Kenapa ada orang, lidah dia kaler putih, ade yg merah cantik & ade yg kuning2 gtu...? Betul ke lidah :
PUTIH = LIDAH XSIHAT & BANYAK BAKTERIA??
MERAH = LIDAH SIHAT & BERSIH?
KUNING = BYK MAKAN GULA2 LEMON?
Bila lidah aku jd kaler putih (biasenye lepas makan & minum mnuman bersusu), aku perasan mulut jd sedikit berbau. So aku cepat2 akan berkumur (kalo xde kt rumah) @ terus berus GIGI & LIDAH kalau dirumah. Hasilnya, lidah terus jd merah & cantik. Terasa segar & senang hati!
Kenapa ade yg mulut berbau? Ade orang tu, dia buka mulut cket je pun kte dh xtahan dgn bau yg kua tu...sampai terpaksa menahan nafas dlm seminit. Tapi kenapa dia boleh bercakap macam biasa je dgn orang lain?? Adakah dia xperasan dgn bau itu, sebab telah sebati dgn jiwanya.. @pun adakah dia memang xprihatin dgn org2 yg berinteraksi dgn dia??
Menurut satu artikel yg dikeluarkan pada tahun 2006, Prof. Dr. Rahimah Abdul Kadir, Dekan Fakulti Pergigian & Profesor Pergigian Pencegahan, dari Pusat perubatan Universiti Malaya, w/pun gigi kerap diberus & flos pun digunakan, ini masih belum cukup kerana kebanyakan bakteria sgt gemar BERSEMBUNYI pada LIDAH kita.
Menurut beliau lagi, "Lidah kita ibarat permaidani tebal yg penuh dgn bakteria yg berkeliaran & berkampung di atas permukaan, dicelah2 rekahan & lurah lidah dan membentuk lapisan keputih-putihan, atau plak.
Kekurangan oksigen menyebabkan bakteria anaerobik membiak & membentuk lebih banyak plak, dan memberi ruang selanjutnya untuk pembiakan & lebih banyak sebatiaan penyebab bau busuk terlepas dgn setiap nafas."
~ JADI BETUL LA, LIDAH KALER PUTIH adalah salah satu faktor utama punca NAFAS BERBAU ~ Selama ni ingatkan punca dari USUS yg xsihat jea...
"Bakteria / kuman lama tersorok yg tidak dibuang menerusi penjagaan oral harian seperti bakteria pada lidah boleh menjadi berbahaya & menghasilkan toksin.
Toksin ini menyebabkan radang dan pemusnahan tisu gusi atau penyakit periodontal yg boleh mengakibatkan penyusutan gigi dan seringkali kehilangan gigi."
Menurut artikel Berita Harian bertarih 22 April 2010 pula, kajian mendapati, teknik memberus gigi terutama pada bahagian lidah boleh mengurangkan sehingga 70% nafas berbau!!!
Jadi jom la kita pakat2 MEMBERUS LIDAH skali ketika memberus gigi,gusi & dinding mulut dgn cara yg betul. Kalo boleh, berus sampai ke bahagian pangkal lidah tu biar hilang segala bakteria.
Berus lidah pakai ape? "Scrapper" lidah yg boleh didapati di farmasi2, watson & shopping mall.
Berus gigi pun banyak sgt yg sediakan "pemberus lidah" dibelakangnya. Lepas rutin biasa gosok gigi tu, terbalikkan je berus gigi tu, berus la lidah tu...bukan lama pun. Kalau nak lebih jimat, gunakan je sudu plastik..xde masalah.
Beruslah lidah sentiasa....agar kita tampil lebih yakin & disenangi ramai...dan lebih dihargai oleh org tersayang.
No comments:
Post a Comment