Monday, May 9, 2011

Al-Quran, kain ela tidak hangus



KUALA KRAI - Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.
Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.

Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.

Zamri yang bergegas pulang dari Perak memberitahu, kedua-dua naskhah kitab suci tersebut disimpan dalam kotak dan kain itu pula dilipat bersebelahan dengan kotak berkenaan di dalam sebuah almari.

"Saya hairan kerana almari tersebut dan barang-barang lain di dalamnya semua hangus tetapi dua naskhah al-Quran itu dan kain ela arwah isteri saya tidak terbakar,'' cerita Zamri ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Dia membeli kedua- dua naskhah al-Quran itu semasa bertugas di Lebanon pada tahun 2009.
Lima helai kain ela itu dibeli oleh Rafidah di Kota Bharu dua minggu lalu dan disimpan dalam almari tersebut tanpa dibungkus.

Mengenang kembali kejadian itu, Zamri memberitahu, arwah mungkin sukar meloloskan diri melalui tingkap itu disebabkan dia bertubuh besar dengan berat badan kira-kira 85 kilogram.

Sumber : Kosmo

Friday, May 6, 2011

BB 10 April - 10 Mei 2011

Akan kuguna setiap gigabyte, megabyte & kilobyte dari maxis broadband ni hingga ketitisan kilobyte yg terakhirrr!!!



...pada jam 10.34pm...




...at 12.25am.. dah reach balance 340mb tu...nasib baik leh sambung ngn Digi bb...




..hmm...kalo maxis caj jugak extra use data...dah ade bukti utk komplen.. huhu

Saturday, April 30, 2011

Membalut Aurat!

Dapat emel ni..sharing2 here.





Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-

Thursday, April 28, 2011

Lagi Bayi Dibuang, macam sampah & dalam plastik sampah hitam!

Malam2 baru buleh baca newspaper online. Siang hari mane sempat. Bengang betul hari2 ade je makhluk jantan&betina jahat yang buang bayi yang baru lahir. Bayi tu tidak berdaya, ketakutan, kesejukan, terdedah kepada bahaya & yang paling penting tidak berdosa!!! Betul2 dah kembali ke zaman Jahilliyah! 

Masyarakat kena sama2 membanteras gejala hina ni. Jangan nanti bila Tuhan dah turunkan bala baru la pakat2 nak menadah tangan memohon doa!

GEORGETOWN: Hanya beralaskan kain dan dibungkus dengan plastik hitam, seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah pokok di Jalan Satu, Changkat Miden di Gelugor, pagi semalam.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui jam 7 pagi oleh orang ramai yang kebetulan berjoging di kawasan berkenaan.
Saksi, T Satyadevi, 69, berkata, ketika itu dia berada dalam rumah kakaknya tidak jauh dari kawasan berkenaan sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi itu selepas terdengar tangisan bayi.

Menurutnya, dia yang bergegas ke kawasan itu diminta membuka bungkusan berkenaan.

Katanya, dia terkejut apabila mendapati seorang bayi lelaki yang comel masih bertali pusat dalam bungkusan berkenaan dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

“Saya bersyukur kerana bayi comel ini ditemui hidup walaupun masih dalam keadaan bertali pusat serta tidak digigit anjing atau serangga berbisa lain,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan bayi lelaki yang masih bernyawa dan sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi penemuan.

Menurutnya, bayi lelaki yang masih
belum diketahui bangsanya itu akan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, pihaknya masih lagi menyiasat untuk mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab meninggalkannya di kawasan berkenaan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan
atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822.
 Sumber: Harian Metro

“Kalau manusia ikut hukum Allah..pastinya perkara tidak berperikemanusiaan ini boleh dielakkan. Aku betul2 bengang dengan pemerintah sekarang. Sibuk sangat dengan video seks, sampai masyarakat tua, muda sampai la ke warga emas tau ikut nafsu seks je! Iman tolak ke tepi!  ”





Hantu TV

Baru sampai 2GB dah buat hal maxis broadband neh! Hee...geramnyerr. Patut ke aku beli iPhone 4? Org kedai tu cakap line bband akn lebih lajuuu! Tp dah takdak budget..arrghh, bowink2!

Ntah ler.. Mlm ni mmg bosan. Xde keje menda nak buat. Bukak tv tengok Fox citer The Good Guys pun xder la best sangat anak Tom Hanks neh lakon. Hidup dah xceria lepas Castle dah xder. The Kardashians pun dok ulang citer sama. Xder banyak pekdah pun tengok citer tu. 

Tv1 plak Forum Perdana versi politik. Mana tetamu jemputan dari kalangan ulamaknyerr??? Pulak tu speaking English?? Whatt?? Orang xreti @ paham omputih nak paham camne? Tv2 filem cina. Bosan. Kalo citer kungfu jetli tu best jgk. 

Tengok 119 lah, Semanis Kurma. Tak minat sangat ustaz ustazah ni dok ber"yang2", "ling2" dalam tv.. Tapi dah ok la cket dr dulu. Dah tak menonjol sangat macam dulu. Kadang2, boleh hilang "magisnya" bila selalu sangat dipertontonkan di khalayak. Just an opinion. 

Uff...tajuk kali ni, Perigi Mencari Timba. Rugi plak xtengok dari awal. Kelakar plak.

Anyway, aku happy betul Isabella, budak pompuan jugak yang akhirnya jadi Juara rancangan Junior Masterchef Australia. Ramai sangat kaum lelaki yg cakap tukang masak lelaki lebih best dari pompuan. Akhirnya Isabella yg umur 12 tahun tu dah buktikan mereka salah. Pompuan pun best jgk!

Ok, stick to Semanis Kurma sampai abis.












Sunday, April 24, 2011

Garlic Buttered Prawns with Tomato and Coriander

Orait, final Junior Masterchef Australia dah start! 8pm now!!

Sempat amik resepi ni dari website Masterchef Australia. One fine day...nak ke dapur & try it! Sempoi jerr resepi dia.

 Ingredients

  80g Western Star Butter 
  3 cloves garlic, crushed 
  500g green prawns, peeled and deveined 
  1 small red chilli, finely sliced (optional) 
  2 tomatoes, finely chopped 
  finely grated rind and juice of 1 lime 
  1/2 cup torn coriander leaves

Serves: 6 as an entree or tapas style dish
Preparation Time: 15 minutes
Cooking Time: 5 minutes

1. Melt butter in a large frypan over medium-high heat until foamy, add garlic, chilli, and prawns cook tossing for 2 minutes until almost cooked through.

2. Add tomatoes, lime juice and zest and coriander, cook, tossing for 1 minute.

3. Serve prawns immediately in the pan with fresh bread or tortillas and let guests help themselves.

Hints:
As the prawns will be served in the frypan, use a decorative frypan or stove-proof dish to cook the prawns in. Alternatively transfer the prawns to a warm serving dish. 
Ask for pre-peeled and deveined green prawns from your local fish monger or supermarket.


This recipe is provided care of this sponsor and is not an official MasterChef Australia recipe.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails