Saturday, October 1, 2011

‘Sajian’ berahi

Oleh Muhd Izawan Baharin, Mior Azlan Kamarulbaid 
dan Syanty Octavia Amry
am@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Sebuah warung di Jalan Ampang di sini mempunyai rahsia tersendiri untuk menarik pelanggan apabila ‘menghidangkan’ aksi berunsur ghairah dua penyanyi karaoke dipercayai wanita warga Indonesia pada setiap malam.

Warung yang terletak kurang 30 meter dari pencawang elektrik itu hanya menawarkan makanan dan minuman biasa, namun ‘gelek berahi’ dua penyanyi terbabit membuatkan ia sering dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu.

Pemantauan Harian Metro selama dua malam berturut-turut mendapati sebahagian besar pengunjung seolah-olah sukar menghabiskan segelas teh akibat terpukau tarian ghairah dua ‘artis residen’ warung itu melalui nyanyian lagu dangdut mereka.

Warung terbabit menyediakan pentas ringkas bagi kemudahan pelanggan yang mahu berkaraoke, tetapi persembahan dua penyanyi dangdut itu sentiasa ditunggu pelanggan.


Dua penyanyi berusia 20-an mendendangkan tiga hingga empat lagu dangdut dengan tarian gelek mengghairahkan sebelum berehat beberapa minit untuk memberi peluang kepada pengunjung berkaraoke sebelum menyambung persembahan mereka sehingga awal pagi.


Soalnya; 
1. Apakah agama tauke "warung jahanam" tu?
2. Kenapa ramai sangat lelaki di Malaysia ni yang "bodoh" & rela diperbodohkan?
3. Apakah tindakan pihak berkuasa selepas ini jika berita ini adalah benar?
4. Bagaimanakah caranya untuk membanteras gejala merosakkan moral ini?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails