Sambungan dr yg 1st, ip man masih lagi jd miskin lepas penjajahan Jepun dlu, kali ni dia jd miskin melarat smpai nk beli mkn pn xder duit. sewa rumah tertunggak berbulan2. So dia amik keputusan bukak kelas belajar kungfu.
Yg best tgok hubungan dorang la suami isteri, sgt berkompromi, bertimbang rasa & hormat-menghormati. Isteri dia yg cun tu bcakap sopan santun kt suami, suami pun sama xpernah melenting kat isteri & selalu tolong wife dia. Very nice la couple ni..mmg seronok tgk dorang ank beranak. Ip man dapat baby baru dlm filem ni.
W/pun tidak disenangi konco2 lain pd mulanya, last skali Ip Man menjadi teman rapat Sifu Hung (Sammo Hung), ketua sifu2 kungfu (& cina terkaya) kt situ kerana sikap Ip Man yg sentiasa merendah diri & hormat pd org lain.
Dalam cite neh, peninju british tu (Twister) hina kungfu org2 cina. Lepas dikecam oleh newpaper tempatan, puak omputih mintak maaf. Tp Twister ckp hanya akn mintak maaf kalo ade org cina yg dpt kalahkan tinju dia. So, Ip Man la yg volunteer nk lawan.
Aksi2 pertarungan byk sgt yg best2, masa mula2 ngn anak murid dia, masa nak selamatkn anak murid dia dr geng2 Sifu Hung kat pasar ikan, masa lawan ngn sifu2 lain atas meja bulat, masa last lawan ngan peninju British yg eksyen & berlagak tu..mcm xnak berkelip je tengok cite neh!!!
Ip Man berkungfu xdela kua ape2 bunyi/suara pn mcm ank murid dia Bruce Lee. Dia bukak langkah & berlawan secara "relax & cool" jea..lebih byk memerhati gerak lawan supaya senang nk tewaskan. Lgpun bila lawan dgn keadaan tertekan, musuh mudah kalahkan kte. Mmg tabik arr ngn ip man!
Harap akan ade filem aksi melayu sebagus ni nanti!
Kaki wayang don't miss this movie, berbaloi. 5 star!
No comments:
Post a Comment