Tuesday, December 8, 2009

Bilakah Masanya Untuk Bersyukur?

Terlalu banyak sebenarnya yg patut kita syukuri dalam hidup ini. Bagi yang Muslim, semestinya rahmat terbesar bg kita ialah menjadi umat Islam sama ada dilahirkan Islam ataupun memeluk agama suci ini.

Bermula dari bangun dari tidur, kita harus bersyukur masih belum diambil nyawa ini dan masih ada peluang untuk kita memohon keampunan drp Allah s.w.t. atas dosa2 yang tak terkira banyaknya ini. Bersyukur masih boleh menghirup oksigen ini dengan percuma (sama ada kita sembahyang subuh ataupun tidak..menunjukkan betapa kasihnya Allah kepada kita). Bayangkanlah..kalaulah setiap manusia yang gagal menunaikan sembahyang subuh akan bangkit dari tidur dengan keadaan tidak mendapat bekalan oksigen..dengan tercungap2, dengan sesak nafas..keesokan harinya pasti tiada manusia yang tidak memeluk Islam dan tiada yang meninggalkan solat langsung.

Bangunnya kita disambut senyuman mesra hilaian tawa anak2, atau isteri, atau suami...tempat bermesra, berkasih sayang...bersyukurlah..Bersyukurlah walaupun punya suami yang tidak pernah tahu meletakkan pakaian kotor ke dalam bakul pakaian..atau tidak pandai mencari kain buruk buat menyapu kotoran yang dibuatnya...tidak romantik lagak Romeo yang menghadiahkanmu dengan sekuntum ros merah walaupun 6 bulan sekali..sekurang-kurangnya kita punya suami. Jangan lupa segala kebaikannya, pengorbanannya...kebajikan yang dibuatnya. Suami juga manusia biasa..bukan "Superman" yang boleh selesaikan segala masalah sekelip mata.

Bersyukurlah walau punya isteri berbadan agak gempal (maklumlah anak dah masuk 3..cubalah faham sikit), kekok untuk bergaya, masih dengan T-Shirt lusuh dan seluar longgarnya, mungkin tidak seramping dan secantik isteri "Brad Pit" si Angelina Jolie tu..sekurang-kurangnya dia menjaga makan minum kita, anak-anak, uruskan rumahtangga dan bermacam2 tugasan lain dari dulu hingga kini. Kasihanilah isteri2 kita..terlalu banyak pengorbanan dan kasih sayang telah dicurahkan. Bersyukurlah...sekurang-kurangnya kita ada seorang isteri.

Bagaimana dengan nasib orang yang masih belum bertemu jodoh? Pernahkah kita terfikir jika berada di tempat mereka? Segala-galanya dilakukan sendiri. Bergembira beramai-ramai di restoran, bergosip dan ketawa di tempat kerja, menjadi permaisuri di shopping complex....tapi pulangnya ke rumah sendirian. Bersyukurlah jika kita hidup 'berdua'. Pandanglah pada insan lain yang tidak  sebaik nasibmu. Segala-galanya ditakdirkan Allah. Masih keseorangan tanpa teman? Bersyukurlah..sekurang-kurangnya masih punya ibu dan bapa yang menyayangimu dan mengambilberat. Yatim piatu? Bersyukurlah..sekurang-kurangnya masih ada saudara-mara & kawan2 tempat bermanja. Bagaimana dengan nasib anak yatim piatu yang masih kecil dan kesorangan di dalam dunia yang luas ini? Di dera pula? Nasib anak2 mangsa peperangan seperti di Iraq? Afghanistan?  Palestine? Malam2 mereka ditemani mimpi2 ngeri, siang mereka ditemani trauma..bersyukurlah..kita pastinya punya kehidupan yang lebih baik. 

Kita punya kenderaan untuk ke tempat kerja, atau punya motosikal, atau basikal, atau punya 2 kaki yang masih gagah berjalan mencari rezeki...masihkan tidak bersyukur? Janganlah mengeluh jika terpaksa menaiki bas awam yang busuk dan rosak penghawa dinginnya..kerana mungkin pada masa akan datang, kita pula yang memandang insan lain di pondok bas sambil kita memandu sebuah kereta berhawa dingin yang selesa. Pada tika itu, janganlah lupa untuk mengucapkan syukur. Kehidupan ini pasti ada turun dan naiknya. Hari ini kita berada dalam sebuah pejabat sebesar rumah kos rendah, mungkin esoknya kita mengutip sampah-sarap di kaki lima demi mengalas perut yang lapar. Hari ini kita dipandang sebelah mata, mungkin suatu hari nanti semuanya akan datang menyembah dan meminta pertolongan kita pula. Bersyukurlah...Allah pastinya telah takdirkan pengakhiran terbaik untuk kita.

Bangun tidur..berjalan atas bumi Allah..makan dari rezeki Allah..menghirup udara Allah..menggunakan anggota badan dan pancaindera milik Allah...menggunakan akal milik Allah untuk bekerja...menggunakan segala harta benda dan peralatan hasil ciptaan/rekaan drp sedikit ilmu yang Allah beri kepada manusia...memanfaatkan sumber matahari milik Allah yang menerangi alam di siang hari...

Ya Allah..masih terlalu banyak dan tidak terhitung nikmat yang Engkau berikan..namun aku dan umat manusia masih belum bersyukur sepenuhnya. Manusia masih lupa mengucapkan syukur walaupun sekali sehari, manusia lupa sujud padaMu, manusia lupa meletakkanMu di dalam hati dan membawa Mu ke mana saja pergi...manusia tidak takut padaMu...manusia suka dan gemar melakukan yang Engkau larang...manusia sukakan rasuah, arak, zina, bunuh-membunuh....manusia begitu angkuh dan sombong dengan sedikit kelebihan yang Engkau berikan...kecantikan yang Kau kurniakan, kepandaian yang disuntikkan, kekayaan yang Kau berikan.....manusia tidak rasa memerlukan petunjukMu..tidak memerlukan agama...manusia mensyirikkan Mu...ada juga manusia yang membenci, mengeji dan mengutukMu...

Tetapi Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...melebihi segala-galanya.dan tidak terbayangkan oleh kita betapa besarnya kasih Allah sebagai Pencipta...melebihi kasih ibu pada anaknya..lebih-lebih lagi melebihi kasih sang teruna kepada sang dara pujaan yang pastinya tidak kekal lama. Allah masih memberi kita peluang bertaubat, memperbetulkan kesilapan kita..sehinggalah ke hujung nyawa. Jadi gunakan sebaik-baiknya setiap hari yang mendatang..jangan sombong untuk menadah dua tangan memohon keampunan...tidak ada manusia yang mampu lari dari melakukan dosa dan kesalahan...yang penting, kembalilah ke pangkal jalan.

Jadi Bilakah Masanya Untuk Bersyukur? Setiap saat, setiap masa, setiap degupan jantung, setiap nafas...selagi mampu ingat-mengingati sesama Muslim..jangan berhenti berpesan2 untuk saling bersyukur kehadrat Allah. InsyaAllah...





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails