorang je kat muka bumi ni. 

PERLU FAHAM. BILA ADA YANG MENEGUR KITA...TEGURAN ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH..KEPADA KITA..MELALUI MANUSIA LAIN.

Jadi hargailah apa jua teguran..sama ada benar, salah, mengharukan, mahupun menyakitkan..



Tuesday, April 16, 2013

Cara-cara nak naikkan semangat di waktu pagi!

Ni benda wajib la akan berlaku kat setiap orang . Bukan setiap hari...tapi dalam seminggu atau sebulan tu mesti la ada. Ada orang kena "monday blues". Masuk Isnin je..mula la rasa lemah badan. Kalau tak Isnin, tengah2 minggu...atau nak masuk ujung minggu tu dah hilang dah semangat nak bekerja.

Siapa lagi yang nak kita harapkan menyuntik semangat ke dalam diri sendiri setiap pagi? Mestilah semangat tu perlu datang dari dalam diri kita sendiri. So...memandangkan diri ini pun selalu kena sindrom tak bermaya bangun pagi..kadang2 macam malas sangat2 nak pergi kerja...macam nak sambung tidur. So terjumpa la artikel ni yang sangat2 menarik dan amat berguna dan perlu dicuba.

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.


4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Oleh : Shukri Abdullah dari blog Motivasi, PakarHowto

Alhamdulillah....terima kasih Allah s.w.t kerana telah memberiku rezeki menemui, membaca, berkongsi artikel ini dan menyimpan tekad untuk sentiasa nak perbaiki diri yang lemah dan hina ini... Semoga kita semua akan peroleh semangat baru bersama-sama.

Sunday, April 14, 2013

Ketika kau terlupa..


Perkenalan yang tidak disengajakan. Bicara yang jujur dan manis. Percintaan yang indah. Kasih sayang yang ikhlas. Ambilberat yang tiada batas waktu. Perhubungan yang tiada restu. Kesetiaan yang berpanjangan. 5 tahun penantian. Harapan yang kian goyah. Kekuatan yang membuahkan restu.

Ketika aku bahagia... Kau tambahkan keceriaanku
Ketika aku berduka... Kau tadahkan telinga mendengar
Ketika aku kesusahan... Kau ikhlas tawarkan bantuan
Ketika aku negatif... Kau tunjukkan arah yang positif
Ketika aku bingung dan salah... Kau sedarkan aku lakukan yang benar
Ketika aku putus harapan dengan kita... Kau yakinkan aku takdir kita bersama


Ketika kita direstui... Aku yakin ini redhaNya
Ketika kau amat gembira... Aku bahagia sama
Ketika aku tanya bila... Kau hilang kata.
Ketika kau berdiam… Aku hilang punca.
Ketika sapaanku kau humban... Aku terdiam.
Dimana silapnya?


Kini kau telah lupa.

Ketika aku perjuangkan kita... Kau tidak tahu. 
Ketika aku membela dirimu dicerca... Kau tidak tahu.
Ketika aku keseorangan... Kau tidak tahu.
Ketika aku ditimpa musibah... Kau tidak tahu.
Ketika aku ketawa untuk hilangkan duka... Kau tidak tahu.
Ketika aku menitiskan air mata rindu... Kau tidak tahu.
Ketika aku sesak dambakan pujukanmu... Kau tidak tahu.
Ketika aku pujuk diriku teruskan rasa... Kau tidak tahu.
Ketika aku menadah tangan didingin malam... Kau tidak tahu.


Kemana hilangnya keajaiban kasih sayang kurniaan Allah itu.

Ketika sapaan pada lain berbaur mesra.
Jatuh cinta lagi?
Ketika lembaranmu penuh teka teki.
Antara dua cinta?
Ketika aku diasak pujukan cinta lain.
Kenapa aku setia?
Ketika kau diam tika ku diam menjeruk rasa.
Tiadakah rindu dihati?
Ketika ku lihat kau galak berbicara disana.
Aku dibiarkan?
Ketika aku mahukan penjelasan.
Kau bosan?
Ketika iblis mendesak pelbagai hasutan. 
Istighfar tiap masa.



Kenapa harus berhenti?

Kerana aku akan bangkit kembali.
Kerana aku berharga buat diriku.

Kerana aku jujur dan setia pada cinta.
Kerana cinta ikhlas sejati perlu dicari.
Kerana perlu perbaiki diri sendiri.
Kerana kau bukan tidak baik.
Kerana mungkin bukan terbaik untuk diriku.
Kerana aku perlu teruskan hidup.
Kerana aku perlu pergi darimu.
Kerana aku perlu cari kekuatan diri.
Kerana aku perlu perbaiki jiwaku.
Kerana kau terlupa sayangiku.
Kerana kau terlupa hargaiku.
Kerana kau terlupa diriku.
Pulangkan saki baki hatiku. 
Kerana takkan kubiarkan kau buang ia.

Kerana semuanya akan kuberi pada pilihanNya.
Kerana aku dambakan Rahmat Allah s.w.t. hingga kesyurgaNya.

Monday, May 7, 2012

Hadapi hidup

Ada masanya fikiran jadi kacau bilau. Nak luahkan kepada kawan-kawan...rasanya tak perlu. Kadang-kadang kalau selalu sangat ceritakan masalah pada "orang"..orang akan cepat bosan. 5 atau 10 kali sebulan..mungkin mereka boleh menjadi pendengar yang baik. Boleh bagi nasihat berguna..atau hanya sekadar nasihat tak berapa bernas. Yang paling ditakuti..masalah kita tu akan diceritakan pulak pada orang lain. Ataupun, diri kita akan dipandang "semacam".

Jalan terbaik mengadu kepada Pencipta kita.. Allah s.w.t. Allah sudi mendengar bila-bila masa sahaja. Tapi tiada jaminan bila Allah mahu masalah kita tu hilang. Itu hak Allah. Kepada yang tidak sabar..memang mereka tak puashati. Mesti nak jugak luahkan pada orang lain.

Kalau luahkan di facebook..people will know u. Malah satu dunia akan kenal kita. Berbeza dengan blog. Hanya orang2 tertentu je yang tau siapa kita. Kecuali kalau bog tu penuh dengan foto-foto tuannya..

Pendamkan? Tak guna simpan sampai berdarah bernanah. Bila sesuatu masalah tu disimpan, dipendam, diemosikan dalam diri...fikiran jadi tak stabil, tubuh akan jadi lemah. Selera makan boleh jadi bertambah-tambah...atau langsung tak berselera.

Owwhh..susah juga hidup ni. Tapi kalau mati lagi lah susah. Jadi perkara positif yang perlu dibuat ialah;

1. Jangan dikenang-kenang lagi peristiwa @ masalah yang lepas. Tanamkan sejarah lama, jangan cuba simpan @ gali lagi. Lupakan semuanya! What past is past!

2. Hadapi masakini. Hargai apa yang ada sekarang..hargai orang disekeliling kita sebelum dia pergi! Bersyukur! Sentiasa sedar apa yang sedang dibuat sekarang...live your life happily!

3. Fikirkan kehidupan lebih baik pada masa akan datang. Jangan terlalu risau benda-benda buruk, jangan membiarkan diri kita takut dengan masa depan. Jangan fikir lemah, kecelakaan, sakit, miskin, hinaan orang. Think of successfull life!

Tuesday, May 1, 2012

Tengahari tendang polis, Petang tangkap peserta

Harakahdaily, 30 Apr 2012

(Dua suasana yang berbeza antara tengahari dan petang....sekarang ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya agen provokasi ini)

KUALA LUMPUR: Ketika pimpinan PAS mempertegaskan ahlinya bersih dan berdisiplin, tulisan bekas Setiausaha Umno Bahagian, Zahrin Mohd Yasin bahawa sekurang-kurangnya 2,000 anggota polis memakai baju Bersih Sabtu lalu menarik perhatian ramai.

Dalam tulisannya Sabtu lalu, Zaharin atau Sang Kelembai itu menulis, "polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi."

"Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.

"Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini," kata beliau.

Apabila seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, "ramai itu."

Zaharin terus menulis, "Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih."

"Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini iut nyer," tambah Zaharin dalam tulisan itu.

Gambar-gambar mula tersebar kini tentang polis yang dikatakan menyamar itu.

Misalnya aksi seorang peserta perhimpunan membuat 'flying kit' ke atas seorang polis trafik.

Beliau juga didapati kemudiannya yang menangkap para peserta demonstrasi yang lain.

(Gambar siapakah ini yang menendang polis dengan gelang kuning di tangannya.  Gambar ini kini tersebar luas)

Ada dua tempat peranan agen 'provokasi' ini dikesan oleh orang ramai.

Pertama, siapa yang memulakan tindakan melempar kereta polis dengan botol air sehingga pemandunya hilang pertimbangan dan merempuh tiga orang di perkarangan pasaraya Sogo.

Yang kedua adalah tindakan memecahkan tembok penghalang yang dibina oleh DBKL mengelilingi Dataran Merdeka.

Siapakah mereka sehingga kini masih belum dapat dikesan dengan nyata.

Pihak penganjur Bersih 3.0 pula menuntut kerajaan membuat siasatan menyeluruh terhadap perhimpunan kali ini.

Peranan media tradisional yang dikuasai Umno dan BN juga mendapat kecaman dari pemerhati antarabangsa yang datang untuk membuat pemerhatian mereka terhadap perhimpunan kali ini.

Bercakap dalam sidang media mereka  semalam, Senator Nick Xenophon dari Australia berkata, "perhimpunan ini aman sehinggalah mereka diprovok."

Beliau juga mengkritik laporan dari TV yang jelas melaporkan secara sebelah pihak.

“Mainstream media berat sebelah dan tidak adil. Kami lihat lebih laporan Perdana Menteri Najib (Tun Razak) di Sabah dalam TV dari peristiwa yang lebih besar tentang rakyat Malaysia,” kata Xenophon.

Seorang lagi ahli dari pasukan 7-anggota itu,  India Times editor MJ Akbar, berkata peserta sebenarnya dalam mood berpesta.

“Orang ramai mempunyai masa yang cukup kalau mereka mahu bertindak ganas. Tetapi mereka berpesta sehinggalah berlakunya provokasi,” kata Akbar.

Friday, April 20, 2012

Khas untuk pasangan kekasih

Istimewa kepada yg bergelar kekasih hati..

...dr FB :Gua Rock, Gua Beriman"

Sunday, April 15, 2012

Syurga Dunia seorang VVVIP..

Harakahdaily,
12 Apr 2012

KUALA LUMPUR, 12 April: Kehidupan para menteri dan ahli keluarga mereka kini kembali mendapat perhatian awam apabila tertimbulnya kes yang melibatkan Mohamad Nedim (gambar), anak kepada Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.    

Reaksi alam maya terhadap laporan berita mengenai insiden tersebut, berdasarkan satu laporan polis daripada seorang pengawal yang mendakwa Nedim dan pengawal peribadi beliau telah mengasari beliau, telah menaikkan tahap kemarahan rakyat biasa terhadap sikap yang ditunjukkan di tempat awam oleh manusia yang bersikap seperti Nedim.

Dulu, berita yang mendapat kutukan awam begini sudah pasti memenuhi ruang utama akhbar-akhbar tempatan, seperti krisis perlembagaan pada tahun 1993, yang timbul akibat kes Sultan Johor dengan seorang jurulatih hoki, yang kedua-duanya sudah meninggal kini.


Kisah tersebut adalah pembuka kepada pindaan kontroversi mengurangkan immuniti raja-raja yang dinikmati dulu sehingga kini apabila berdepan dengan kes jenayah.



Dalam kes Nedim, kutukan awam terhadapnya yang boleh diperhatikan di alam maya bukan sahaja terhadap tingkah-lakunya.
 

Fokus insiden tersebut telah berubah daripada fakta kes mengasari pengawal kepada fakta Nedin pada usia yang begitu muda kini sudah memandu Porsche and mempunyai pengawal peribadi untuk mengawal beliau dalam MPV mewah.
 

Seseorang kini boleh memahami apa maksud kata-kata Ketua Umum PKR Datuk Anwar Ibrahim semasa beliau berkata bahawa PRU13 ialah perang antara kelas kaya dan miskin.


Nedim dan jadual padatnya

Harakahdaily telah menemui gambar-gambar Nedim dan rakan-rakannya di dalam laman web perkongsian gambar Lockerz, di mana orang awam boleh melihat personaliti beliau, dan lebih penting lagi, ia memberikan satu penjelasan bergambar terhadap jurang antara miskin-kaya yang kini sedang melanda rakyat Malaysia.


Daripada gambar “menyejukkan badan di tepi kolam renang”, melibatkan diri dalam konvoi kereta mewah, bercuti di Eropah dan makan mewah di restoran berbintang, Nedin ialah contoh paling sempurna kategori 1% rakyat Malaysia yang memiliki jumlah kekayaan 99% rakyat negara ini.


Sudah pasti, seseorang tidak akan melihat orang sedemikian mempunyai rungutan terhadap kenaikan kos kehidupan yang kini mewarnai debat politik di seluruh dunia.

Sudah pasti, seperti anak-anak kaya daripada pemimpin-pemimpin di Timur Tengah yang kecundang, dalam gambarnya juga menunjukkan sifat belas kasihan daripada orang kaya, di mana dalam kes Nedim, sekeping gambar beliau bersahur dengan anak yatim.
 

Pandangan politik beliau, rasanya tidak perlu dihuraikan kerana ia adalah secebis kain daripada baju yang sama.


Dalam satu mesej di Lockers, beliau memaparkan satu mesej Twitter, yang mengandungi nada Umno dalam mengejek nama Bersih: “Kepala hotak PKR,DAP and ambiga babi!”, dengan satu poster yang menyatakan perhimpunan Bersih adalah untuk kepentingan seorang peliwat.


Selain itu, beliau turut mempunyai bukti bergambar bahawa beliau ada menghadiri solat Tarawih ketika Ramadan, dan juga makanan kegemaran beliau, bubur ayam di dalam satu pinggang bersalut emas untuk sahur.

Pengerusi muda

Nedim, berdasarkan akaun Twitternya, ialah pengerusi syarikat Harrison (M) Berhad, selain seorang pengarah Charisma Positief, sebuah syarikat yang menjual kereta mewah terpakai.

(Nedim memperkenalkan dirinya dalam Twitter)
Jika tidak silap, Harrison yang dimaksudkan ialah syarikat yang laman webnya www.harrisons.com.my, syarikat yang bertapak di Sabah yang fokus perniagaannya di Timur Malaysia membuat “pemasaran, jualan, pergudangan dan pengedaran barangan pengguna bergerak pantas, bahan binaan, produk kejuruteraan dan bahan kimia pertanian; penghantaran dan pelancongan.”


Salah satu pelanggan Harrisons di bawah kategori barangan pengguna bergerak pantas (fast-moving consumer goods) ialah Asia Pacific Brewery yang membekalkan jenama minuman seperti Tiger Beer, Heineken, Anchor,Guinness, Anglia and Malta.


Selain itu, salah satu anak syarikat Harrison, Harrisons Marketing and Services Sdn Bhd telah ditubuhkan untuk bisnes khusus wine (arak) bertempat di Jalan 222, Petaling Jaya.


Jika situasi di mana para menteri terpaksa membuat pengistiharan harta, maklumat sebegini, sekiranya benar, akan membawa implikasi negatif pada Nazri daripada anaknya.
 

Ini jelas, kerana Nedim sememangnya tidak kisah dengan publisiti negatif yang diterimanya.


“Saya rasanya mudah menarik pembenci/media dan saya menikmati setiap saatnya,” tulis Nedim ketika memperkenalkan dirinya dalam Twitter.

Bersyukurlah kita tidak berada ditempatnya…kerana tarikan dunia itu sangat hebat bagi orang-orang yang tidak mahu berfikir tentang Penciptanya dan pengakhiran hidup di dunia.

Thursday, March 22, 2012

Doa ketika ambil wuduk

Berminat nak share perkara ni yg diambil dari facebook ..sebab kadang2 kita leka atau tak fikirkan apa2 pun ketika ambil wuduk. 
 
Sekurang2nya dengan panduan ini..hati kita tidak lalai bermula dari saat ambil wuduk sehinggalah tika menunaikan solat. Semoga solat akan lebih khusyuk dan diterima Allah s.w.t.
 
Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati..

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
 
 

Monday, March 19, 2012

Ubat Nyamuk

Dah try ubat nyamuk ni..memang berkesan la. Nyamuk dah tak kacau lagi.. ;)

Friday, December 23, 2011

Lagu Bruno Mars ni boleh menyesatkan umat Islam

Artikel ni dibaca & share dari facebook Kaki Masjid.


memang la sedap didengar lagu ni..tapi kadang2 kita tak perhatikan sangat lirik tu sebab hayati melodi je. Ni komen dari Kaki Masjid :


So..kawan2 semua marilah kita kaji dulu apa sebenarnya yang kita lagukan tu..mcm lagu2 Korea ke, Jepun ke..dll. Takut termurtad plak tanpa sedar. Lgi satu hati2la kalau tengok filem hindustan tu..banyak gak lagu2 dia sebenarnya lagu memuja tuhan mereka...



Tuesday, December 6, 2011

Takziah : Adik Kesayangan Khairul Fahmi Meninggal Dunia

Adik Kesayangan Apex Meninggal Dunia



Teks oleh Razif Rosdi
(razif_rosdi@astro.com.my)


KUALA LUMPUR, 5 DIS 2011: Sebaik saja penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 22, menjelaskan mungkin bakal bersara awal sekiranya pelbagai tohmahan negatif berterusan melanda dirinya, portal murai.com.my mendapat tahu musibah lain pula menimpanya.

Adik lelaki kepada penerima anugerah penjaga gol terbaik Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 itu, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12 tengah hari tadi.
Adiknya itu dilaporkan meninggal dunia di hospital akibat jangkitan kuman di bahagian otak.

Menurut sumber, remaja berusia 17 tahun itu tidak sempat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana telah berada dalam keadaan koma selepas ditahan dalam wad selama tiga minggu untuk menerima rawatan.

Sumber juga memberi tahu , sewaktu Apex menerima berita sedih ini, pemain bola sepak itu baru saja tiba di Kuala Lumpur untuk melaporkan diri selepas mendapat cuti selama lima hari dari skuad Olimpik.

Sebelum tiba di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, pagi tadi, Apex telahpun berada di Pulau Pinang semalam kerana terlibat dengan majlis anjuran Astro Arena.

Anak keempat daripada lima beradik itu sepatutnya menggunakan cutinya untuk bertemu adik kesayangannya di hospital.

Bagaimanapun, sebaik saja menerima berita sedih ini, Apex terus bergegas pulang ke Kelantan dan berkemungkinan terpaksa mengambil cuti kecemasan selama beberapa hari.

Namun begitu, Apex terpaksa bersiap sedia untuk berangkat ke Sydney, Australia pada 10 Disember ini untuk menjalani perlawanan persahabatan dengan kelab bola di sana dan akan bersama skuad Olimpik di sana selama dua minggu untuk menjalani latihan.

Takziah kepada beliau sekeluarga. Semoga tabah dan redha dengan ketentuan Allah. Marilah kita semua meningkatkan amal dan ibadat kepada Allah..sebelum ajal menjemput... 

Sunday, November 13, 2011

Makan Steak & Salad


Menu ni dinikmati @Las Vacas seminggu sebelum Raya Haji. Baru ada masa nak tempek kat sini... Fud ni memang best!

Steak ni kami kongsi berdua..mmg sedaplah! Daging tu lembut je..fuhhh..cedap3!
 
Daging gulung wif cheese ni (lupe lak nama dia) kami order 2 pinggan...aduihhh...letih gak nak perabiskan. Mebi kalau tak order steak tu yang ni tak cukup kalo sepinggan.



 Salad dengan daging turkey ni di order sebab tak taupun menu steak tu dah ade salad.. pape pun licin gak coz tapau :)

Ada rezeki & masa ke KL leh la singgah lagi kedai ni...tapi tobat taknak dah order banyak sangat..!

Thursday, November 3, 2011

Lafazkanlah..aku bukan psikik

Tiada genius yang boleh membaca hati manusia. Kita hanya boleh meneka..menilai..menuduh.. Tetapi hanya dia dan Allah s.w.t sahaja yang tahu isi hatinya.

Kita tak akan benar-benar tahu kereta dihadapan akan membelok ke kiri atau ke kanan, kalau dia tidak beri lampu signal. Kita hanya boleh mengagak. Tetapi kadang-kadang signal yang diberi itupun tak betul juga. Bagi signal kanan, dia masuk "lane" kiri. Jadi..kemalangan boleh tetap berlaku. Puncanya? Pemandu lain tidak pandai menyatakan keinginannya yang sebenar. Dia tidak pentingkan orang lain, hanya pentingkan diri sendiri. Tetapi jika berlaku kemalangan, dia sebenarnya membahayakan diri sendiri juga.

"Kenapa diam jer dari tadi? Tak sihat..?"
"Takde apelah."
"Cakap la..."
"Takde ape.."
Agakan 1: Dia sedang ada masalah
Agakan 2: Dia marahkan aku, aku ada buat salah 
Agakan 3:Dia takde mood
Agakan 4: Dia merajuk, minta dipujuk (tapi kalau tanya lagi nanti dia marah pulak?)

"Nak makan ape? I belikan"
"Takyah la"
"Tak lapar? Dah makan belom?"
"Takyah belikan la"
Agakan 1: Dia kenyang lagi, baru lepas makan
Agakan 2: Dia tak tahu nak makan apa, belikan apa2 jela
Agakan 3: Dia nak makan, tapi segan nak cakap
Agakan 4: Dia tak nak makanan kat situ, belikan pun dia tak akan makan

Kan susah jadinya pasangan anda kalau anda tak lafazkan apa di dalam hati tu? Kehendak hati kita orang lain tak boleh nak jangka. Tak akan boleh jangka dengan tepat. Walau dah 10 tahun kahwin pun.  Jadi jangan harapkan pasangan anda untuk buat apa yang minda anda sedang fikir.

Cuba tengok kanak-kanak 5 tahun:
"Sayang jom makan sikit nasi ni..?"
"Tak nak!"
"Alaa..makan sikit je.."

"Tak nak laa.. Jap lagi la, nak main"
"Ok..jap lagi k"

Kan jelas dan terang? Tak ada masalah sebab dua-dua pihak faham.

Mungkin "boring" bagi sesetengah orang sebab "straight forward". Tapi ia boleh selamatkan sebuah perhubungan. Adakalanya boleh berteka-teki, bermain-main dengan pasangan untuk menilai sejauh mana dia kenal kita. Ada masa yang sesuai, ada yang tak sesuai. Dan adakalanya, sesuatu perkara itu perlu diucapkan walaupun bukan selalu. Seperti, "i love you". Kerana dia perlu tahu. Kerana dia bukan psikik.

Tuesday, October 25, 2011

Bayi Dilahirkan Dengan 2 Muka



Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka. Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.

Bercakap kepada akhbar The Nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis. “Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.

Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan. “Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.

Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan. Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.

Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu. Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.

Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh. Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.

Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai. – Agensi
 
http://mynewshub.my/2011/10/25/bayi-dilahirkan-dengan-2-muka/

Sunday, October 16, 2011

Hantu Yong Tau Foo

Minggu lepas, 4 kali makan Yong Tau Foo. Dulu suka makan tanpa sup, sekarang gila sangat YTF with Soup. tak puas makan! Semangkuk besar pun leh habiskan sorang! So boleh la jadi hantu YTF.. :P

I'm so happy bila makan YTF, xpasti la kenapa..tp asik senyum je sambil makan. I enjoy it so much! Tak pernah la tahu cara yang betul masak tu, lagipun tak la susah sangat. Jadi buat2 je ikut suka, ikut selera & ikut apa yang ada. Sesiapa nak cuba ni boler jerr, no problem.. :)

Yong Tau Foo & Soup My STyle


Bahan2:
  • Tau Foo - pelbagai (ikut suka - ada dari isi ketam, udang, salmon, sayuran etc. Saya beli kat Giant yg ada tanda halal tu)
  • Isi Ayam (dada) - potong nipis2
  • Rempah 4 sekawan
  • Air
  • 1 inci Halia, 2 ulas Bawang Putih, 1 biji Bawang Besar (kecik)
  • Sayur2 - ikut suka la, saya suka letak kangkung @ brokoli @ baby tomato @ apa2 je yg ada
  • Dedaun sup
  • Kiub Maggi Pati Ayam 
  • Sos cili, sos tomato, sos tiram, liamu nipis

Cara2:
1. Masak air dalam periuk ( 1 1/2 liter atau ikut brp banyak tau foo yg ada)
2. Ketuk b. putih & halia, masukkan dalam periuk
3. Masukkan rempah 4 sekawan & kiub ayam & b. besar (potong 4)
4. Bila dah mendidih, tuangkan sup kedalam mangkuk (tinggal sikit utk rebus tau foo), ketepikan
5. Rebus semua tau foo tadi, mulakan dengan sayur2 (kalau masuk isi ikan @ ayam, masak dulu yang tu baru masuk tau foo)
6. Tos semua tau foo & masuk dalam mangkuk supTabur sikit daun sup, serbuk cili, serbuk lada hitam, lada putih atau tabur bwg goreng (ikut suka)
7. Sos YTF buat style simple je..tuang sos cili, sos tomato, sos tiram dalam mangkuk kecil & perah sos limau nipis. Gaulkan sebati & siap utk dinikmati

Next time..teringin nak try YTF with Tomyam Soup plak, insyaAllah...

Thursday, October 13, 2011

Budak pun tutup kepala macam Siti

Semalam merayau2 di Giant Kuantan, ternampak sorang budak tu mebi umur 12 -14 tahun rasenye. Sedih tengok cara dia berpakaian. Pakai skirt jeans bawah sikit dr paras lutut, pastu pakai "serkup kepala" sebijik gaya Dato' Siti Nurhaliza (DSN) kat dalam gambar neh. Kenapa la mak bapak dia biarkan anak pakai fesyen macam tu? Rambut pun terkeluar2, nampak tengkuk, tutup aurat ape mcm tu?

Takkan la belajar2 nak pakai tudung pun pakai camtu? Tu bukan tudung...., tu serkup kepala ala arwah nenek aku tu...dia pakai camtu pun time dok umah je. Kalo kua umah nenek aku pakai tudung penuh. Tak la serabai camtu.

Aku sampai sekarang tak paham. Kenapa manusia tak gunakan akal nak bezakan yang elok ngan tak elok? yang betul ngan salah? Yang cantik ngn hodoh? Takkan la semua artis pakai nak ikut pakai jugak. Abiz tu, kalau artis pakai baju kat dalam, bra kat luar pun nak ikut jugak ke? Kenapa plak takde lelaki yang pakai spender kat luar gaye Superman tu? Kenapa la orang pompuan ni senang sgt terpengaruh?

Dalam hal budak ni, mak bapak dia la yang harus dipersalahkan. Sepatutnya bapak dia tu lebih tegas mendidik dan mengajar anak. Budak tu mane la tau sangat nak beza apa yg halal, haram, dsbnya. Kecik lagi tu...buleh lagi nak dibentuk & dimarah.

Frust betul dengan DSN. Dia tak boleh lepas tangan macam ni. Memang la dia tak suruh orang ikut dia. Tapi dia sepatutnya lebih bijak berfikir yang semua tindak-tanduk dia akan jadi ikutan peminat dia yang fanatik atau jenis peminat yang kaki mengikut.

Semoga pemergian DSN menunaikan umrah lain kali akan dapat hidayah daripada Allah untuk menutup aurat sebenar2nya. Amiin.

Friday, October 7, 2011

Riak...musuh dalam selimut

RIAK sepatutnya menjadi salah satu penyakit yang paling ditakuti oleh seorang mukmin. Ia adalah penyakit yang boleh memakan diri sedikit demi sedikit, tanpa kita sedari. Riak mungkin boleh juga kita "terlepas pandang" sebagai KEYAKINAN DIRI.

Rasulullah s.a.w. sendiri sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhi diri daripada perbuatan riak melalui beberapa hadisnya. Antaranya, Rasulullah bersabda: "Awaslah kamu jangan mencampur adukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu." (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: "Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat, apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, itulah riak." (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi).

Mengerikan bukan? Kalau Rasulullah dah bimbang tentang sesuatu tu, maknanya it's a huge thing! Benda yg penting perlu dihindari! Dimurkai Allah!

Jadi, cubalah soal diri kita setiap kali buat sesuatu (amalan baik). Contohnya;

1. Bila kita kutip sampah dan buang dalam tong sampah ditengah khalayak, adakah terdetik dalam hati kita;
    a) harapnya ada  orang yg pandang
    b) harapnya aku jadi contoh yg baik kepada org lain
    c) semoga Allah rahmati aku & amalanku

2. Bila kita hulurkan sedekah kepada fakir miskin (ketika berjalan2 di pasar malam cthnya), adakah kita;
    a) berharap ada yg pandang perbuatan kita tu & memuji2 kebaikan kita 
        walaupun dalam hati
     b) merasa yang kita ni seorang yang baik hati & tidak kedekut
     c) tidak mengharapkan apa2 pun drpd manusia lain, hanya redha Allah

3. Ketika memberi ceramah, motivasi atau nasihat, kita;
    a) berharap orang akan kagum dengan kebijaksanaan, ilmu & kepetahan 
        kita berkata2
    b) merasa senang hati yang kita lebih berilmu berbanding orang lain
    c) bersyukur kpd Allah dan melihat diri sebagai guru untuk membantu org
       lain yang memerlukan

4. Selepas buat sesuatu yang baik, contohnya menolong orang; bagi pinjam duit, tolong ajar, menderma dan sebagainya;
    a) hati tak tenang kalau tak ceritakan kepada orang perbuatan baik kita tu
    b) rasa "kembang hidung" sepanjang hari
    c) hanya mahu redha Allah & diterima amalan tu


Jika jawapan kita (b), banyakkan beristighfar. Dengan istighfar, kita akan "membunuh" syaitan yang telah masuk kedalam hati kita. Sifat (b) adalah sifat bangga diri tanpa disedari. Ia boleh membawa kepada sifat riak. 

Tapi kalau yg pertama timbul dalam hati ialah jawapan (a)...kita dalam bahaya. Itulah sifat riak. Jadi banyakkan beristighfar, bertaubat dan pohon ampun drp Allah. 

Alhamdulillah..kalau semua jawapan kita adalah (c). Bersyukur dan teruskan dijalan yang betul.
 
Iblis dan syaitan itu sifatnya takkabur dan riak. Bisikan syaitan tu akan sentiasa menyelinap masuk ke dalam hati kerana mahu menyesatkan manusia. 
  • kalau bilal yang azan; dia bisikkan dalam hati agar merasa kagum dengan kelunakan suaranya (bangga dgn suara yg merdu, suka bila dipuji2)
  • kalau doktor yang cekap; dia bisikkan merasa bangga dapat menyelamat nyawa seseorang (mahu org berterima kasih & hormat)
  • kalau punya wajah yang elok; dia bisikkan merasa lebih hebat berbanding org lain (berjalan dgn sombong & bongkak, marah bila tidak dipuji)
  • kalau ada harta yg banyak; dia bisikkan rasa org lain tidak penting berbanding dirinya yg kaya-raya (berasa diri besar & perlu dihormati)
  • kalau rajin beribadat; dia bisikkan ilmu & amalan kita lebih banyak berbanding org lain, suka kalau orang lihat (memandang hina/rendah kpd org lain secara sedar/tak sedar)
Menurut Prof. Dr. Muhaya Mohamed (pakar bedah mata & motivator), kalau nak kenal diri kita ikhlas atau riak, setiap perbuatan tu kita tanya, adakah kita HARAPKAN PENGHARGAAN MANUSIA atau REDHA ALLAH? 

Kalau kita sering harapkan perhargaan manusia, mahu dipuji2 baik, mahu dipandang tinggi oleh manusia, kita bukan ikhlas dalam perbuatan, tetapi seorang yang riak tanpa kita sedari. Tapi kalau kita hanya mahu Allah nampak & nilai, kita seorang yg ikhlas.
Menurut beliau lagi, kalau mahu elak daripada riak, kita mesti SEMBUNYIKAN PERBUATAN YANG BAIK itu seperti kita MENYEMBUNYIKAN PERBUATAN JAHAT dari diketahui orang ramai. 

Pada saya, kalau mahu mengelak dari berlakunya riak; BAYANGKAN PAHALA YANG KITA BUAT ITU AKAN LEBUR SETIAP KALI KITA BERITAHU ORANG PERBUATAN BAIK KITA.  Sesungguhnya manusia tak perlu tahu, sebab yang memberi "markah" adalah Allah.


Sama2lah kita berusaha menyelamatkan diri dari menjadi manusia yang riak & dibenci Allah. Sentiasa ingat, Allah itu Maha Besar berbanding seluruh isi alam ini. Kita hanyalah hamba yg kerdil. Umpama seekor semut yg dilemparkan ke lautan yg luas.







Wednesday, October 5, 2011

Linguine Pasta

Tonite's dinner. Nipis tapi mengenyangkan. 
Linguine dengan daging kisar.

.

Monday, October 3, 2011

Lagi kes bayi dicampak dari tingkap!

bukan baby ni..gambar hiasan jerr
Bila tengok foto baby ni...aku tak faham kenapa perempuan yang melahirkan seorang bayi tu sanggup campak bayi yang dia baru lahirkan tu? Walaupun baby tu tak la secantik yang dalam foto ni..tapi jangan la buat kerja macam syaitan tu.. (nama lagi bayi baru lahir, mana la nak ada muka tembam,cute2 lagi...kecut2 je kulit dia lagi..)

Kalau rasa malu sekalipun, takut orang lain tahu, jangan la sampai membunuh darah daging sendiri plak.. Lagi la bertambah2 ramai org tahu! Jangan la kejam sangat pegi campak,buang.... Banyak lagi cara lain. Bagi jela kat org2 yang nak sangat anak tu...Pastu bertobat la..jangan dibuat lagi kerja macam tu.

Nauzubillah terjadi pada aku, keluarga & sahabat2 aku...

Tapi setiap bayi yang lahir tu Allah dah letakkan lapisan aura positif yang sangat tebal/kuat...jadi orang yang pandang pasti akan jatuh kasih, sayang, kesian, nak jaga, geram nak cium, nak belai...dan sebagainya. Sebab tu sesiapa yang takde rasa ni bila pandang bayi, dia ni orang yang jauh dari rahmat Allah. Dia orang yang hatinya gelap, kotor, busuk dan hina!

Namun kerana Allah s.w.t. itu sifatnya amat Pengasih, Penyayang dan Maha Pengampun...jadi sebesar manapun dosa yang telah dilakukan, pasti Allah ampunkan jika mahu bertaubat. 


Mayat bayi cukup sifat ditemui di dalam longkang flat

03/10/2011 11:19am




KUALA LUMPUR 3 Okt. – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi cukup sifat di dalam longkang di Flat Taman Selayang, di sini hari ini.

Difahamkan, bayi itu dicampak dari tingkat dua di flat berkenaan sebelum ditemui oleh orang awam yang melalui jalan tersebut kira-kira pukul 7 pagi. – Utusan

Lagi berita2 bayi kena campak : 
Bayi dicampak dari Flat tingkat 5

Seronok benorr ye dia main campak2 je makhluk ciptaan Allah..siap le nanti dia plak kena campak ke kawah api neraka! Nauzubillah....
.
.
.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails