Kesian Datuk Sosilawati ni... tapi xpelah, ditipu di dunia, balasan utk mereka pasti di akhirat. Ikuti berita dr murai.com ni...
Jutawan Sosilawati Ditipu Pekerja Kesayangannya?
20 SEPTEMBER 2010: Murai Batu pasti ramai sehingga kini masih tidak boleh menerima kenyataan bagaimana kejamnya cara kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang menjadi mangsa penipuan peguam di Banting bulan lalu. Apatah lagi kini sedikit demi sedikit kegiatan orang yang tidak bertanggungjawab itu mula terbongkar dan didedahkan kepada umum.
Terbaru Murai Batu dapat tahu lagi, selain menjadi mangsa penipuan peguam terbabit, Sosilawati juga khabarnya telah ditipu bulat-bulat oleh seorang lagi bekas pekerjanya yang bersikap tidak amanah apabila menggelapkan wang syarikatnya sejak lima tahun lalu.
Apa yang mengejutkan Murai Batu, wang yang disonglap oleh pekerjanya dari syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd itu bukan setakat ribuan ringgit malah mencecah sehingga jutaan ringgit.
Oleh kerana terlalu mempercayai pekerjanya itu, penipuan licik yang dilakukan pekerjanya hanya diketahui Sosilawati pada pertengahan ramadan lalu. Itupun setelah jutawan kosmetik berkenaan mula curiga terhadap sebahagian daripada jumlah keuntungan yang sepatutnya diperoleh hasil jualan produk kosmetik syarikatnya.
Murai Batu bangga dengan sikap tenang dan professionalisme Sosilawati ini kerana menurut sumber yang Murai Batu dengar walaupun penyelewengan itu sudah pun terbongkar dan terbukti, namun beliau tetap tidak membuat laporan polis sebaliknya terus mengemas kini buku kira-kira syarikatnya itu.
Lebih teruk lagi, apabila bekas pekerja berkenaan dengan rasa tidak bersalahnya kini turut tampil dengan produk penjagaan wajah jenama terbaru bagi menyaingi perniagaan kosmetik Sosilawati itu .
Murai Batu memang benci dan geram dengan sikap orang-orang yang suka mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain seperti Sosilawati ini. Apa-apa pun bagi pihak murai.com.my, Murai Batu ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Sosilawati dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Murai Batu memang benci dan geram dengan sikap orang-orang yang suka mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain seperti Sosilawati ini. Apa-apa pun bagi pihak murai.com.my, Murai Batu ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Sosilawati dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment