Saturday, October 16, 2010

5 Tips Kewangan dari Irfan Khairi

Berikut adalah antara 5 tip kewangan TOP di facebook saya (berdasarkan LIKES) ;) :
Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit ;)
PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak.
KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. “HARTA” tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPUTUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.”
Sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akal bukan?
Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang …adalah amat-amat penting dalam hidup!

Klip Video Karaoke Tahajjud Cinta (versi Aku)

Sejak 2 hari lepas jadi syahdu lak dengar lagu ni... Liriknya sangat menyentuh jiwa kalo tgh dok sorang2 tu dibantu dgn ..., suara & penghayatan Siti..mmg betul2 best.

Wednesday, October 13, 2010

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris"Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri…." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:


BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…"

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas."Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…" Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..

Source: Feryco.com

Wednesday, October 6, 2010

Piza Roti Gardenia

Malam ni memang malas nak kua ke mana2. Si Musyuk plak dari timur ke barat dia bermusafir...so mmg xde mood nak kua jalan2 cari makan. Masak jela apa2 yg ade...sekurang2nye xla membazir.

Apelagi..ade saki-baki roti gardenia, terus google "roti piza". So with mixture of few websites...omputih & malay, came out this very3 simple recipe.

Sesape nk try moh lerr..

Bahan2 (yg mane ade)..
4 keping roti gardenia (white)
1 ketul sosej daging Ramly (potong nipis ala2 pepperoni beef tu)
sedikit tuna sandwich spread (perabis je ape yg ade)
2 keping keju cheesdale
hirisan nipis bawang besar & cili merah
(kalo ade capsicum lg best, cili benggala)
sos cili & sos tomato
serbuk lada hitam
parsley flakes (ni je ade, patutnye oregano)

Cara2 very simple..
1. Susun roti tu dalam bekas pembakar tu
2. Sapukan sos cili & sos tomato atas tu (resepi asal sos piza @ sos spagheti)
3. Taburkan/susun topping mcm dlm gambar: hirisan bwg besar, sosej (kalu ade crab stick, mushroom lg best!), tuna (letak kt 2 keping roti je, 2 keping lg sosej je), keju yg di koyak2, serbuk lada hitam & parsley last
4. Masuk microwave, bakar 5 minit pd suhu 2/3 max level
5. Siap, boh lam pinggan

 Tak la gempaq mane pn..hehe..tp hepi sgguh bila cubaan pertama menjadi. Risau gak kang hangus ke keras sgt ke roti tu.



Sempoi je ni, cepat siap..cepat abiz. Rase dia mcm piza...betul punya! Budak darjah 1 pun buleh buat ni..hmm...nti kalo angin malas dtg bule buat lg...

Wednesday, September 22, 2010

Prince Arab Saudi antara jemputan Dr. SMS



Dr SMS Undang Prince Arab Saudi Ke Weddingnya?


21 SEPT 2010..murai.com melaporkan
Murai Batu ada terbaca yang angkasawan negara kita, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor (Dr SMS), 38, bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunang tercintanya, Dr Halina Yunos, 30, pada 10 Oktober 2010 ini. Wah, pandai dia pilih tarikh, 10.10.10 tu!
Dengar kata lagi, majlis itu akan diadakan secara gilang gemilang di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan yang lebih gempak lagi, Dr SMS akan turut menjemput 100 angkasawan dari seluruh dunia untuk meraikan hari bersejarah beliau itu.
Sebaik saja terbaca berita ini, terus Murai Batu terbayangkan agaknya Dr SMS ni nak buat tema angkasa lepas kot untuk majlis perkahwinannya itu. Mesti semua tetamu yang hadir berpakaian ala-ala cam dalam citer Star Wars. Risau pulak , macam manalah Murai Batu nak cari baju Obi Wan Kenobi seandainya dijemput nanti.

Tapi rupa-rupanya bukan, tema majlis itu nanti adalah "Pahlawan Melayu di Istana Kayangan". Alhamdulillah nampaknya ada usaha dari Dr SMS untuk cuba mengangkat budaya dan martabat masyarakat Melayu untuk ditonjolkan pada tetamu-tetamu antarabangsa pada malam itu nanti.

Tak cukup dengan segala kejutan itu, Dr SMS turut menjemput Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Sultan Salman. Aduh, ini bukan dah bukan calang-calang punya majlis ini. Dr SMS turut memberitahu media yang surat jemputan telah pun dihantar dan kebanyakan mereka sudah mengesahkan kehadiran pada majlis itu.
Pasangan Dr SMS dan Dr Halina akan melangsungkan pernikahan pada waktu pagi di Masjid Tuanku Mizal Zainal Abidin Putrajaya yang terbuka kepada umum dan orang ramai sekali lagi dijemput menghadiri majlis resepsi pada sebelah malamnya di PICC. Pasangan ini juga akan mengenakan beberapa persalinan dari Putra Cosry untuk kedua-dua majlis itu.

Terus-terang Murai Batu cakap, sepanjang Murai Batu baca artikel tentang perkahwinan Dr SMS ini, ternganga luas mulut Murai Batu. Dari tetamu angkasawan hingga ke putera raja, ditambah pulak dengan temanya yang dengar saja dah sememangnya gah. Hebat dan gemilang betul majlis itu nanti ye dan bajetnya sudah tentu besar! Apa-apa pun, Murai Batu nak wish awal-awal, semoga berbahagia ke anak cucu buat Dr SMS dan Dr Halina.

Tak sabar pulak nak tengok perkahwinan ni secara live di TV...

Monday, September 20, 2010

Jutawan Sosilawati Ditipu Pekerja


Kesian Datuk Sosilawati ni... tapi xpelah, ditipu di dunia, balasan utk mereka pasti di akhirat. Ikuti berita dr murai.com ni...

Jutawan Sosilawati Ditipu Pekerja Kesayangannya?


20 SEPTEMBER 2010: Murai Batu pasti ramai sehingga kini masih tidak boleh menerima kenyataan bagaimana kejamnya cara kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang menjadi mangsa penipuan peguam di Banting bulan lalu. Apatah lagi kini sedikit demi sedikit kegiatan orang yang tidak bertanggungjawab itu mula terbongkar dan didedahkan kepada umum.

Terbaru Murai Batu dapat tahu lagi, selain menjadi mangsa penipuan peguam terbabit, Sosilawati juga khabarnya telah ditipu bulat-bulat oleh seorang lagi bekas pekerjanya yang bersikap tidak amanah apabila menggelapkan wang syarikatnya sejak lima tahun lalu.

Apa yang mengejutkan Murai Batu, wang yang disonglap oleh pekerjanya dari syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd itu bukan setakat ribuan ringgit malah mencecah sehingga jutaan ringgit.

Oleh kerana terlalu mempercayai pekerjanya itu, penipuan licik yang dilakukan pekerjanya hanya diketahui Sosilawati pada pertengahan ramadan lalu. Itupun setelah jutawan kosmetik berkenaan mula curiga terhadap sebahagian daripada jumlah keuntungan yang sepatutnya diperoleh hasil jualan produk kosmetik syarikatnya.

Murai Batu bangga dengan sikap tenang dan professionalisme Sosilawati ini kerana menurut sumber yang Murai Batu dengar walaupun penyelewengan itu sudah pun terbongkar dan terbukti, namun beliau tetap tidak membuat laporan polis sebaliknya terus mengemas kini buku kira-kira syarikatnya itu.

Lebih teruk lagi, apabila bekas pekerja berkenaan dengan rasa tidak bersalahnya kini turut tampil dengan produk penjagaan wajah jenama terbaru bagi menyaingi perniagaan kosmetik Sosilawati itu .
Murai Batu memang benci dan geram dengan sikap orang-orang yang suka mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain seperti Sosilawati ini. Apa-apa pun bagi pihak murai.com.my, Murai Batu ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Sosilawati dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails