Friday, September 30, 2011

You jump, they also jump

Hari Jumaat memang best untuk kaum wanita. Sebab waktu rehat tu best boleh keluar makan atau jalan2 window shopping dengan kawan2 perempuan. Masa plak lebih lama daripada hari2 lain.

Tapi yang tak bestnye, mata ni "sakit" bila lihat pemandangan yang tak seswai & tak macho. Masuk je sebuah kedai makan yang agak femes dengan lauk-pauk kampungnye especially IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK tadi....kite tengok rata2 pelanggannya ialah kaum lelaki! Kalau ada 20 meja kat situ (tak sempat mengira plak), setiap meja mesti ade sekurang2nya 1 orang lelaki. Maknanya, kat kdai makan tu saja ada paling kurang 19 orang lelaki (sebab meja kite takde lelaki) tak solat Jumaat!

Dah 2 kali azan berkumandang pun, semua buat muka tak bersalah. Yang datang dengan kawan2 ada, dengan gelfren ade, dengan anak isteri ada, bapak yang dengan mak, anak lelaki & anak perempuan pun ada! Sungguh menyedihkan... Tu belum lagi tengok kat shopping2 complex.

Musafir tu boleh dimaafkan lagi. Tapi..kalau dah dengar azan tu sekuat2 dan sejelas2nye dari kedai makan tu, sepatutnye pergi la tunaikan Solat Jumaat di masjid. Berapa langkah je jarak dari kedai makan tu. Bukannya sedang dalam perjalanan ditengah2 hutan atau gunung pun.

Yang bukan musafir pulak, sepatutnya tunaikanlah tanggungjawab kepada Allah. Jangan nanti, disebabkan akhlak kita yang tak baik pada hari ni, akan jadi ikutan kepada anak2 lelaki pula. jangan nanti anak2 perempuan kita pun akan cari jodoh yang sama macam perangai kita pulak... You jump, they will also jump.

Kalau menteri panggil ke pejabat pukul 9 pagi, agaknya 7.30 pagi dah ada depan pintu. Tapi bila Allah yang panggil, macam tak ada makna je.. Bukan dilambat2kan lagi, malahan buat derrkkk je. Jangan nanti Allah s.w.t buat derrkk je kat kita di akhirat nanti.Nauzubillah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails