Sunday, May 29, 2011

Pertemuan indah ~ Sham (Kamikaze)



JIKA golongan wanita bersubang, bergelang dan memakai rantai emas dihiasi intan berlian, Sham Kamikaze, 35, pun apa kurangnya. Perhiasannya penuh satu kotak. Di pentas pula bergaya dengan kemeja-T gambar tengkorak dan kehebatannya memetik gitar menjadi pujaan ramai gadis.
Namun apabila hidayah tiba, Sham atau nama penuhnya Shamril Mohamed Salleh dengan rela hati sanggup meninggalkan semua itu. Segala-galanya datang tanpa dirancang.

Hampir dua bulan lalu, Sham mengajak rakannya memandu hala ke utara tanah air sambil berazam untuk berhenti solat setiap waktu di masjid yang mereka temui.




Dalam perjalanan itu ketika bersolat di Masjid Alwi, Kangar, Perlis, dia terserempak dengan Imam Satu, Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As Sudais dan bersalam dengannya.

Sedangkan mereka yang mengerjakan umrah atau haji di Makkah pun susah hendak bertemunya, apatah lagi untuk berjabat tangannya.


Sesungguhnya pertemuan yang tidak disangka itu meniupkan angin perubahan pada dirinya, langsung Sham meninggalkan segala perkara yang menjadi kebanggaannya di dunia selama ini.



Dengan wajah berseri dan perkataan syukur tidak lekang di bibir, Sham menceritakan segala yang dirasainya kini kepada wartawan SELEBRITI, NOR AKMAR SAMUDIN.

ZAMAN jahil saya dulu, hendak solat pun terasa berat kaki tangan. Kalau ‘buat’ pun mesti lambat. Sudah dekat hampir masuk waktu Asar, baru saya solat Zuhur dan sebaik habis, berkumandang pula azan Asar.





Dalam hati merungut, ‘alamak, baru solat Zuhur, dah nak solat Asar pula?’ Kadangkala bila dengar azan pun masih buat tak tahu. Rasa macam tak ada makna apa-apa.

Namun sejak mendapat hidayah Allah SWT, rasa tak sabar menunggu azan. Saya bersiap awal ke masjid sebelum kedengaran azan. Terasa damainya hati apabila kita ikhlas beribadah kerana-Nya.


Saya memanjatkan kesyukuran tidak terhingga kepada Ilahi kerana memberikan hidayah pada usia masih muda dan mendapat petunjuk dalam keadaan saya masih sihat dan senang.


Kebanyakan yang kita dengar, ada yang baru sedar apabila dihimpit kesusahan. Daripada pengalaman saya, jika Allah SWT hendak memberi petunjuk, Dia tidak kira siapa, di mana dan berapa usianya.


Kalau diingatkan zaman jahil dulu, apa yang saya tak buat. Orang muda yang ingin mencuba segala-galanya. Kalau bab berfesyen, usah ceritalah. Aksesori saya mengalahkan wanita, saya pakai anting-anting, gelang dan rantai.


Bukan anting-anting biasa, tetapi anting-anting berlian yang harganya mencecah ribuan ringgit. Siap ada tempat khas untuk menyimpan semua perhiasan itu.


Dalam bab berpakaian pula, terutama kalau buat show, kemeja-T bergambar tengkorak menjadi pilihan. Agaknya orang alim yang tengok saya pakai baju itu mengucap sakan dan berdoa semoga saya berubah.


Bila solat Jumaat, saya tanggalkan anting-anting tetapi saya melakukannya bukan kerana Allah SWT tetapi kerana malu pada orang. Sekarang saya suruh isteri (Farazali Abdul Jabar, 29) beri perhiasan itu pada orang tanpa sedikit pun rasa rugi. Bukan tak tahu orang lelaki haram memakai barang kemas, tetapi waktu itu manalah saya kisah.


Dengan perubahan ini, saya mahu menjalani kehidupan seharian dengan mencontohi cara hidup Rasulullah SAW. Sabda baginda: “Hidupkan aku dalam keadaan fakir dan matikan aku dalam keadaan fakir.” Namun bukan pula kita tidak boleh mencari harta, namun harta diperoleh itu hendaklah digunakan pada jalan benar, seperti bersedekah.


Saya sangat bersyukur kerana sejak menceburi bidang seni, rezeki saya tidak pernah putus. Tak perlu saya cari kerja, duduk di rumah saja menanti panggilan telefon. Saya sudah puas merasai nikmat dunia dan tiba masa saya hidup dalam keadaan sederhana.


Bagaimanapun, sejak dulu saya tidak masalah untuk bersedekah kerana ia diajar emak ayah dan saya suka buat kerja kebajikan. Dalam banyak amalan, bersedekah adalah yang paling senang di mana kita senyum pada orang pun, sudah dikira sedekah. Hebatnya amalan bersedekah ini.


Orang paling gembira bila saya berubah adalah isteri dan emak saya. Isteri saya kata: ‘Syukur, Allah SWT sudah makbulkan doa saya’. Isteri saya dulu penyanyi latar dan dia dapat hidayah lebih awal. Setiap waktu dia mengingatkan saya untuk bersolat dan jawapan yang selalu saya bagi, ‘nantilah dulu’.


Bayangkan betapa sukarnya seorang isteri untuk membimbing suaminya kerana dia ketua keluarga. Kalau cakap lebih-lebih nanti, takut suami naik angin.


Hikmah lain, kawan saya bertambah ramai. Tak kira apapun bangsa kawan saya, mereka gembira dengan cara hidup saya sekarang.


Kalau dulu di Facebook, ada lebih kurang 5,000 peminat, sekarang hampir 12,000 orang. Ada yang kata, dia mula minat saya sejak saya berubah. Ada ramai orang baik di luar sana yang mahu mendalami dan mendekati Islam.


Pun begitu, pada awal perubahan itu, dugaan paling hebat apabila hendak bangun solat Subuh. Terasa beratnya kelopak mata kerana saya selalu berjaga hingga jam dua tiga pagi. Sekarang, loceng jam belum berbunyi, saya dah terjaga.


Mula-mula itu sakit kepala dibuatnya kerana tak cukup tidur, tetapi sekarang dah biasa. Hidayah itu tidak boleh dicari tetapi ia datang sendiri.


Kini, apapun yang saya lakukan kerana Allah SWT. Saya mula bermain muzik pada 1993 dan sekarang saya lebih suka bekerja di belakang tabir. Tiada lagi terkinja-kinja di pentas. Melangkah saja ke persembahan pentas atau konsert, dosa sudah menunggu kerana melihat aurat wanita tidak bertudung dan berpakaian seksi.


Dulu, kalau saya memandu di sekitar Jalan Bukit Bintang, mata meliar memerhatikan wanita pelbagai bangsa yang lalu-lalang. Berjalan dengan isteri, tangan kiri menggenggam erat tangannya tetapi mata masih menjeling gadis di seberang sana.


Sekarang isteri saya senang hati melepaskan saya pergi ke manapun. Cukuplah, zaman itu sudah berlalu. Setiap orang pasti melakukan kesilapan dan moga Allah SWT mengampunkan dosa saya.


Bagaimanapun, yang mana projek dipersetujui sebelum saya berubah, saya akan selesaikan. Malam tadi saya muncul di konsert mingguan Akademi Fantasia 9 sebagai juri kerana janji yang dibuat sudah lama.


Saya masih bermain muzik, namun cukuplah di belakang tabir dan sedia bekerjasama dengan mana-mana kumpulan nasyid di negara ini. Jika mereka mengadakan persembahan bercorak Islamik, saya sudi bekerjasama.


Saya memakai ketayap atau bersongkok serta berjubah, bukan untuk menunjuk-nunjuk pada orang tetapi sebagai peringatan buat diri sendiri.


Mengingatkan ketayap di kepala sekali gus menghalang saya untuk melakukan perkara tidak baik. Jalan pun lebih banyak tunduk untuk menjaga pandangan. Melihatkan jubah putih tersarung di badan menyekat langkah saya kembali ke jalan lama.


Saya betul-betul bertaubat dan mudah-mudahan Allah SWT tetapkan hati saya berada di jalan yang ditetapkan-Nya sehingga ke akhir hayat saya.


Doa saya setiap hari: “Ya Allah, jangan kau bolak-balikkan hati ku selepas Engkau berikan hidayah.” Untuk menambah ilmu agama yang masih cetek, saya pergi kuliah agama, mendengar ceramah, membaca buku, kitab, mendalami al-Quran dan memahami tafsirannya. Saya pun tidak mahu berubah secara ekstrem, biarlah perlahan-lahan.


Ada yang panggil saya berceramah tetapi ilmu yang ada belum sampai ke tahap itu. Kalau hendak bercerita macam mana saya mendapat hidayah, itu boleh. Sabda Rasulullah SAW: “Manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali orang yang beriman.” Menurut seorang ustaz, kalau kita mahu menambah ibadah, tengoklah ahli ibadah yang hebat. Namun dalam bab urusan dunia, tengoklah orang yang lebih teruk daripada kita supaya kita menjadi lebih baik daripadanya.


Dalam dunia ini, perkara paling berat yang manusia hendak buat ialah beriman dengan qada dan qadar. Kita kena percaya, semua perkara terjadi atas izin-Nya.


Waktu baru berubah, depan isteri dan seorang pelajar saya, tiba-tiba gitar kesayangan saya terjatuh. Mereka terdiam kerana takut saya naik hantu kerana dulu kalau barang kesayangan saya rosak atau hilang, siaplah, berasap satu badan.


Namun kali ini dengan tenang saya mengangkat gitar tanpa rasa marah kerana saya anggap ia qada dan qadar daripada Allah SWT. Dah jatuh, saya hendak buat macam mana. Semua perkara terjadi atas kehendak-Nya.


Kita sudah rasai semua nikmat dunia tetapi kita tak ingat Tuhan. Hidup saya sekarang sangat bermakna kerana dapat mendekati Allah SWT.


Sebagai hamba-Nya yang serba kekurangan, kita mesti tamak mencari pahala Allah SWT, bukan mengutamakan harta dunia. Kalau Rasulullah SAW yang maksum itu bertaubat 70 kali sehari, siapalah kita hamba yang hina ini.


Takut dan gerunlah dengan azab Allah, insya-Allah kita akan selamat. Selalu minta pada-Nya, hendaklah kita mati dalam Islam, dalam keadaan berwuduk dan dapat mengucap dua kalimah syahadah.


Firman Allah SAW, “Dan kamu tidak mampu menempuh jalan itu kecuali dikehendaki Allah.”




Jangan risau bila tiada jodoh

Apa itu cinta?


"Cinta itu ialah bila 2 hati menjadi 1. Tetapi cinta tidak semestinya berakhir dijinjang pelamin"..kata seorang ustaz dalam ceramah.


Cinta ialah untuk memberi ketenangan hati & kesenangan kepada pasangan kita. Kesenangan yang dimaksudkan ialah lapang dada dengan kehidupan yang dilalui bersama... Bukan membiarkan orang yang dicinta hidup susah..dibenci keluarga bila cinta tidak direstui..selalu dalam berdukacita.


"Aku akan pertahankan dirimu bila kau dicerca oleh sesiapa saja.."
"Sampai bila?"
"Selama aku masih hidup"
"Selepas kau tiada?"
"Aku tahu kau tabah..."
"Bagaimana jika kau sudah tak lagi mencintaiku..siapa akan membela nasibku?"
"Itu tak mungkin berlaku"
"Hari ini kau kasih padaku. Esok belum tentu.."


Ramai yang salah anggap, percintaan mesti berakhir dengan perkahwinan.


Namun cinta manusia boleh berubah-ubah mengikut masa & emosi. Cinta manusia berakhir bila mati. Cinta Allah kekal selamanya. Jadi mahu utamakan cinta kepada manusia atau cinta kepada Allah?


Jodoh belum sampai? Berdoalah..


Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”


Pesan Rasulullah, org yg nak dijadikan suami/isteri mestilah ada 2 ciri berikut:
1. Baik Agamanya (berilmu - ada ilmu agama)
2. Baik Akhlaknya (beramal dengan ilmu tersebut - perangai pun bagus)


Sabda Baginda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar." (Hadis Riwayat Imam At-Tirmizi)


Tapi bagaimana pula kalau mati tanpa sempat berkahwin? 


Allah mencipta setiap makhluk itu berpasang-pasangan. Tiada apa yang nak dirisaukan.


"Jika meninggal dunia sebelum bertemu jodoh...kita akan dijodohkan Allah diakhirat nanti dengan pasangan yang juga tidak bertemu jodoh didunia"  demikian kata ustaz tersebut lagi.


Dan jodoh pilihan Allah itulah yang terbaik untuk kita, kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya.


.
.
.

Dah takde minuman lain selain ‘Bir'?


JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.
Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

Ini ar bir yg kunun halal tu..tak pernah kukenal
“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.


Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.


Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.


“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.


“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.


Ntah ler... Kalo dah tau ada alkohol tu, tak payah la terikut2 nak minum. Walaupun tak memabukkan. Walaupun 0.0001%. Kalo was2, rasa semacam, takyah ler shushah2 nak togok air tu. Banyak lagi minuman lain yang lebih sedap untuk dinikmati. Jus buah-buahan ke. Blender sendiri. 100% halal! 1000x lagi sodappp!

myMetro | ‘Bir halal’ jadi haram

Friday, May 27, 2011

Takpuas hati ngan Nurkasih

Walaupun dah lama tayang, walaupun ini antara filem Melayu yg tak menghampakan, tapi hati ni masih tak puas dgn Nurkasih the Movie.

1) Lakonan hero utama, Remy Ishak tak best!
- sebutan dia tak jelas, ntah hapa2 dia mumbling, kalo org batuk seblah terus xdgr
- muka tak banyak ekspresi (muka keras mcm la suntik botox! cehh!)
- mmg tenggalam dgn kehebatan lakonan Fizz Fairuz & Tiz Zaqyah

2) Ustaz shuib cakap tu betul (tul kot nama dia neh)
- ustaz tu taknak bagi ceramah kpd budak2 bermasalah dlm kelas Adam kt Chow Kit tu, alasan dia lelaki pompuan bercampur gaul, yg ppuan tak pakai tudung
- betul la tu...mana keberkatannya majlis ilmu tu kalau yg ppuan tak menutup aurat? Malaikat mana yg nak ikut serta dgn mereka? Ustaz yg pandang rambut bdk2 tu pun akan dapat dosa
- tp Adam cakap ustaz tu berfikiran sempit, cuma nak berdakwah kat org2 yg dah ada kesedaran. Bukan mcm tu, kalo dah tau nak jemput ustaz, sediakan la tudung ekpress bagi dorang pakai masa kelas tu..itupun takleh pikir ke Kabir Bhatia & penulis skrip?

3) Ending hampeh
- tak paham kenapa nur tu tak kenal anak2 sedara & anak dia sendiri? Adam tu meninggal time dah tua sangat dah. Takkan la lepas hasben meninggal dia terus nyanyuk? Kalau Adam meninggal umur 40an tu logik la jugak. Lagipun Nur takla sakit tua takleh bangun ke apa.. selalunya macam tu baru dtg nyayuk
4) Bukan filem yang Islamik sangat 
- masih banyak kelemahan & tidak memaparkan keindahan Islam dari sudut kecintaan yang paling agung hanyalah kepada Allah
- cinta pada manusia tu yang kedua (tp dalam filem ni tak menunjukkan keredhaan manusia bila Allah nak ambil semula nyawa makhluknya)

Itu jela yg tak puashati.

- pelakon pembantu yg best ~ adik Ilyas (jadi anak Aidil) & mamat (budak bermasalah)

Saturday, May 21, 2011

Kuew Teow Kungfu Simple, Best!

Habis idea nak masak ape mlm neh. Tetiba teringat ade beli kuew teow yg ade cop "halal" tu 2 hari lepas...terus teringin nak makan style "kungfu" yg biase beli kat kedai sbb xreti masak. Tak  pernah pun masak neh, dasat sungguh kehidupanku..

Apa2 pn TQ & credit to Hanis @MyResepi utk resepi simple & best neh! Sesape nak try masakan simple neh boleh ler cuba utk bekpes pagi esok kerr, heheh..

Patutnya k.teow tu "bersatu" tp yg neh hancur cket..mebi sbb xcukup telur

Resepi saya dah ubahsuai ikut stok yg ada tapi masih meniru style Hanis yg best neh:
Bahan2 yang digoreng:
1/2 bungkus kuew teow (utk makan sorang)
1 biji telur gred A (resepi asal 2 biji telur)
Sedikit garam, black pepper, serbuk lada putih
Sedikit minyak
Cara Sediakan Mi:
1. Pecah telur dalam mangkuk + sikit garam + b/pepper + lada putih = pukul telur tu
2. Masukkan kuew teow & gaul sebati
3. Panaskan sikit minyak & goreng bahan tadi (leper2kan dalam kuali ~ sy tuang kicap cket)
4. Dah garing sikit balikkan ~ angkat, letak dlm pinggan/mangkuk

Bahan2 Kuah Kungfu (panggil kuah kot):
Bawang putih 3 ulas~ketuk ngn pisau (resepi asal 2 ulas, tp sy giler suke bwg neh)
Sayur putik jagung & daun salad (resepi asal letak carrot dll)
Stok Seafood - sotong, udang dll (sy cuma ada sotong) 
Sos Ikan brand Knife (resepi asal sos tiram ~ sy dah abiz)
1 sudu besar tepung jagung + 1 cawan air (utk pekatkan kuah)
B/pepper, Cili padi (ikut suke), daun sup

Cara Sediakan (sedikit berbeza dgn cara resepi asal @MyResepi)
1. Tumis sikit minyak, pastu masukkan b.putih td
2. Masuk sotong yg dh kerat2 tadi
3. Pastu masukkan campuran tepung jagung ~ gaul sampai nmpak pekat
4. Campakkan putik jagung, cili padi, sos ikan & daun parsli (sy xmasuk garam lgsg sbb sos ikan dah cukup masin)
5. Angkat, tuang kuah atas kuew teow tadi ~ taburkn black pepper & white pepper

Memang resepi neh simple, best & terangkat!!!









Wednesday, May 18, 2011

Senang je nak kalahkan Iblis

Yes, senang je nak kalahkan iblis kalau tahu caranya.


Adam dan manusia diciptakan Allah dalam sebaik baiknya kejadian, kerana dia terdiri dari jasmani dan rohani (roh, akal, hati dan nafsu), sehingga ia menjadi suatu makhluk yang beradab dan berkebudayaan, terus maju tidak beku.

Adam dan keturunannya diciptakan Allah untuk menjadi Khalifah (penguasa atau pengatur) di bumi, sebagaimana Allah menciptakan Malaikat sebagai Khalifah di langit.

Kerana menyedari akan kedudukan dan kemuliaan Adam, para Malaikat dapat mengerti akan perintah Allah untuk menghormati Adam. Mereka lalu menjawab: "Baiklah, ya Tuhan kami. Kami dengar dan kami taati segala perintahMu."

Allah lalu menciptakan Adam dari tanah dengan tanganNya sendiri. Berbentuk seperti bentuk kita manusia sekarang ini. Iaitu berkepala, berbadan, bertangan dan berkaki. Lalu Allah hembuskan roh kepadanya, sehingga Adam menjadi hidup.

Adam menggerakkan kedua tangan dan kakinya, lalu ia bersin (batuk), sehingga bergerak sekujur badannya, terbuka kedua matanya, bergerak jantung dan paru parunya. Sekaligus ketika Adam membuka kedua matanya, melihat seluruh alam di sekitarnya, timbullah pengertian dan kesedaran, dan dengan pengertian dan kesedaran itu, dia mengucap: Alhamdulillahi Rabbil Alamin (Segala pujian bagi Allah yang mengatur seluruh alam).

Para Malaikat kagum sekagum kagumnya melihat dan mendengar ucapan pertama yang keluar dari mulut Adam. Satu ucapan yang berisi pengertian dan kesedaran tertinggi. Pengertian dan kesedaran bahawa alam ini seluruhnya diciptakan dan diatur oleh Allah, sebab itu Allah selamanya harus selalu disanjung dan dipuji.

Para Malaikat serentak menjawab ucapan Adam: "Yarhamukallahu, ya Adam." Ertinya: Allah selalu menumpahkan rahmatNya kepada engkau, ya Adam, dan selamatlah. Para Malaikat lalu beratur mengelilingi Adam, lalu sujud dan menghormati kepada Adam, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada mereka. Hanya Iblis yang tak mahu sujud dan tidak mahu menghormati Adam. Dia tetap berdiri dan membangkang dengan sombongnya, tidak mahu menjalankan apa yang diperintahkan Allah.

Allah lalu berkata kepada Iblis itu: "Bukankah engkau juga makhluk ciptaanKu, yang juga harus tunduk dan menjalankan perintahKu? Tetapi kenapa engkau tidak sujud dan tidak memberi hormat terhadap Adam sebagaimana Aku perintahkan?"

Iblis menjawab: "Engkau ciptakan aku dari api dan Adam dari tanah. Api lebih mulia dari tanah. Itu bererti yang aku lebih mulia dari Adam. Maka tidak sepatutnyalah aku sujud dan hormat terhadap Adam itu."

Mendengar bantahan Iblis itu, Tuhan menjadi marah, lalu berkata kepada Iblis: "Tempat ini (Syurga) bukan tempat orang yang menyanggah terhadap Aku. Sekarang juga, engkau harus keluar dari sini."

Sesudah keluar dan terusir dari Syurga, Iblis kembali menyanggah dan berkata kepada Allah: "Ya, Tuhan! Engkau usir aku dari Syurga ini kerana Adam. Aku bersumpah, bahawa aku dengan semuaanak keturunanku akan memusuhi Adam dan semua anak dan keturunannya buat selama lamanya. Mereka akan aku sesatkan. Mereka akan aku celakakan. Aku akan ajak dan anjurkan kepada mereka untuk berbuat keburukan dan kerosakan di dalam dunia ini nanti, agar kehidupan mereka selamanya susah dan kacau bilau belaka."


Mendengar ancaman Iblis itu, Allah lalu berkata: "Untuk menghindarkan tipu daya mu itu, kepada manusia akan Aku beri suatu senjata yang ampuh, ialah akal. Akal itu akan Aku bimbing dengan petunjuk petunjuk (agama), Manusia yang tetap mempergunakan akal dan menurut petunjuk petunjukKu tidak akan dapat engkau sesatkan dan perdayakan. Dengan akal itu, mereka akan dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Dengan tuntunan petunjukKu, akal mereka akan mempunyai daya berfikir yang benar. Sesiapa yang tak menggunakan akal dan tidak menurut petunjukKu, tentu dapat engkau goda dan sesatkan. Ini akan dipertanggung jawabkan di hadapanKu nanti dihari kemudian (Akhirat).

Mendengar keterangan Allah itu, Iblis terdiam. Tetapi hatinya makin mendongkol, irihati dan dengkinya terhadap manusia bertambah memuncak.

Iblis berpaling kepada Adam. Mata dan seluruh perhatiannya sekarang ini ditujukannya kepada Adam. Dia ingin tahu di mana letak kelemahan kelemahan jasmani dan rohani manusia. Adam dipelajarinya dari segala segi. Akhirnya Iblis berkesimpulan bahawa manusia itu selain mempunyai kekuatan berfikir, iaitu akal yang amat hebat itu, juga mempunyai banyak kelemahan kelemahannya. Di samping akal itu, manusia mempunyai nafsu. Dan nafsu itu banyak sekali macam ragamnya.

Ada nafsu terhadap makanan dan minuman, ada nafsu kelamin atau syahwat, ada nafsu terhadap harta benda dan kekayaan, terhadap rumah tempat tinggal dan kenderaan dan ada pula nafsu terhadap pangkat dan kedudukan yang tinggi di tengah tengah sesama manusia. Di tiap tiap macam nafsu, tabiat dan karakter, terdapat banyak sekali pintu pintu atau lubang lubang kelemahan dan setiap waktu dapat dimasuki oleh Iblis untuk memperdayakan dan mengacaukan kehidupan manusia.

Setelah melihat semua kelemahan itu, Iblis ketawa kecut. Dia ketawa dan gembira, kerana berhasil melihat kelemahan manusia. Tetapi hatinya menjadi kecut dan takut, bahawa manusia di samping mempunyai kekuatan yang hebat, iaitu akal, juga dengan akal itu dapat menerima petunjuk petunjuk Tuhan. Petunjuk Allah itu adalah merupakan satu benteng berlapis waja yang tidak mungkin dapat ditembus oleh Setan dan Iblis.

Iblis dari semula mengakui akan kelemahan dirinya menghadapi manusia yang sedar dan iman yang berbentengkan petunjuk Allah dalam hidupnya. Bahkan kalau kita manusia mengerti dan sedar pula akan kelemahan Iblis dan kekuatan rahsia dari keimanan yang penuh terhadap Allah dan petunjuk petunjuk Allah, manusia akan selamat dalam kehidupan dunia dan akhiratnya dan akan terhindar dari tipu muslihat Iblis atau kesesatan dalam hidup.

Iblis adalah satu kekuatan ghaib yang dapat disamakan dengan gelap. Sedang keimanan terhadap Allah dan petunjuk petunjuk Ilahi adalah pula satu kekuatan ghaib yang dapat disamakan dengan terang atau cahaya. Bila suatu tempat tidak dimasuki oleh cahaya, pasti tempat itu diisi oleh gelap. Bila tempat yang gelap itu dimasuki cahaya, pasti gelapnya lenyap. Begitu pulalah manusia sebagai tempat. Bila dia kosong dari keimanan dan petunjuk Ilahi, akan bermaharajalelalah Setan dan Iblis atas dirinya. Tetapi bila manusia mempunyai keimanan di dada dan selalu disiram dengan petunjuk petunjuk Ilahi, segala daya Iblis tak mampu memperdayakan.


Allah telah memberi jawapan, gunakan AKAL & IMAN. Itu je senjata Mukmin untuk melawan tipu daya iblis syaitan yang pastinya akan menyesatkan manusia supaya menyembah mereka. Puak mereka akan berusaha gigih sehinggalah ke hari Malaikat Maut menjemput kita nanti.

Tak dapat dibayangkan jika kita terpedaya menyatakan Iblis itu tuhan hanya kerana dahaga yang teramat ketika Roh hampir dicabut. Semoga Iman yang kukuh dapat membezakan yg sedang memegang segelas air itu adalah bayangan iblis!

Semoga kita hidup & mati didalam iman..aamin.

 
Sumber rujukan http://nur-addin.blogspot.com/2010/06/nabi-adam.html

Tuesday, May 17, 2011

myMetro | Acu pisau rampas bayi


Foto bayi yang 'dilarikan' bapa sendiri
SUNGAI PETANI: Bagi ‘merampas’ anaknya, seorang lelaki sanggup mengacu pisau terhadap ibu mentuanya sebelum melarikan bayi lelaki berusia lapan bulan itu daripada rumah ibu kepada isterinya di Kampung Permai.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis lalu, lelaki terbabit, Zulkipli Mohamad, 31, dikatakan bertindak demikian ketika isterinya, Siti Fairuz Abd Wahab, 24, tiada di rumah kerana ke kedai berhampiran.

Selepas beredar bersama anaknya, Muhammad Darwis Ikhram Abdullah, lelaki itu menghantar SMS dengan menyatakan ‘jangan harap hang (awak) nak tengok anak lagi, dia ada dengan aku’ kepada Siti Fairuz.

Siti Fairuz ketika ditemui berkata, sebaik pulang ke rumah, ibunya memberitahu Muhammad Darwis dilarikan suaminya, lalu dia segera berusaha menghubungi Zulkipli melalui telefon bimbit, namun tetapi tidak dijawab lelaki itu.

“Saya meminta bantuan beberapa penduduk dan cuba mencari suami di sekitar kawasan taman perumahan berdekatan, namun gagal. Saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.

Jantan haprak macam ni makin ramai kat Malaysia. Tak taulah apa masalah mereka. Tapi walau apa pun, sikap macam ni dipanggil kebudak-budakan. Tapi rasenye budak2 pun tak pernah buat keje bodoh macam ni. Mungkin lebih sesuai dipanggil sakit mental.

I fell in love..

with this new original song from The Glee Club..




 
..Get It Right..
 
What have I done?

I wish I could run,
away from this ship going under
just trying to help
hurt everyone else
now I feel the weight of the world is on my shoulders

what can you do when your good isn’t good enough

and all that you touch tumbles down
cause my best intentions
keep making a mess of things
I just wanna fix it somehow
but how many times will it take
oh, how many times will it take for me to get it right, to get it right

can I start again, with my faith shaken

cause I can’t go back and undo this
I just have to stay and face my mistakes
but if I get stronger and wiser, I’ll get through this

what can you do when your good isn’t good enough

and all that you touch tumbles down
but how many times will it take
oh, how many times will it take for me to get it right

so I throw up my fist, throw a punch in the air

and accept the truth that sometimes life isn’t fair
yeah, I’ll send out a wish, yeah, I’ll send up a prayer
and finally someone will see how much I care

what can you do when your good isn’t good enough

and all that you touch tumbles down?
cause my best intentions keep making a mess of things,
I just wanna fix it somehow
but how many times will it take
oh, how many times will it take, to get it right..
to get it right..

Sunday, May 15, 2011

Peserta Raja Lawak didakwa menipu?


Nampaknya sorang lagi pelawak tanahair yg terpalit kontroversi "tak best". Kebenarannya belum pasti lagi..tapi yang pastinya 2 wanita telahpun membuat laporan polis. Walaupun Utusan menggunakan bukan nama sebenar pelawak tu sebagai "S" tapi terbabas jugak bila ditulis nama "Leman" dalam tulisan ini. Leman merupakan salah seorang peserta Raja Lawak 5 yang gtak pernah aku kenali sebelum ini :P


LAZIMNYA jika seorang individu yang keluar dari menyertai rancangan televisyen realiti pasti meraih populariti. Menjadi orang ternama, sekali gus punya ramai peminat.
2 Wanita yg mendakwa diperdaya pelawak S 


Kini khabarnya pelawak berkenaan dilingkari banyak cerita-cerita yang kurang enak didengar. Ini bukan lawak dan orang yang mendakwa terlibat dalam cerita ini juga bukan buat lawak.

Apabila ramai peminat tentulah ada terselit antara mereka yang jatuh cinta denganya. Apabila jatuh cinta, sesetengah orang mereka ikut hilang kewarasan hingga tidak dapat membezakan antara baik dan sebaliknya.

Setakat ini, ada seorang wanita mendakwa sebagai tunang dan seorang kekasih tampil membuat pendedahan. Mengatakan cinta mereka disambut mesra oleh lelaki berkenaan. Kerana cinta, kedua-dua wanita ini mendakwa mereka dipaksa berkorban wang ringgit untuknya.

Tak kira sumber pemberian itu dari gaji bulanan atau wang simpanan. Kalau tak cukup, lelaki yang dikenali dengan nama "S"
itu akan pujuk supaya mereka membuat pinjaman peribadi di bank.


"S" bukan nama sebenar

Kesemua kejadian itu berlaku antara sedar dan tidak. Terutama ketika saat menghulurkan wang secara berdikit kepadanya. Kesemua wang itu diberikan itu kononnya untuk kegunaan saraan harian "S".
Seperti wang rokok, minyak kereta atau belanja tambah nilai telefon prabayar.

Dalam kata lain mereka mendakwa menyara "S" yang dikatakan berstatus bujang. Itu tak termasuk pembiayaan untuk membeli barang yang diingini Leman. Seperti telefon mudah alih atau komputer.

Biarpun kedua wanita ini tak saling mengenali pada mulanya. Bagaimanapun dipertemukan akhirnya di alam maya. Rasa ingin saling mengenali memuncak. Kuat kerana naluri wanita mereka mengatakan mereka adalah mangsa pelawak itu.

Berjurailah air mata semasa pertemuan dengan Pancaindera lewat petang Isnin lalu. Bagaikan letusan gunung api, dua wanita ini mencurahkan rasa tidak puas hati. Mereka membuka kekhilafan diri.

Berbekalkan semangat yang masih berbaki, mereka membuat laporan Di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
dua hari selepas itu. Tujuannya untuk keselamatan diri. Mereka menegaskan bahawa pendedahan tersebut untuk menegakkan kebenaran, selain peringatan buat mangsa-mangsa "S" seterusnya.


Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto DJOHAN SHAHRIN SHAH


Saturday, May 14, 2011

Sengsara bersuami si kasanova


SELEPAS membaca pelbagai masalah dalam ruangan ini, saya terpanggil untuk berkongsi masalah saya. Saya berkenalan dengan seorang lelaki, B ketika menghadiri perkahwinan rakan baik saya. Mulanya saya menolak untuk mengenalinya tetapi lama kelamaan hati saya cair dek kesungguhannya.


Sepanjang perkenalan kami, dia berkongsi segala cerita termasuklah mengenai masa silamnya yang hitam dan juga kisah dia pernah curang dengan kekasihnya. Namakan saja segala perkara buruk, semua pernah dicubanya. Mulanya saya agak terkejut tetapi dia berjanji akan berubah dan tidak akan mensia-siakan saya seperti mana yang pernah dilakukan kepada bekas kekasihnya.


Dipendekkan cerita hati saya terbuka disebabkan kejujuran dan keikhlasan yang ditunjukkannya. Sepanjang proses mengenalinya, saya dapat menggambarkan dia adalah seorang yang baik, serta menyenangkan hati saya walaupun kadangkala terkeluar juga sifat barannya itu.

Sehinggakan pada suatu hari saya terjumpa gambar wanita lain di dalam telefon bimbitnya tetapi apabila ditanya, dia hanya menyatakan dia tidak tahu-menahu kenapa wanita itu boleh menghantar gambar itu.


Saya fikir mungkin ada betulnya walaupun jika difikirkan lagi memang tiada logiknya, tetapi isu itu tidak dipanjangkan. Kami mengenali keluarga masing-masing dan alhamdulillah mereka semua merestui.

Tiada kena mengena dengan foto neh
Sebenarnya saya tidak berterus-terang dengan keluarga saya mengenai segala-galanya, termasuklah taraf pendidikan kami yang bagai jurang kerana saya tahu keluarga saya pasti akan menentangnya, dan saya tak sanggup untuk kecewa lagi. Kemudian, kami pun bertunang selepas tujuh bulan mengenali hati budi masing-masing.

Selepas bertunang, saya dihantar untuk bekerja keluar negara selama beberapa bulan, dan segala-galanya berjalan lancar. Selepas habis tugasan di sana, kami sibuk untuk membuat persiapan kahwin. Dalam kesibukan itu, saya dikejutkan lagi dengan beberapa mesej 'mesra' dihantar olehnya kepada seorang perempuan.

Saya kecewa dan mengugut untuk memutuskan pertunangan tetapi dia berjanji dan merayu tidak akan mengulanginya lagi. Untuk menunjukkan yang dia akan setia sepenuhnya, dia berikan saya kata laluan e-melnya. Alangkah terkejutnya saya, rupa-rupanya sudah banyak kali dia curang kepada saya dengan menjalinkan hubungan dengan wanita berbeza ketika kami hangat bercinta dan juga ketika sudah bertunang.

Apabila ditanya seperti biasa dia mengaku tersilap langkah dan menyesalinya. Mungkin sudah memang ditakdirkan jodoh saya dengannya, saya memaafkan dan kami pun berkahwin.

Dalam melayari bahtera perkahwinan, boleh dikatakan 80 peratus belanja rumah diuruskan oleh saya, memandangkan saya bergaji besar berbandingnya, tetapi itu tidak menjadi duri dalam hubungan kami kerana pada saya tidak salah untuk berkongsi demi kesejahteraan bersama dan saya percaya rezeki semuanya di tangan Allah.

Mungkin sekarang rezekinya kurang tetapi suatu hari nanti akan bertambah. Alhamdulillah, selepas dua bulan berkahwin, saya disahkan mengandung tiga minggu dan sememangnya itu berita yang menggembirakan kepada kami berdua. Semua berjalan lancar sehinggalah saya menjumpai mesej mesra melalui lawan web sosial dan juga 'webcam' mesej yang tidak sesuai untuk diucapkan suami orang kepada wanita lain.

Saya cukup melenting dan sedih memandangkan keadaan saya sekarang serta kami yang baru mengecapi bahagianya sebuah perkahwinan itu. Saya cukup kecewa dengannya sehinggakan saya berkongsi kesedihan dengan kakaknya, walhal selama ini saya tidak pernah menceritakan perkara buruknya itu kepada sesiapa pun.

Kakaknya terkejut dan berjanji untuk menasihatinya. Dia merayu dan menangis kepada saya dan berjanji untuk berubah, dan ketika itu saya nampak sinar keinsafan dan kekesalannya, serta memikirkan anak dalam kandungan, saya memaafkannya sekali lagi.

Kami dikurniakan anak lelaki yang comel dan sangat aktif. Dialah buah hati pengarang jantung kami. Segala kasih sayang dicurahkan sepenuhnya kepada dia. Saya sangkakan dengan kehadiran cahaya mata itu, dia akan berubah menjadi seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab kepada keluarganya.

Rupa-rupanya dia masih dengan perangai lamanya. Saya pernah juga terjumpa mesej daripada perempuan yang menimbulkan rasa curiga tetapi apabila ditanya, dia menidakkan yang mempunyai hubungan istimewa dengan mereka semua, dan untuk memuaskan hati saya dia padam nombor mereka.

Sekali lagi saya memaafkannya dan memujuk hati ini bahawa dia akan berubah suatu hari nanti. Tetapi baru-baru ini saya cukup kecewa apabila terjumpa mesej berbaur lucah yang dihantar kepada bekas kekasihnya yang juga isteri orang.
Kali ini kami memang bergaduh besar, sehinggakan saya tidak dapat lagi mengawal kemarahan saya dengan memaki hamun dan juga menamparnya.

Saya mengamuk bertanyakan apa salah saya sehinggakan dia masih terus membuat kesilapan sama, tetapi dia hanya diam. Terus terang saya katakan, saya cukup kecewa dan tawar hati untuk meneruskan mahligai kami ini.

Saya cukup bersabar dengan kerenahnya yang kadangkala terlalu kebudak-budakan mungkin akibat terlalu dimanjakan daripada kecil, serta menjalankan segala yang termampu untuk menjadi isteri dan ibu yang sempurna. Saya tidak pasti apa silap saya sebenarnya kerana dia tidak pernah menyatakan walaupun puas ditanya.

Saya tidak tahu adakah saya masih boleh memaafkannya lagi kali ini, atau bolehkah saya menyayanginya lagi seperti sebelum ini. Saya cukup sedih, kecewa tetapi pada masa sama saya kasihankan masa depan anak saya jika ditakdirkan kami berpisah. Adakah perlu saya berkorban perasaan lagi untuk mempertahankan kesucian sebuah perkahwinan itu?


RIZA
Damansara


Sebagai pengajaran untuk semua, terutama kaum Hawa, Dang Setia ingin membicarakan mengenai dua kategori lelaki berdasarkan pandangan dalam sebuah blog.

1) Lelaki Playboy
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan 'up to date'. Biarpun kadangkala mereka tidak begitu kacak daripada segi paras rupa, penampilan mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap mengenai keluarga mereka.

Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga dan hanya mementingkan keseronokan hidup saja. Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia sudah veteran.

2) Lelaki Tradisional
Bagaimana mengenali mereka:
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, tidak terlalu kuno atau 'up to date' sangat. Namun, mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.

Maknanya:
Dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.

Merujuk kepada masalah puan, Dang Setia melihat suami puan jelas tergolong dalam kategori pertama iaitu lelaki playboy. Itulah perangainya daripada muda sebelum terpikat dengan puan dan kemudian mendirikan rumah tangga serta memiliki anak.

Lelaki seperti ini lazimnya menyayangi isterinya tapi pada masa sama, sukar meninggalkan tabiat buruk 'memancing' perempuan atau istilah Inggerisnya, 'flirting'.

Sukar untuk orang lain mengubah sikapnya kecuali dia sendiri yang ingin berubah. Perubahan itu boleh dilakukan sedikit demi sedikit dengan mendekatkan diri pada agama. Insya-Allah, semakin kuat pegangan agama seseorang itu, semakin kuat dia mampu melawan dugaan hidup terutama perangai buruknya itu.

Bagi puan pula, ada dua pendekatan yang boleh dilakukan. Pertama, kembali kepada agama iaitu berdoa kepada Allah supaya membukakan hati suami supaya meninggalkan perkara mungkar.

Kedua, menyiasat setakat mana tabiat buruk suami. Ada suami 'playboy' yang gemar berkawan dengan ramai gadis dan wanita tapi tidak melebihi batas. Dalam kata lain, itu cuma hobinya dan dia masih sedar tanggungjawabnya terhadap keluarga. Lelaki seperti ini masih boleh dimaafkan biarpun hakikatnya, dia memang menyakitkan hati isteri.

Tapi kalau dia sudah melampaui batas hingga mempunyai hubungan sulit, lelaki seperti ini tidak lagi boleh dimaafkan dan perceraian adalah jalan terbaik biarpun kenyataan itu pahit dihadapi.

Justeru, jalan terbaik kepada gadis yang ingin mendirikan rumah tangga, pilihlah lelaki tradisional yang berpotensi untuk menjadi suami bertanggungjawab.

Lelaki itu lazimnya adalah seorang yang sederhana tapi memiliki pakej lengkap sebagai suami. Suami seperti ini mampu membahagiakan wanita hingga ke anak cucu.


......Tetiba tertengok artikel ni..tertarik plak nak post.....

Monday, May 9, 2011

Al-Quran, kain ela tidak hangus



KUALA KRAI - Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.
Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.

Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.

Zamri yang bergegas pulang dari Perak memberitahu, kedua-dua naskhah kitab suci tersebut disimpan dalam kotak dan kain itu pula dilipat bersebelahan dengan kotak berkenaan di dalam sebuah almari.

"Saya hairan kerana almari tersebut dan barang-barang lain di dalamnya semua hangus tetapi dua naskhah al-Quran itu dan kain ela arwah isteri saya tidak terbakar,'' cerita Zamri ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Dia membeli kedua- dua naskhah al-Quran itu semasa bertugas di Lebanon pada tahun 2009.
Lima helai kain ela itu dibeli oleh Rafidah di Kota Bharu dua minggu lalu dan disimpan dalam almari tersebut tanpa dibungkus.

Mengenang kembali kejadian itu, Zamri memberitahu, arwah mungkin sukar meloloskan diri melalui tingkap itu disebabkan dia bertubuh besar dengan berat badan kira-kira 85 kilogram.

Sumber : Kosmo

Friday, May 6, 2011

BB 10 April - 10 Mei 2011

Akan kuguna setiap gigabyte, megabyte & kilobyte dari maxis broadband ni hingga ketitisan kilobyte yg terakhirrr!!!



...pada jam 10.34pm...




...at 12.25am.. dah reach balance 340mb tu...nasib baik leh sambung ngn Digi bb...




..hmm...kalo maxis caj jugak extra use data...dah ade bukti utk komplen.. huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails